Thursday, September 29, 2011

Selamat Pengantin Baru my cousin ..

Salam readers .. ada ke yang tunggu entry baru Hani? ada ke? hihi.. okay lastweek memang busy. bukan setakat busy keje kat ofis tapi busy ngan cousin yang nikah kawen sabtu 24hb lepas. rab u berlari ke nilai. khamis siapkan bakul hantaran. jumaat lepas keje terus gerak balik Pilah. memang rushing sungguh. sampai Pilah pon dah agak lewat, terus siapkan hantaran. nasib baiklah hantaran terus masukkan dalam bakul so takdelah keje susah mana. bubuh reben, bubuh bunga terus letak lam bakul wahh senang giteww .. almaklum semua nak cepat kan tak dapek la nak berhias bagai. tapi takpe, yang penting hantaran tetap vogue. ekekke perasan betul den ni.

ni masa kat umah before bertolak. lepas maghrib barulah dapat ngangkut bakul2 ni masuk kete. nasiblah sampai Pilah, bakul2 masih cantik terletak. kalo tak haru betul nak betulkan semula. dah la masa singkat, letih akak tau.

tido pon agak lewat tapi makcik dah warning suh bangun awal sebab nak siapkan nasi pengantin. pastu nak gerak ke masjid sebab majlis akad nikah dalam pukul 10. lepas subuh memang masing-masing dah bangun. akak ni mana la reti nak buat masakan pengantin. nasib baik jugak ramai jiran makcik yang sudi bantu so akak cuma tolong masakkan breakfast ajer, selamat den huhu. dalam pukul 10, kami dah bergerak ke masjid Senaling pulak. ramai juga pihak rombongan lelaki yang hadir. walaupun persiapan cuma dalam masa seminggu namun nampak gayanya ramai juga ahli keluarga yang sempat dijemput.ni my Alya yang terpinga-pinga baru bangun tido. dah la tido lewat sebab tengok mama tak tido2, ni pepagi dah bangun bersiap. tapi dia tak meragam, aktif ajer berlari tak cukup tanah huhu. dress overall from Bandung hokkayy ..

ha barulah berkesempatan nak jumpa my cousin, Mira@Kakak kat dalam masjid. wow cantiknya dia. tak sangka adikku yang sorang ni bakal bernikah dalam usia yang muda.

ni wang hantaran dan mas kawen yang digubah indah.

okay, majlis akad nikah cukup ringkas namun padat. bagus tuan imam, tak banyak kerenah. tanya soalan2 yang penting saja, jimatkan masa. and lafaz akad cuma 2 kali sebelum saksi mengesahkannya, aminn .. mudah dan ringkas namun bermakna. takdelah nak menceceh panjang buat pengantin gelisah giteww .. sesi membatalkan air sembahyang and sarung cincin.

selepas saling bertukar cincin, and mak mertua Mira sempat menyarungkan gelang tangan sebagai hadiah, kami segera berangkat ke hotel pulak. sebab masa pon bergerak pantas, tak sedar dah hampir pukul 12.30 tengahari. majlis persandingan diadakan di Melang Inn, hotel yang terbaru di pekan. lebih kurang Sri Malaysia je la kiranya. masa kat hotel baru hantaran kedua belah pihak dibawa dan diletakkan di tepi kiri kanan pelamin. tak banyak pon, 5 berbalas 7.
Ini hantaran dari pihak pengantin perempuan. tema ungu putih.

yang ni pula hantaran balas dari pihak lelaki. pon tema ungu putih.

Pelamin indah konsep English. kot ler, daku mana reti hihi. simple ajer tapi nampak cosy kan?

sempat juga pengantin meletakkan potret mereka untuk tatapan rakan2 yang hadir and untuk ditandatangani sebagai kenangan sebelum terbang jauh.

selepas zuhur, pengantin diarak masuk ke dewan untuk majlis persandingan. kali ni mereka menukar pakaian bertemakan silver. alahai comelnya kakak.

ketika di atas pelamin. akak sebok so snap je mana sempat. sebok uruskan souvenir untuk tetamu gitewww ..

seperti biasa selepas makan beradab, ada sesi potong kek. kelas ko maria, persiapan seminggu pon sempat masukkan acara potong kek giteww hihi.

ini gambar pengantin bersama keluarga pihak perempuan. tema ungu. sapa tak pakai ungu, memang out of frame hahaha. tak sporting le kan? bukan selalu pon.

wahh akak penat giler. uruskan souvenir, makanan and sambut tetamu. maklom anak sulung ummi yang kusayang berkahwin, inilah masanya nak membantu makcik. alhamdulillah, walaupun agak kelam-kabut sebab buat keputusan di saat akhir namun semuanya berjalan lancar. berkat doa seorang ibu yang mahukan anaknya berkahwin diatas niat agar anaknya dilindungi. juga doa dari kaum keluarga yang tidak putus-putus. mungkin ada cacat-cela tapi lega semuanya berakhir dengan selamat dan sempurna. aminn .. terima kasih juga buat Alya yang pandai bawak diri sebab mama cukup sibuk.

**untuk Mira yang dah fly ke UK, semoga selamat di sana. selamat pengantin baru. jaga diri baik2 dan kami doakan kakak berjaya mendapatkan master dengan keputusan cemerlang. love you ..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...