Thursday, July 7, 2011

My new collections ..

Wahh rajinnya akak ari ni update blog. maklom hari bahagia, mana bleh orang marah huahuahua. suka hati jer nak buat apa kan? amboi lemak .. banyak cantik muka.

eh ada ke anniversary dapat hadiah tupperware? pastu hadiahkan diri sendiri plak tu? kesian kan? huahuahua. apa salahnya reward diri sendiri kan? suka ati la duit sendiri kan? banyaknya kan.

hemm bukan la, ni tupperware kebetulan order sebab ada promotion, harga murah giler. tapi kena cari 4 member, share baru dapat harga RM36 hengget, 2 tupperware ala mangkuk tingkat ni. giler murah kan? mana nak dapat harga tu beb sebab retail jer dah RM60. jadi ahli dapatlah less 20% kak limah. tapi before less tu ada less lagi. giler banyak less. so korang jadilah member Tupperware, tak rugi pon, untung lagi ada. beli tupperware dapat kek. huahuahua. macam beli sabun basuh dapat percuma tupperware huahuahua. ni beli tupperware dapat kek plak. alahai. eh betol. sedap la kek ni.

lastyear pon hani beli tupperware, siap dalamnya ada kek juga. eh aku ni nak beli kek semata atau tupperware? ke dedua? tak kisahlah janji tupperware boleh digunakan and kek plak boleh dimakan. sedap plak tu. hemm confirm sedap sebab dah banyak kali hani sebut nih huahuahua.

so apalagi, puasa dah nak dekat ni. kalo beli mangkuk tingkat ni, nanti senang ler nak bawak makanan ke surau/masjid, balik bleh tapau huahuahua. jangan niat nak tayang sudahlah yer kak limah .. huahuahua ..

ni ler new collection Hani. sempena anniversary kot huahuahua .. cantik kan?


dalamnya ada kek yang cukup sedap. tak rugi beli. sila berkejar ker stokis tupperware berdekatan anda.

kek ni pon sedap. nanti hani snap picas lepas potong kek hokayy ..

oh ya Hani ni member Tupperware tapi takdelah sampai berjual. beli untuk kegunaan sendiri jer. and, entry ni tak disponsor dari Tupperware yer puan-puan so takleh la nak citer panjang-panjang (kalo ada tokei Tupperware nak sponsor bagus gak huahuahuahua ada hati)p/s; aci tak kalo anniversary malam kang potong jer kek dalam Tupperware ni? giler kedekot taik idong masin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...