Thursday, September 29, 2011

Alya Nur Zahra; 3yrs .. happy birthday to you ..

Hari ni Alya menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 3, 29.09.2011. tidak sedar masa begitu pantas berlalu. Alhamdulillah Alya Nur Zahra membesar sebagai anak yang sihat, bijak dan keletah serta memberikan kebahagiaan kepada mama dan papa serta keluarga kami. syukur juga kepadaNya kerna Alya sihat seadanya.

mama bekalkan goodies dan cupcakes untuk Alya kongsi dengan kawan-kawan di rumah babysitter. dah berminggu Alya ingatkan mama untuk belikan dia kek, nak sambut besday katanya. dah pandai anak mama ni and dia dah faham birthday celebration tu cemana, wahaha. siap cakap jemput friends nanti boleh dapat hadiah, bertuah betul budak debab nih hehe.

insyallah Ahad nanti mama akan adakan majlis sambutan birthday dia secara kecil-kecilan ajer. jemput keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat serta jiran2 kat area umah ni. belum ada idea nak masak apa, menu apa. masih dalam planning. yelah, semuanya mama kena uruskan so kenalah well prepared kalo tak pengsan akak huhu.

ni goodies untuk kawan2 Alya kat umah babysitter. dalam goodies bag ni hani cuma letakkan coklat, junk food, cookies and sweet. cukuplah untuk meraikan Alya hari ini. ahad nanti lain pulak ye sayang. harap2 ummi and nenek uda boleh nyanyikan birthday song untuk Alya nanti yer?? kawan-kawan pon ramai kan sayang?

and, Hani ada order cupcakes dari Kak Maiza di Saujana Utama. hampir 3 tahun order kek dengan dia. memang sedap and marveles. kalo tak, takkan sampai 3 tahun order dengan dia ajer kann?? ni hani minta dia buatkan kek coklat kukus. sedap. hehe mama yang over plaks makan huhu.

ni nak test untuk Ahad nanti. kira okaylah cupcakes letak dalam tier plate ni kan? alalala comelnya.

Alya, mama cuba berikan yang terbaik untuk anak mama. mama doakan anak mama ni membesar dengan sihat, bijak dan menjadi anak yang solehah kepada ibu bapanya, aminn .. mama love Alya very muchh .. my precious baby ..

Selamat Pengantin Baru my cousin ..

Salam readers .. ada ke yang tunggu entry baru Hani? ada ke? hihi.. okay lastweek memang busy. bukan setakat busy keje kat ofis tapi busy ngan cousin yang nikah kawen sabtu 24hb lepas. rab u berlari ke nilai. khamis siapkan bakul hantaran. jumaat lepas keje terus gerak balik Pilah. memang rushing sungguh. sampai Pilah pon dah agak lewat, terus siapkan hantaran. nasib baiklah hantaran terus masukkan dalam bakul so takdelah keje susah mana. bubuh reben, bubuh bunga terus letak lam bakul wahh senang giteww .. almaklum semua nak cepat kan tak dapek la nak berhias bagai. tapi takpe, yang penting hantaran tetap vogue. ekekke perasan betul den ni.

ni masa kat umah before bertolak. lepas maghrib barulah dapat ngangkut bakul2 ni masuk kete. nasiblah sampai Pilah, bakul2 masih cantik terletak. kalo tak haru betul nak betulkan semula. dah la masa singkat, letih akak tau.

tido pon agak lewat tapi makcik dah warning suh bangun awal sebab nak siapkan nasi pengantin. pastu nak gerak ke masjid sebab majlis akad nikah dalam pukul 10. lepas subuh memang masing-masing dah bangun. akak ni mana la reti nak buat masakan pengantin. nasib baik jugak ramai jiran makcik yang sudi bantu so akak cuma tolong masakkan breakfast ajer, selamat den huhu. dalam pukul 10, kami dah bergerak ke masjid Senaling pulak. ramai juga pihak rombongan lelaki yang hadir. walaupun persiapan cuma dalam masa seminggu namun nampak gayanya ramai juga ahli keluarga yang sempat dijemput.ni my Alya yang terpinga-pinga baru bangun tido. dah la tido lewat sebab tengok mama tak tido2, ni pepagi dah bangun bersiap. tapi dia tak meragam, aktif ajer berlari tak cukup tanah huhu. dress overall from Bandung hokkayy ..

ha barulah berkesempatan nak jumpa my cousin, Mira@Kakak kat dalam masjid. wow cantiknya dia. tak sangka adikku yang sorang ni bakal bernikah dalam usia yang muda.

ni wang hantaran dan mas kawen yang digubah indah.

okay, majlis akad nikah cukup ringkas namun padat. bagus tuan imam, tak banyak kerenah. tanya soalan2 yang penting saja, jimatkan masa. and lafaz akad cuma 2 kali sebelum saksi mengesahkannya, aminn .. mudah dan ringkas namun bermakna. takdelah nak menceceh panjang buat pengantin gelisah giteww .. sesi membatalkan air sembahyang and sarung cincin.

selepas saling bertukar cincin, and mak mertua Mira sempat menyarungkan gelang tangan sebagai hadiah, kami segera berangkat ke hotel pulak. sebab masa pon bergerak pantas, tak sedar dah hampir pukul 12.30 tengahari. majlis persandingan diadakan di Melang Inn, hotel yang terbaru di pekan. lebih kurang Sri Malaysia je la kiranya. masa kat hotel baru hantaran kedua belah pihak dibawa dan diletakkan di tepi kiri kanan pelamin. tak banyak pon, 5 berbalas 7.
Ini hantaran dari pihak pengantin perempuan. tema ungu putih.

yang ni pula hantaran balas dari pihak lelaki. pon tema ungu putih.

Pelamin indah konsep English. kot ler, daku mana reti hihi. simple ajer tapi nampak cosy kan?

sempat juga pengantin meletakkan potret mereka untuk tatapan rakan2 yang hadir and untuk ditandatangani sebagai kenangan sebelum terbang jauh.

selepas zuhur, pengantin diarak masuk ke dewan untuk majlis persandingan. kali ni mereka menukar pakaian bertemakan silver. alahai comelnya kakak.

ketika di atas pelamin. akak sebok so snap je mana sempat. sebok uruskan souvenir untuk tetamu gitewww ..

seperti biasa selepas makan beradab, ada sesi potong kek. kelas ko maria, persiapan seminggu pon sempat masukkan acara potong kek giteww hihi.

ini gambar pengantin bersama keluarga pihak perempuan. tema ungu. sapa tak pakai ungu, memang out of frame hahaha. tak sporting le kan? bukan selalu pon.

wahh akak penat giler. uruskan souvenir, makanan and sambut tetamu. maklom anak sulung ummi yang kusayang berkahwin, inilah masanya nak membantu makcik. alhamdulillah, walaupun agak kelam-kabut sebab buat keputusan di saat akhir namun semuanya berjalan lancar. berkat doa seorang ibu yang mahukan anaknya berkahwin diatas niat agar anaknya dilindungi. juga doa dari kaum keluarga yang tidak putus-putus. mungkin ada cacat-cela tapi lega semuanya berakhir dengan selamat dan sempurna. aminn .. terima kasih juga buat Alya yang pandai bawak diri sebab mama cukup sibuk.

**untuk Mira yang dah fly ke UK, semoga selamat di sana. selamat pengantin baru. jaga diri baik2 dan kami doakan kakak berjaya mendapatkan master dengan keputusan cemerlang. love you ..

Thursday, September 22, 2011

Wedding .. my contribution ..

Sabtu ni cousin hani akan bernikah. kenduri kawen last minute. sebab dia akan fly ke London untuk sambung master, isnin 26hb. and her boyfren pon sambung study so dedua parents setuju untuk nikahkan mereka. tapi semua last minute punye plan. semua main pakai beli ajer. tak dapek nak survey bagai. beli je la yang mana berkenan. takde tema bagai. cuma sempat gak la makcik yang ku gelar ummi belikan family kain ela untuk semua, kaler pepel. daku je la tak sempat nak amik kain sebab kat kampong sana so beli je kat sini, nasiblah kalo tak sama tone ye ummi haha. dah last minute buat keputusan, mana nak rancang grand wedding konon macam akak dulu hihi. takpelah yang penting dahulukan yang wajib kan??

so akak tatau nak contribute apa. sebab kelam-kabut buat itu ini. lastly ummi suh settle part hantaran. dah la kerastangan, idea semedang takdo. abih camno?? takpe, buat je mana dan. semalam ke nilai 3, ummi tunggu sana. beli barang2 macam paper bag, bekas telur, bunga pahar, souvenir untuk tetamu and segala jenis kelengkapan untuk majlis kawen kat hotel 3 bintang muahahaha. memang buat kat hotel sebab dah last minute sapa nak buat keje?? akak? akak kojo hihi.

so malam tadi bersengkang mata siapkan bakul hantaran seperti yang ummi perintahkan. bakul senang and praktikal kalo nak travel jejauh. takde le kes buah tergolek ke apa muahaha.

ni antara yang dah siap. simple jer. alamak apsal lam gambar nampak bunga ungu tu jadik biru plak? adoi dah lari english theme. kalo tengok real nampak cantik ala ala english wah perasannya mak wakkkaaka ..

nanti nak siapkan alas plak. eleh simple macam ni pon nak tunjuk kan? hehe ada orang lagi hebat relaks jer kann .. okay nanti update lagi akak kan suka share ngan korang ..

Tuesday, September 20, 2011

My Alya ..

Close up my anak dara. kesian dia mama sebok lately, nak bertepek jer time usik lappy. abih dah mama kemaruk 3 bulan lappy semput hihi. still thinking the gift for her. tatau nak bagi apa for her birthday nextweek. any idea?

sapa ada anak dara sebaya ngan Alya? meh share idea. teddy bear takmo, dah banyak sampai mama takleh bernafas haha. toys takmo, dah ada. basikal dah ada. PSP? walawei sesuai ke? IPAD? mak aiii mama pon takdo huhu. baju? dah berlambak. amboi eksen nak idea pastu sume reject hahaa. ok ok korang sila bagi idea yer??


Syawal masih bersisa ..

Tengok, campur semua dalam satu entry gara-gara citer terperap lama. dah basi orang kata tapi akak tetap nak tepek kat blog. dari simpan terperap baik tayang kat korang kan?

entry ni caca marba so segala mak nenek ada la. dari citer pasal makan, masak-masak, my Alya pastu tetiba ada citer gi open house plak haha. belasah je la janji akak dapat tepek kat blog yang dah suam-suam kuku macam remote abih bateri muahaha. ada ke orang nak baca blog akak? takde? akak okey jer, akak sendiri baca lapanjutakali sehari muahha ..

hujung Ramadhan yang lepas memang tak dapat update blog langsung sebab lappy semput. orang kejam cakap, patut hukum buang jer. ni pon sambil taip dok menyumpah sebab keyboard kejap lari sana lari sini mencik hokayy .. ok berbalik pada Ramadhan, akak masak jugak. sempoi jer sebab sebok nak bershopping lepas berbuka. orang kejar 10 malam Ramadhan terakhir, yang awak berkejar ke JJ, Alam Sentral bagai huhu

antara menu sempoi akak masak ramadhan terakhir. ni yang sempat snap, ada tu tak sempat nak snap bagai, manjang semput nak cepat. maklom nak shopping wink wink huhu. ni sambal udang petai. pastu goreng ikan masin and masak lemak fucuk and soon. sedappp ..

yang ni plak sesudah Ramadhan berakhir. citernya, kak ipar hubby masakkan kari Kelantan masa kami beraya ke rumah dia di Kuala Krai. kari kelantan berbeza dengan kari Kedah or Negeri 9. sebabnya bahan-bahan berbeza hokkayyy .. bahan-bahannya cuma bawang merah & putih, kunyit, lengkuas, cili kering, santan, asam keping, gula and garam secukup rasa. tak pakai kari adabi atau babas hokkay .. since that, hubby terus paksa akak masak kari sejak balik ke sini. dah 3 minggu raya, dekat 4 kali akak masak kari ni. dia kata perfecto!! maknanya sama macam kak ipar kesayangan dia masak la. kira ok la kan dari tak menjadi. dah la guna ikan yang mahal-mahal such as ikan merah, siakap atau jenahak. owhhh selera besar betul hubbyku skangg ..

lepas citer kari yang sedap tu sehingga menjilat periuk eh bohong jer hahaha saja nak tunjuk betapa hubby suka makan sokmo kari tu. lama tak tayang my precious Alya kan? minggu depan 29.09 Alya akan genap 3 yrs. sekejap ajer kan? terasa baru sangat dia dilahirkan, perut mama dibelah and mama tinggal berdua jer ngan Alya since berusia 2 minggu since papa outstation ke Kedah. owhh how i miss the moment! Alya Nur Zahra; petah. ada saja benda nak ditanya, nak diusik. bijak. dah tahu nama penuh dia and how to spell it. how old are you? 2 yrs. owh my clever girl masyaallah. nama mama, papa and uwan pon dah tahu. and our address pon dah tahu. good girl. ABC insyaallah dah sampai H. One two three macam biasa, budak seusia dia. and suprise, Alya dah reti request birthday party hokayyy .. bangga makkk! siap request chocolate cake, baloons, friends. siap suruh invite uwan, wan amok, pakcik, friends. owh anak mama how to describe my feelings?? bangga hokkayyy .. dia dah faham friends macam mana, dah pandai suka that girl, that boy. tak suka itu, tak suka ini. cuba tanya dia, sapa nama friends pon dah bleh sebut hampir 30 nama hokayyy .. boleh plak dia ingat nama budak2 kat nurseri, kat umah bbsitter. alhamdulillah, bersyukur dengan progress Alya yang positif. nakal tetap nakal. biasalah budak kecik kan?? tapiiiiiiii .. kalo gi shop masih boleh tolerate kalo mama suruh choose either chocolate or ice cream. see that? dia tak berguling-guling or jerit-jerit. just suruh dia choose ajer. and mama dah biasakan bagi tau dia, bukan berjanji tapi cuba explain kat dia, bukan semua kehendak dia mama ikot. and duit bukan untuk spend yang bukan-bukan. syukur dia macam faham. sure faham kot kalo tidak dah tentu guling-guling tak dapat Barbie kan Alya??
hihi .. cinta hati Hani dan Azhar; Alya ..

mama sayang sangat-sangat Alya ok. be a good girl!

ok, dah abih puji melangit tang anak dara(sapa lg nak puji anak sendiri kan?)meh review mak dara plak. hi, ni latest daku. hahah takat muka jer berani. nak amik tang dada ke bawah memang sentap. takut en canon terkujat kang ahhaha sebab tak muat nak frame hahahhaa. cukup le tengok wajah seumpama bulan purnama kembang sepinggan ni yer muahahhaa.

tetiba ada makanan plak. belasah jer la. ni masa lunch invitation Akhtar Shaari, my cousin. rasanya ramai kenal mamat ni kan? pembaca Astro Awani. hahaa gambo dia takde plak, so pepandailah korang bukak Astro kalo nak tengok hokayyy .. twins dia Akhbar, juga bleh tengok kat Astro huhuhu. makanan boleh tahan sebab hujan kot perut jadik lapar semedang. sila makan!

haa ni time berjalan raya Jumaat lepas. lepas lunch di rumah cousin, Akhbar tu, singgah plak umah Kak Ida, opismet yang berjiran ngan cousin ku itteww hahaha. cantik kan rumah dia? tak sabar nak deco umah bertanahku nanti insyallah. moden concept giteww .. kemas jer kan??

yang datang daku, hubby and Alya tapi hidangan macam YB je nak datang wakkaka. thanks Kak Ida sebab sudi jamu kami. sayang Kak Ida ni macam kakak sendiri sebab dia baik hati dan tak kedekut kalo nak tanya apa saja bab holiday terutamanya Bandung. hari tu gi Bandung, dialah sumber info akak. memang superb terer dia ni, dah hafal jalan kat Bandung tu hihi. sebab dia jugalah aku ni terpengaruh ajer nak ke sana hahaha. bleh salahkan orang plak ekk ..

last sekali hasil masakan akak yang terpower rangers. giler sedap. korang pon sure terer gak masak ni. telur mata goreng cili api. best makan panas-panas.

lepas ni entry raya yang dah basi, dah kepam muahahha acik kisah apa dah blog acik kann hahaha. tu le gara-gara perap lama benar nasib baik tak raya haji baru kuarkan entry kan?? see daaa ..

Sunday, September 18, 2011

Spoiler ..

Salam. Masih di dalam bulan Syawal yang mulia. belom terlambat sekiranya Hani ingin ucapkan selamat hari raya kepada semua readers yang disayangi. mesti pelik kan nape la baru nak wish sedangkan sudah masuk minggu ketiga raya. sebab lappy baru jer okay hihi.

okay gambo berderet nak tepek tapi lom ada masa sebab 3 hari ni cuti, full swing. so, macam mana sambutan raya korang tahun nih? mesti meriah kan?? nanti hani update cite pasal raya walau dah basi. better late than never kata omputeh huhu.

ni sket spoiler buat cucian mata korang .. dua orang cinta hati hani.

see daaa ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...