Sunday, April 24, 2011

Belum selesai ..

Hai ..

mode nak menulis blog merudum since kejadian cilok-mencilok lastweek. ye, walau hanya sekeping gambar tapi kesannya terlalu kuat pada aku. sebab, dah banyak kali tengok kawan-kawan blogger yang lain terkena, lastly terkena kat diri Hani plak.

well, lastweek dah email kepada penulisnya SITI NOR AFZAN KASIMAN & news editor. and, 2 hari menunggu reply dari mereka, none. hari selasa try call UTUSAN and tinggalkan pesanan. 2 kali call still takde reply. lastly bila tinggalkan pesanan untuk tindakan susulan, baru la ada feedback dari writer yang konon baru balik out station.

dengan tidak meminta maaf atas kesalahan mencuri gambar dari blog ini, malah writer itu tidak mengaku dia mengambil yang mengambil gambar. dengan alasan dia hanya menulis, bahagian layout/pictures adalah dibawah tanggungjawab bossnya. so dia menyalahkan bossnya bertanggungjawab atas kesilapan itu. so aku malas nak bertekak lagi since dia tidak mengaku.

writer tersebut telah bertanya apakah yang aku inginkan dari mereka? satu soalan bodoh yang aku rasa. ingatkan dia akan meminta maaf tapi masih ada ego rupanya. dahlah mencuri, tak mengaku pulak then tak reti nak minta maaf? Kosmo adalah hak milik UTUSAN tetapi begitu mengecewakan kerana mereka tiada etika. patutlah ramai yang tak baca UTUSAN! melainkan beli untuk tengok sport. so sorry ..

aku masih bengang. malah bertambah bengang bila writer mempersoalkan kenapa aku harus marah? soalan bodoh. dah la ko mencuri, pemalas nak snap gambar sendiri, dah tu tak reti beradab lagi ko nak biadap? nama je writer, tapi etika langsung tiada.

oleh kerna pihak KOSMO tidak mengambil tindakan memohon maaf malah bersikap biadap, esok aku akan usulkan tindakan undang-undang.

orang begini harus diajar untuk lebih beradab dan beretika!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...