Saturday, September 18, 2010

Syawal 1431H ..

Salam lebaran .. punyalah kekangan masa dan keterbatasan peluang untuk update blog. line tak clear, lappy plak charger tertinggal kat opis so takleh nak on, pastu kamera plak lupa nak charge .. mak aiiii .. berderet masalah tercipta time raya hahahhaha ..
yang penting raya kali ni meriah dan syahdu. ditambah dengan keletihan sepanjang cuti perayaan. letih sebab memasak memacam jenis lauk, juadah campur lagi kerja-kerja dapor waaaaa ..

sama juga macam korang, hani beraya di rumah sendiri dulu and later baru balik ke kampong hubby di Krai. Kampong hani of course meriah sakan. ditambah bunga api yang memercik hebat ke langit malam raya memang sakan sungguhhhh .. Alya lagilah hebat melasak dan hepi sesangat. memang peluang dia nak berlari sana sini takde sapa nak marah or tegah.

hari mantai or sehari sebelom raya dugaan sungguh. cuaca panas terik. mak memang kemestiannya masak lemang. hani plak incharge rendang ayam and daging. waaaaaa .. panas terik menguji sungguh. rasa macam nak buka poser je sebab dah tak tahan dok dekat ngan api. abih lencun satu badan siram ngan air paip semata-mata nak sejukkan badan. lega sekejap .. tapi lepas tu berbahang balik. dugaan ..

lewat petang baru usai memasak 2 jenis rendang, lemang dan persediaan di dapur. memang letih giler. sampaikan memasing tak koser nak ke surau join berbuka terakhir dan bertakbir. dah tak larat kooo ..

poser terakhir kami berbuka ala kadar jer. dah tak koser nak ke pasar ramadhan atau ke kedai .. makan je rendang yang baru masak. sedapppp .. berbaloi berpanas tepi api menunggu rendang ni masak. ni rendang ayam kampung campur daun puding. ni memang hani yang masak okehh .. dari siapkan bahan-bahan hinggalah sampai masak. mak tokei lemang so dia jaga lemang jer ..

jemput makannn ..

1 Syawal 1431H .. pagi lagi kami dah bersiap. Alya senang jer bangun bila tengok uwannya bersiap. lepas subuh memang memasing terus bersiap. kena awal ke surau sebab ari ni jumaat and sembahyang raya awal. kang nak solat Jumaat plak kan.

before ke surau, Alya minum susu dulu. biasalah kang meraung-raung plak kat surau hehe .. comelnya anak mama pakai baju kurung. nasib baik terletak elok jer baju ni. nak tau, time nak ukur badan kemain meronta-ronta dia. terpaksa hani yang ukur sebab dia takmo gi ke taylor. nasib baik betol ukurannya hahahhaa ..


kejap jer Alya dah nak masuk 2 tahun. kalo ikot bulan Islam, dah 2 tahun pon sebab dia lahir 29 Ramadhan 1430H (29.09.2008) comelnya anak mama (sapa lagi nak puji kalo bukan maknya kannn??) hihi

antara pose dari Alya since balik dari surau. biasalah, lepas balik dari surau bersiap nak sambut orang datang plak. masa ni dah sinsing lengan pon. tak dapat le nak vogue bagai maknya hehhee ..

oh ya sempat juga posing anak-beranak tapi sayangnya tak dapat nak gambar bertiga .. lupa bawak balik tripod aiyakkkk .. rugi je kamera memahal kannn .. takpe insyallah besday party nanti takkan lepas peluang gambar bertiga ..

anak dara papanya ..
pastu ngan mama plak. tak berjaya juga nak sedondon kaler purple walaupon dah beria canang kaler tema tu. sebabnya, papa takmo membazir sebab baju melayu tahun lepas baru pakai sekali jer. Alya plak bajunya warna pink, tak sama kain ngan mama sebab hani tak bape suka fesyen boria ni. atleast kaler hampir sama laa ..
raya pertama memang tak boleh ke mana-mana. sehingga maghrib menyambut orang datang. memang letih benarnya tapi gembira sebab ramai orang sudi datang berziarah ke rumah kita kannn .. kalo orang tak datang sure rasa lain macam ajer kannn .. maknanya rumah kita dimurahkan rezekiNya bila ramai tetamu datang .. aminnn ..

Raya kedua. pepagi dah ke pasar. ada kes barang kemas rosak plak so kena la ke kedai emas wakakaka .. nasib baiklah kedai emas kat pilah ni tak tutup walau hari raya. lagi best sebab emas murah giler berbanding di KL. emas di pilah segram baru RM119 instead of KL RM147 (ni masa raya).

pasar pon jem. ramai orang keluar beli barang nak masak. pilah jemmm!!


petang. sementara melayan tamu yang datang, sempat masak. ni resipi baru memandangkan dah jemu makan nasi rendang bagai. tengok nasi impit masih berbaki and kuah kacang macam dah sket jer so try le menu ni. hubby kata sodappppp .. so boleh ler buat lagi ekk ..
Nasi impit goreng .. silalah!

Raya ketiga, Ahad petang Hani bertolak ke Kuala Krai pulak, kampong hubby. kami ikot jalan K Pilah-Spg Pertang-Karak. jalan clear. kereta banyak tapi tak jem. dalam pukul 10 malam baru sampai di K Krai. sambutan di sana sederhana ajer. meriah juga cuma tidaklah semeriah di K Pilah hhahahaa .. (ayat dengki) ..
gambo takde sebab takde mood nak bergambar maklom takde shoot cantek ponn .. ekekkee .. (benarnya malas nak kuar kamera takut kena umpat) hahahahaha ..

Kami sekeluarga balik ke Shah Alam ari Rabu petang. benarnya bersiap awal tapi singgah di pekan Krai shopping keropok, tudung, ikan masin bagaiii .. siap beli sekor kuda lagi .. hikhikhikhik ..


tiba di KL dah lewat malam. yang bestnya masa lalu kat MTD Prime toll Karak & Gombak, free. memang tak sangka and tak ingat pon toll free pada 15.09 tu .. hehe jimat jugak duet kann ..

sampai KL terus ke Mandarin Court sebab bangchik, abang yang bujang trang tang tanggg tu dah booked bilik. memang dia dah call siap2 petang masa on the way dari Krai, bagi tau emak datang KL and nak lepak 1-2 kat sini. so rezeki le kami anak-beranak tido hotel malam tu. Alya lagilah kemain hepi dia. maklom sume orang melayan kerenah dia .. bertuah Alya ramai yang sayang dia .. amin!


kiranya tahun ni beraya memang seronok la. happening jer. cuma sedih bila teringat cousin yang sorang ni dah berangkat ke Mesir, Jumaat 17.09 ari tu. yelah memasing tengah mood beraya kan, sedih le tak dapat beraya lama2 tambahan pulak tahun depan ntah jumpa ntah tidak ekk ..

nanti next entry citer pasal dia plak ..

okies, see later!

Selamat Hari Raya

Hani, Azhar & Alya Nur Zahra

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...