Tuesday, July 12, 2011

Farewell party ..

Salam .. rindunya nak update blog. dekat seminggu juga cuti dari update. lepas annivesary ari tu langsung senyap sunyi huahuahua. lappy masih problem. tension, rasa nak rembat baru ajer. tunggu le kot ada duit jatuh dari langit huahuahua akak rembat DELL hokayy ..

lastweek ada buat farewell party untuk sorang apperantice ni. wah macam poyo jer sebut apperantice kan? sungguh, memang lam offer letter budak ni tulih apperantice huahuahua macam program donald trump jer. setahun jer dia kat dept. ni and lastweek minggu terakhir dia kat sini. baik budaknya, Rahimi. tak banyak cakap, cepat belajar, ringan tulang, pandai amik hati (ati akak la tu huahuahua) and cekap buat keje. pendek kata my feveret person la selama setahun ni. ko cakap je nak makan apa, confirm dia bawak ko gi makan. pastu keje plak, ko suh je dia buat confirm dengan pantas dia buat. camne akak tak suka dia, ofkos la akak suka budak nih. walau bapaknya salah sorang atasan kat co. ni dia still humble sampaikan mula-mula dulu akak pon tatau. dah tau pon still dia takmo kaitkan dengan bapaknya, bagus betol budak ni. alangkan aku takde adik pompuan jer kalo tak memang kenen-kenenkan jadi adik ipar huahauhua.

so, dah discuss ngan team, plan nak buat farewell party tuk Rahimi ni. buat simple jer sebab kat opis ni dah tak ramai staff. tinggal floor kami jer sebab floor lain semua dah pindah ke Ara OASIS. and buat sebelah petang sebab kalo pagi masing-masing sebok ke site. meeting la site visit la ngular la huahauhaua. so buat belah petang dalam kul 3.30 petang. lunch jangan makan banyak, kalo makan just nak alas perut jer huahuahua.

antara menunya ialah bihun sup, sate, roti jala, kuih-muih. sedap giler. dah lapar giler sebab lunch cuma makan biskut jer semata nak simpan space untuk petang nanti. and sate memang kami order kat Meru, tempat biasa order. dah jemu nak order sate Samuri, kalo order confirm ada yang komplen kang. dah tak sesedap dulu sejak difranchisekan. pastu bihun sup Kak Ani ni memang terbaik dari ladang la kekdahnya. sedap. roti jala memang maveles. semuanya sedap. air sirap pon maveles hokayy .. giler update entry tengah lapar memang cenggini la jadiknya huahauhua semua sedap. tapi memang sedap pon.

jom cuci mata sambil telan air liur tengok gambo ni. kalo korang tengah lapar, ampunkan akak yer huahuahua ..

ni sate, order kat Pekan Meru. memang sedap, isi banyak and lembut. dagingnya enak and fresh. sedap 88 kali dari Sate Samuri or Kajang whatever. secucuk 60 sen. kuah pon boleh tahan tapi akak suka makan macam tu jer. sedap giler hokayyy ..

bahan untk bihun sup. cukup lengkap bahannya. sedap.

my feveret, cream puff. sedap betol.

kuih tako. errrr not my feveret. tapi sedap jugak. bolehlah. amboi ko ingat order menu ikot tekak ko sorang? huahauhau

cream puff. sedap. memang sedap. sebab tu letak dua kali gambonya.

ada roti jala, kuah karinya maveles youuu ..

ada bergedil, my feveret. gile sedap. terasa dagingnya. memang suka sangat. tapau.

Inilah Rahimi, our apperantice selama setahun. selamat berjaya dalam apa jua pekerjaan nanti. budak baik, campak kat mana pon mesti berjaya Insyaallah.


sedikit cenderamata dari our department, disampaikan oleh En Jamain, AVP (boss Rahimi). dapek la payung, wat kenangan huahuahua.

ni sebahagian staff di Project Dept. muka memasing semua kelaparannn huahuahua ..

so hari tu memang takde keje selain makan and makan and tapau wakkaka. yelah makanan order banyak tapi ramai tak dapat datang sebab ada hal kat site. and ada yang kena mengadap big boss plak. so ada banyak makanan terlebih, kami le tukang tapau. heaven betol. balik senang takyah masak. senang kan? heaven.

Thursday, July 7, 2011

Hari yang ceria. maklom anniversary. huahuahua. semuanya nak citer ek? dari pagi sampailah ke petang. kalo boleh biarlah hari ni lebih panjang dari biasa. tak nak cepat sangat berlalu. ngengada betol macam ko sorang jer sambut anniversary.

ha sebabkan ceria, makanya terlebih kuasa power root ari ni. siap ada fresh flowers. korang ada? kalo ada pon bukannya akak tau huahuahua. maka akak jer la buat sesi menayang hokayy ..

segar mata tengok bunga nan cantik ni depan mata. hati pon senang (maklom baru lepas makan maggi) huahuahua.

bagusnya ada sesi mencuci mata. kot ler berkabus ker. tengok jer bunga ni segar jer mata. bau pon wangi.

tatau nak tulih apa dah, pepandai la korang tengok cuci mata. kurang-kurang bersih gak kanta lekap. hishh ntah apa merapu ni ler akibatnya sebok nak berentry asal boleh huahuahua.

My new collections ..

Wahh rajinnya akak ari ni update blog. maklom hari bahagia, mana bleh orang marah huahuahua. suka hati jer nak buat apa kan? amboi lemak .. banyak cantik muka.

eh ada ke anniversary dapat hadiah tupperware? pastu hadiahkan diri sendiri plak tu? kesian kan? huahuahua. apa salahnya reward diri sendiri kan? suka ati la duit sendiri kan? banyaknya kan.

hemm bukan la, ni tupperware kebetulan order sebab ada promotion, harga murah giler. tapi kena cari 4 member, share baru dapat harga RM36 hengget, 2 tupperware ala mangkuk tingkat ni. giler murah kan? mana nak dapat harga tu beb sebab retail jer dah RM60. jadi ahli dapatlah less 20% kak limah. tapi before less tu ada less lagi. giler banyak less. so korang jadilah member Tupperware, tak rugi pon, untung lagi ada. beli tupperware dapat kek. huahuahua. macam beli sabun basuh dapat percuma tupperware huahuahua. ni beli tupperware dapat kek plak. alahai. eh betol. sedap la kek ni.

lastyear pon hani beli tupperware, siap dalamnya ada kek juga. eh aku ni nak beli kek semata atau tupperware? ke dedua? tak kisahlah janji tupperware boleh digunakan and kek plak boleh dimakan. sedap plak tu. hemm confirm sedap sebab dah banyak kali hani sebut nih huahuahua.

so apalagi, puasa dah nak dekat ni. kalo beli mangkuk tingkat ni, nanti senang ler nak bawak makanan ke surau/masjid, balik bleh tapau huahuahua. jangan niat nak tayang sudahlah yer kak limah .. huahuahua ..

ni ler new collection Hani. sempena anniversary kot huahuahua .. cantik kan?


dalamnya ada kek yang cukup sedap. tak rugi beli. sila berkejar ker stokis tupperware berdekatan anda.

kek ni pon sedap. nanti hani snap picas lepas potong kek hokayy ..

oh ya Hani ni member Tupperware tapi takdelah sampai berjual. beli untuk kegunaan sendiri jer. and, entry ni tak disponsor dari Tupperware yer puan-puan so takleh la nak citer panjang-panjang (kalo ada tokei Tupperware nak sponsor bagus gak huahuahuahua ada hati)p/s; aci tak kalo anniversary malam kang potong jer kek dalam Tupperware ni? giler kedekot taik idong masin.

07.07.2011 .. 4yrs ..

Salam penuh kasih sayang, salam kebahagiaan ..

Alhamdulillah, hari ini genap 4 tahun perkahwinan kami. 4 tahun menyulam cinta. 4 tahun penuh warna-warni kehidupan berumahtangga. ada kisah riang-ria, ada kisah sedih syahdu, ada kisah teladan, ada rasa bahagia, ada rasa duka, ada rasa kecewa, ada rasa penuh cinta. Ya, warna-warni kehidupan kami sekeluarga. bohong ler kalo nak mengaku bahagia sentiasa 4 tahun ini. hidup kita bukan seakan drama Nora Elena huahuahua.

Alhamdulillah, 4 tahun pertama yang berjaya ditempuhi. Kesabaran, kecekalan, keredhaan, kasih-sayang. itu yang menjadi intipati kehidupan Hani dan suami, Azhar. bila gembira, dialah yang turut tersenyum disisi Hani. bila terluka, tangan dialah menyapu airmata yang luruh di pipi. ya, saling menemani. kala berbalah, campak jer beg ke luar rumah hihihi opss gurau jer.

Kami kenal tak lama. Malam Maulidurassul 2005, 20.04.2005. saling jatuh cinta pandang pertama. 25hb September 2005, Azhar dan keluarga datang merisik. bawa bersama sebentuk cincin risik. sungguh bagai dikata, kalo cinta tak perlu tunggu lama. eksyen tak ayat nih? huahuahua ..

Kami bertunang tika bulan Syawal 2005, 19.11.2005. sungguh meriah. mungkin sebab Hani anak tunggal.

cincin tanda ikatan pertunangan. lambang cinta dua insan. opps baru bertunang takyah ler perasan lebih-lebih huahuahua ..

hantaran pertunangan warna pink lam kotak plastik huahuahua. sungguh kampung ekekeke. nak buat cemana dah itu jer popular time tu. takde lagi dulang emas huahuahua.

comel kan akak? comel macam pau gebu kak jenab tanjung malim ekekke

majlis hantar belanja kawen. banyak sungguh majlis yer. tu ler sapa suh pilih orang negeri huahuahua. maybe Hani anak tunggal or negeri kami masih mengamalkan adat Perpatih jadi semuanya mengikut adat dan turutan. takpe, yang baik kita ikot, yang buruk kita tinggalkan janji tidak melanggar syariat Islam, Insyaallah. banyak duet kuar nak bjuat banyak majlis isk isk isk ..

majlis hantar belanja kawen pon ada iringan buah tangan dari pihak lelaki. dalam album tu sebahagiaan duit hantaran. time tu okay lagi, belanja kawen pon biasa jer takde le gempak 50 ribu kak limah oiii .. nak cakap ke bape duit hantaran? kang dikata riak plak. ke ciput jer? RM7, 777.77. konon ler nak nampak cantik kan kak? mana bleh kalah ngan orang huahuahua. eksyen lagi

Hani bukan sengaja pilih tarikh kawen yang kononnya cantik giler tu tapi berangan nak kawen on my birthday (8.2). masalahnya emak cakap orang ni kawen, orang tu kawen jadi kena tunggu turn maklom orang kampong ada mesyuarat kalo nak buat majlis sebab gotong-royong nanti. pastu pilih cuti sekolah bulan March, pon ada orang kawen. bulan Mei pon ada. abis aku nak kawen bila nih? tak kira, ada ke takde ke orang kawen akak tetap nak kawen bulan Julai. so dah alang-alang pilih bulan 7, apalagi boleh ler eksyen nak date 7.7.2007. alhamdulillah tok penghulu kabo takdek lagi orang booking date tu so yahooooooo .. Majlis nikah pada Sabtu, 7.7.2007. berdebar kooo .. bertunang ujung 2005, 2006 kumpul duet akhirnya 2007 akak kawen. yeaaaaaaaa .. memang meriah majlis perkahwinan kami. hampir 2000 tetamu hadir, alhamdulillah hampir semua yang dijemput hadir meraikan majlis kami. maybe antara faktornya ialah;
1. Hani anak tunggal perempuan
2. takde majlis kawen selain majlis Hani
3. hari tak hujan huahuahua

Alhamdulillah .. syukur kepadaNya dengan sekali lafaz akad, kami sah sebagai suami-isteri. memang syahdu tika ini tatau nak explain cemana. dah tu lama tak jumpa Azhar sebab dia sibuk outstation, last jumpa masa majlis hantar belanja, memang nervous la, rindu pon ada hikhikhik dah bleh start gatai merenyam huahuahua. dada dup dap dup dap. giler nervous. syukur sangat-sangat. Allah permudahkan majlis kami, doa tidak pernah putus-putus ke atasNya aminnn ..

fuhh siap posing cam hindustan ekekke .. masa ni dah popular la shoot outdoor bagai kan. so sempat la merasa nak baring terlentang kat ataih rumput kat Istana Seri Menanti (kot ada tahi lembu tatau la ahahaha) .. merasa la nak lari-lari ala ala Kajol SRK huahuahua .. best betol kawen ni. semua orang tengok jer, tatau la ngumpat apa lam hati huahuahua. best syok sume ada. giler perasan huahuahua

hishhh giler masuk magazine akak kau nihh huahuahua .. perasan habis dah nih huahuahua .. bila lagi kan kan kann ..

ye, penuh warna-warni sebagaimana indahnya majlis kawen kami. hidup berumahtangga ni bukan main petik jari jer. perlu pengisian sebab cinta itu penuh dugaan. datang dan pergi. untuk mengekalkan perkahwinan, pengisian penting. tapi adakalanya kita gagal mencari pengisian itu. doa Hani moga perkahwinan kami penuh keberkatan. biarlah hidup sederhana tapi kami saling mencintai, saling menyayangi seperti jumpa kali pertama. ye, kami jatuh cinta pandang pertama.

doa Hani juga, semoga perkahwinan kami kekal. tidak mahu melamun yang indah, cukuplah dengan apa yang kami ada sekarang. bahagia kami makin bertambah dengan kelahiran Alya Nur Zahra, permata hati Hani dan Azhar. Ya Allah terima kasih atas kurniaan tidak ternilai ini dan menjadikan kami insan terpilih dalam menerima kebahagiaan di dunia ini dan kami tidak lupa mencari kebahagiaanMu di akhirat jua insyaallah aminnn ..

Abang, terima kasih kerna menjadi suami yang baik, berusaha menjadi yang terbaik untuk ayang. bukan sekadar meluah janji apatah ikrar tanda setia namun abang tahu cinta ini tetap dihati, tetap membara hari demi hari. Love you ..

Wednesday, July 6, 2011

Imbas kembali hari teristimewa ..

Hemm .. kalo ikotkan 4 tahun lepas, ari ni kira ari Jumaat. tengah sebok siapkan hantaran. sebok pasang kelambu sampai akak jatuh tangga huahuahua. sebok pakai inai di jari. orang kampong sebok masak. sedara-mara sebok membantu apa yang patut. ada gak tukang sebok yang tatau nak buat terus menyebok selidik bape hantaran, apa barang kemas buat batal air semayang, hantaran bape puluh dulang huahuahuahua (jangan tatau orang spesis macam ni memang wujud hokayy) ..

memang meriah you almaklom akak ni anak perempuan tunggal bukan tunggul yer kak limah. seminggu before majlis rumah akak dah meriah ngan orang datang bertandang. nak kopek ikan bilis pon dorang datang tolong tau. seminggu rumah sentiasa ada orang sampai pintu pagar pon biar melopong jer terbukak takyah tutup-tutup huahuahua. makan pon best jer sebab hari-hari sentiasa makan ramai-ramai, berselera walau nasi putih ngan gulai nangka goreng ikan masin. giler sedap kak limah.

spoiler jer dulu ekk .. pepandai la korang imaginasi ke mendenya yang akak beria tulih atas tuh. tapi nak bagi tau juga, sempena hari keramat ni bukan taman keramat tau huahuahua takdelah akak dapat beg elvi ke jurulatih ke meow meow ke hatta cenel ke. tapi kalo dapat memang akak pengsan dulu huahuahua. akak takde hint atau hon pon asben nak itu ini. walau akak nampak lam henpon blekberi beliau ada reminder untuk date esok, 7.7.2011. (sukanya akak sebab asben tetap sudi tulih lam henpon beliau, tanda beliau ingat la kan) terharunya akak. giler kesian, baru laki tulih reminder dah perasan abih cinta mati huahuahuahua.

okay la tengah siapkan kad buatan tangan sendiri. nak beli rasa membazir plak. guna jer segala kreativiti sendiri pastu dengan rasa tak bersalah amik jer segala kertas warna-warni harta company buat special card untuk asben terchenta (buruk perangai kan?). eh buat sendiri lebih afdhal hokayy. kalo beli rasa macam tak puas ajer. dah la kad jual kat Memory Lane giler mahal harga membunuh sekeping sampai 14 hengget. baik makan mekdi huahuahuahua.

eh membebel sampai bateri akak dah lip lap lip lap. lappy lom pulih sepenuhnya, still ada virus. tunggu doktor it balik dari cuti baru repair abih. okay jumpa esok. doakan akak dapat hadiah best ek. paling best dapat suprise. jangan suprise yang buat akak sakit jantung sudah la yer.

esok, hari istimewa buat akak dan abang. tak sabar nak tunggu. tunggu apa? entah tatau. takde apa pon tapi nak tunggu juga (tak malu harap suprise laki sendiri huahuahuahua). eh akak dah beli hadiah kat asben ke? uwaaa akak takde beli apa pon tapi harap-harap asben belikan hadiah. spoil kan? huahuahua bini sapa la nih kedekot ya amat??

spoiler kot ler korang nak tau .. huahuahua .. syahdu nih.

Monday, July 4, 2011

Nasi Lemak Akak cinta Abang ..

Salam 1 Malaysia .. ekekekke tetiba jer. semangat la konon maklom dikelilingi slogan 1 Malaysia skang ahaks. gi kedai mamak ada 1Malaysia, gi beli pisang pon nampak 1Malaysia, hatta gi jamban kat Plaza Masalam tu pon nampak 1Malaysia kauuuu .. tak ker jaki? tolong la weiii .. hemmm .. eh apsal aku macam kurang patriotik nih? bosan kot? sori ekk ..

dari bebel ntah apa-apa, baik akak gi masak. semalam dengan bersemangat 1 Malaysia eh lagi nak ulang hemmm .. hokayy dengan semangat waja, akak bangun subuh sepieee nak masak nasi lemak. korang jangan gelak yer, ni pengakuan berani mati akak nih. ni first time masak nasi lemak. selalunya mengadap jer tekak ni time mak masak. tunggu hidang jer. atau paling bijak, terus jer beli kat satu gerai area rumah ni, memang sedap nasi lemak dia.

so semalam disebabkan terlebih rajin atau kuasa power root kacip fatimah, akak pon beria-ia la nak masak nasi lemak. nak menambat hati suami kenalah berkorban kan? apalah sangat bangun kul 5 pagi semata nak masak nasi lemak untuk bekpes di pagi Ahad kannn? sanggup hokayy ..

oleh kerna first time masak maka terima jer la kalo ada kekurangan, kelebihan. kalo sedap, alhamdulillah. kalo tak sedap, encek somi baik diam jer akkakakakaka.

alhamdulillah, rezeki encek somi agaknya semalam, dia dapat makan nasi lemak isterinya setelah 4 tahun kawen yer poan-poan .. 7.7.2011 ni enibeseri kami hokayyy .. bagi tau siap-siap hahaha.

mula tu nak buat sambal sotong tapi masa gi Giant malam Sabtu, licin. udang pon licin. ikan pon buruk & busuk jer tinggal. salmon mahal kedaung this week, RM34.90/kg. memang tak beli apa pon just beli raw items ajer. subuh-subuh Ahad tu paksa encek somi gi kedai Acheh kat rumah beli udang, petai, santan. terpaksa la yer bang kang meroyan akak yang dah over gile nak masak nasi lemak nih. huahuahua.

buat sambal udang petai, ada telur rebus, timun, kacang, ikan bilis goreng. bersungguh la akak ko nih guna benang bagai nak potong telur rebus. kena gelak kat laki jer masa dia tengok apa hal isteri tercinta berlari mencari benang bagai? takkan nak menjahit sambil masak? hishhhh .. hahahaha ni semua gara-gara baca blog kawan-kawan yang hebat masak nasi lemak. seronok tengok dorang masak dengan macam-macam gaya. see, akak amik kebaikan dari berblog yang boleh membantu kita improve skill masakan. jangan cakap blog sekadar syok sendiri jer, macam-macam benda kita bleh belajar kan? so benda baik kita share biar orang lain pon boleh panjangkan kebaikan yang ada. jangan kita nak bijak sorang jer kiranya. so tu salah satu kebaikan blog.

jom tengok akak masak nasi lemak. nasi lemak buah bidara. tapi buah bidara takdek huahuahua. so akak suka hati nak bagi nama Nasi Lemak Akak cinta Abang boleh? huahuahua ..

sambal udang feveret encek somi. ye ke feveret? ke aku jer perasan? ahahahaha

nasi tu aku betul-betul terlupa nak bubuh dalam cawan pastu tangkupkan. konon nak nampak cantik kan? tapi akak terlupa yer. kalo tak mesti meletup gambar nasi lemak akak kan kannn .. takpelah janji masuk perut gak hahaha tak nak kalah ..

hemmm paling suka (perasan sendiri) ikan bilis size kecik ni memang sedap kalo compare dengan size besar tu. manis lemak-lemak jer rasanya.

jemput jamu mata yer poan-poan ..

okay, first time masak memang kelam-kabut. nak tunggu nasi kering berdebar macam nak tunggu sarung cincin tunang ahahhahaa. alhamdulillah nasi tak lembik tak keras, sedang-sedang ajer. wangi jer bau daun pandan. nasi lemak ni Hani ikot resipi dari kakak kat opis, Kak Yati (dia takde blog kalo tak bleh link jer). cuma letak halia, bawang merah, daun pandan, garam and gula. semerbak satu apartment 5 tingkat huahuahua

my asben kata "sedap, nextweek boleh masak lagi" hahahaha kedaung ler aku nak bangun subuh sepiee masak nasi lemak lagi huahuahua sapa lagi nak puji bini kalo bukan laki sendiri kann? sedap tak sedap belakang citer, kalo tak sedap boleh belajar lagi kan?

ntah merapu apa ni, kena stop dulu. terlebih power root kot ekekee. daaaa see later.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...