Salam ..
lama juga tak update. selepas kejadian pecah rumah ari tu, Hani macam hilang semangat. hilang keghairahan nak berblog. yelah, kamera pon dah xde, nak snap picas guna apa ekk. memang takde passion langsung. lepas satu masalah, timbul pula masalah lain. skang tengah pening pala nak cari bbsitter baru. sebab bbsitter skang dah preggy. ayoyo pening acikkk .. nasib baik Alya dah besar, kira okaylah nak anto tempat lain. maybe rumah bbsitter lama, ibu. sukalah Alya nanti. harap2 ibu setuju jaga Alya semula. macam pass button plak hhehee.
ye, ari ni besday Hani yang ke 30. dah three series bebbb. takde yang istimewanya tahun ini. mungkin sebab ada sesuatu terjadi dalam kehidupan sekarang so ulangtahun kali ini tidak bermakna. hanya doa dan harapan Hani moga Allah permudahkan kehidupan ini. moga Dia murahkan rezeki, berikan kebahagiaan serta limpahkan keberkatan buat Hani sekeluarga. itu sahaja. tiada hadiah yang mahal, tiada handbag berjenama, baju beratus ringgit atau barang kemas ribuan ringgit. cukup sekadar sebuah doa.
jumpa lagi bila Hani dah bersedia untuk menulis lagi dengan ceria dan semangat baru.
2 comments:
happy birthday makcik..:):)
tq illa hehe
Post a Comment