Thursday, March 22, 2012

Warmer bag / tungku moden / bantal comel ..






Warmer bag/tungku moden

Warmer beg yang comel, mudah dibawa ke mana sahaja.
Sesuai untuk wanita dan juga lelaki.

Anda tidak perlu ke sauna, spa atau bertungku batu.


Tungku moden ini lebih mudah, menjimatkan wang dan masa serta berkesan.

Antara masalah kesihatan yang boleh diatasi dengan warmer beg comel ini;

Ø Sakit pinggang
Ø Senggugut
Ø Kaki atau badan yang lenguh/penat bekerja/memandu
Ø Selepas bersalin (mengecutkan rahim)/ mengempiskan perut

~ Cuma perlu caj ke suis elektrik selama 3-5 minit
~ High quality fabric (kain satin bermutu tinggi)
~ Overheated protection device
~ Panas bertahan sehingga 2 jam (selebihnya suam-suam boleh dijadikan alas kepala)
~ Mudah digunakan. Hanya letakkan di bahagian yang bermasalah.

Cara memanaskannya:

1. Pasangkan wayar yang dibekalkan ke warmer beg
2. Sambungkan ke suis elektrik
3. Lampu akan menyala setelah suis dihidupkan
4. Lampu akan padam tanda warmer sudah siap dipanaskan

Tungku bermagnetik RM35.00.

Magnetik ni bezanya ada getaran.

Lebih relaks macam refleksologi.
Tungku beralkali biasa RM30.00 sahaja.

Murah dan berbaloi.Cubalah!

SMS/Call 012 228 1418

Wednesday, March 21, 2012

TV series yang akak suka .. korang??

Yeahooo .. okay mood nak berblog datang menggebu-gebu haha tapi .. ada tapi .. tatau nak tulih apa. terlalu banyak cerita sampai tatau nak tulih yang mana satu. okay.
well, apa kata Hani share tentang drama series yang memang follow every season. cuma tak mampu nak download ajek hahahhahaha. rasanya ramai yang suka dengan kedua-dua cerita ni. apa tidaknya, dedua series ni berkisar dengan kehidupan wanita berkerjaya seperti kita semua malah termasuk housewife juga.
okay, yang first ialah Covert Affair, season 2 setiap Selasa 9.00mlm Astro DIVA 702. ada tak yang follow citer ni? seronok tengok Annie Walker yang bekerja di CIA, aktif, comel, adoreable dan sincere. partner dia Auggie, pon comel. cerita ni berkisar tentang secret agent yang bertugas menyelesaikan kes2 CIA. masa ni mula kita pon berangan nak jadi macam dia. dah tu ada plak boyfren yang hensem. waaaa .. eh kalo korang tak tengok citer ni memang takkan faham apa yang akak citer ni hahahaha.
ni dia Covert Affair kalo korang tak sure. lepas ni bolehlah korang follow citer ni. best. tapi biasalah selera kita mana sama ahahaha. tapi akak cukup suka citer berkisar secret agent ni. citer polis okay gak tapi dah boring plaks. haha. comel kan Annie Walker@Piper Perabo.




yang kedua plaks Desperate Housewive, skang latest season 8 yang baru start ditayangkan semalam di 8TV, pukul 10.30 mlm. ye, semalam dah start. memang akak dah cop siap2 tv walau semalam ada bola ahaks. ala seminggu sekali je happy hour akak tau. so mulai minggu ni hari selasa jangan kaco akak tengok tv mulai 9mlm hahaha.


dengarnya Season 8 adalah yang terakhir untuk Desperate Housewive. rasanya berjuta peminat series ni kan? kali ni sure berdebar2 sapa yang dah tengok malam tadi sebab suami Gaby dah bunuh pak tiri Gaby. tapi semangat setiakawan Bree, Julie, Lynette dan Gaby masing2 merahsiakan pembunuhan tersebut. hehe berdebar2 tau sebab lepas ni ada plak orang hantar surat berantai yang tahu rahsia pembunuhan ni. wooooo .. akak dah baca spoiler and memang sedih this season. ada watak utama yang akan dibunuh. sape? haaaaa korang kena tengok citer ni tau. ahahaha ..


gigih tau akak explore website nak cari info pasal drama series ni tau. sebab apa? sebab akak dah gigih nak update blog. memang tak dapek kayo la kalo blog sendu macam akak ni hahaha.


okay esok akak carik citer lain plak. jumpa lagi ya. eh jap .. nak letak most handsome actor yang akak sukaaaaaa .. Mark Sloan@Eric Dane dalam grey's anatomy. (nanti next akak update pasal Grey's Anatomy plak, tatau bila nak start latest season). wooo hensem betol dr mark ni (mati le kena keji dek laki akak hahaha) ..


ok bye ..

Kembali semula berblog .. yeahooooo ..

Salam kepada semua readers yang singgah di blog Hani.
Terima kasih jika ada yang masih mengikuti blog ini, yang dah lama takde update. terima kasih diucapkan.

dah nak masuk suku tahun 2012 barulah terbuka hati nak jengah blog ni. dah bersawang kalo ibarat rumah tinggal hehe. adakalanya tergerak hati nak update blog tapi kekangan masa, ditambah pula laptop belum sempat diperbaiki, memang terbatas jejari ini mengarang kata sepatah dua.

alhamdulillah, hari ini Dia membuka hati saya menulis semula. banyak cerita, peristiwa dan memori sepanjang 3 bulan pertama tahun ini. yang pertama dan terbesar ialah saya sekeluarga akhirnya berpindah ke kediaman bertanah penghujung Januari 2012. yelah hampir 7 tahun menetap di apartment alhamdulillah Allah mengurniakan rezekiNya peluang untuk kami memiliki landed house pula. yelah, dengan memikirkan jangka masa panjang dan perancangan untuk menambah bilangan ahli keluarga, maka kami memilih untuk memiliki terrace house. untuk keselesaan kami sekeluarga insyaallah. seronok lihat Alya dah boleh berbasikal di laman depan huhu.

hemm fasa pertama perubahan terbesar dalam hidup kami sekeluarga berjalan dengan baik namun masih banyak kerja-kerja pengubahsuaian yang belum selesai. kami mengambil keputusan untuk berpindah masuk sebaik sahaja kerja-kerja wiring, cornice, painting, kitchen cabinet dan beberapa kerja asas selesai. masih ada baki kerja2 yang belum siap sepenuhnya seperti garden, parking, wall paper etc etc (duit pon dah berkurangan hahaha) ..

insyallah dalam masa terdekat hani akan update pictures dan cerita seterusnya. owhh saya tidak mahu dikatakan menunjuk2 atau show off sebab bukan beli banglo pon hanya terrace 20" x 70" sahaja hehe and tidaklah berhabis ratusan ribu hehe mana ada duit sebanyak tu hehe

banyak nak diceritakan and seronok untuk dikongsi bersama namun biarlah saya perlahan-lahan menulis setelah lama tidak muncul. harap2 masih ada kawan2 yang sudi membaca cerita saya ini.

oh ya anak dara saya Alya Nur Zahra semakin membesar dengan sihat dan bijak masyaallah. ada saja keletahnya yang selalu buat saya speechless and terkedu. terkedu sebab diluar kotak fikiran saya yang dia hanya berusia 3yrs 6mth. bila dia berceloteh, seronok mendengarnya. pandai pula menyakat saya. owhh dah pandai komplen "mama ni gemok" owhhh makanya mama kena berdiet sekarang jugak. hehe. paling comel bila dia advise uwannya masa call "uwan jangan lupa lock pintu ya" omg my adoreable princess.

well, saya pula baru sembuh dari batuk dan asma. malah didianogsis hormon tidak stabil serta high blood pressure. terpaksa admitted selama 4 hari di hospital. alhamdulillah saya dah okay skang and perlahan-lahan cuba mengubah gaya pemakanan. do the best insyaallah.

baiklah, saya nak blogwalking dulu. sambil mencari idea malah mencari semangat berblog semula haha. terima kasih sekali lagi.

insyallah kita jumpa lagi .. daaaa ..

salam ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...