Salam. hari ni keje macam biasa. tp masuk lambat sebab singgah galeri dulu. ada la alasan nak masuk opis lambat kalo ke sana dulu hihi.
siap join geng kat galeri ni breakfast, makan-makan, sembang-sembang hehe heavennya. seronoknya bekerja di bahagian sales ni ek, free and easy wah gitu.
abih bergossip pung pang pung pang baru la bergerak ke opis plak. hari ni memang boss takde, cuti seminggu sebab nak exam. sekali sampai opis tengok2 bilik boss terang-benderang, apakah?? hehehe rupanya dia datang amik beberapa document and books. maklom nak peksa hehe. padan muka aku kesipuan malu sebab ingat boss tak datang opis. tertangkapkahh? eh ai ada reason hokayyy hihi ..
pastu lunch hour kuar ke kedai bunga plak, temankan kawan ai yang nak tempah hiasan untuk pelaminnya. kawan ai iaitu
kaknana. beliau nak join satu karnival pengantin nextweek so memang busy le nak siapkan booth. wahh seronoknya tengok orang berbisnes ni, dengan minat dan bakat yang ada memang boleh cari makan. nak harapkan gaji rasanya tak dapeklah nak hidup mewah senang lenang kann ..
balik opis dah pukul bape, hujan plak. and boss still tipon tanya itu ini hehe tension den. mulalah terfikir nak buat bisnes sendiri, suka hati le nak buat apo. memang la skang ada buat bisnes kecil-kecilan tapi belom memadai rasanya. hemmm .. still thinking bisnes apa yang sesuai dengan bakat, minat yang ado? macam-macam den minat hahhaa. sambil tu ada juga yang beria-ia suh buka kedai makan. hahahha gelak bosar den. setakat tau 2-3 jenis lauk suh den bukak kodai, memang 2 hari aje la gaya hahahaa (tapi mana tau kan kut boleh jadik kenyataan aminnn) benarnya saya suka masak masakan kampong tapi kena banyak menuntut ilmu dari mak lagi ni.
sambil jalan blog kawan-kawan yang boleh beri idea, sambil klik-klik blog yang best-best ni (sambil duduk goyang kaki sebab boss takdo kahkahkah) sambil cari idea nak jual apo memang best la ari ni. boring tapi best gak sebab boss cuti seminggu. banyak masa nak berfikir ni. fikir bisnes youuu ..
and, walau bekerja di dalam syarikat berkaitan kerajaan yang gah perkasa tapi nasib masa akan datang belom tuntu hulu hilirnya lagi. pendek kata kena bersedia dari sekarang. omputeh kabo sediakan payung before rain hahaha. ada jugak dengar-dengar pasal VSS. wah acik dah berangan duit sekepuk terlonggok nih haha. gila berangan la.
in seriously memang Hani buat bisnes kecil-kecilan and memang terasa seronok bila ada keuntungan walau tidak berjuta-juta haha. alhamdulillah cukuplah menambah kepada gaji ciputku ini. dapatlah membeli kehendak hati atau idaman kalbu tanpa meminta pada suami. itulah orang kata, bila berduit sendiri rasa lebih yakin untuk membeli barang yang kalo minta kat laki confirm tak dapek hahah. serius. percayalah walau 50 hengget sekalipon itu tetap duit kita kan?
cumanya nak serius dalam bisnes tu yang belom ketemu titik mulanya. tercari-cari arah. adakalanya kena akui, Hani belum berani mengambil langkah besar contoh berhenti keje. hemm rasanya kena berfikir banyak lagi ni (sehingga uban tumbuh hehe). untuk permulaan rasanya biarlah selesa dengan bisnes sampingan ini sahaja. mungkin 2-3 bulan lagi ada perubahan sape tau kan?
melalut petang-petang ni buat perut laparlah plak. nak masak megi dululah!
tengkiu baca entry merapu ni.