Thursday, December 28, 2017

KedaiKakton yang comel; ComfyCorset :)

Assalamualaikum. Hari tu macam rajin update, pas cuti dah mood malas kembali hehe. Minggu ni confirm semua sibuk untuk buat persiapan kembali ke sekolah kan? Time ni kedai baju, kedai kasut penuh dengan parents yang dok cari kelengkapan sekolah. Koperasi sekolah pun penuh. Biasalah, sindrom last minute memang best kan kan kannn? :)

Okay, minggu ni jugak ofis macam lengang. Dari cuti Krismas bersambung ke tahun baru, tinggal la kau sorang-sorang termenung dalam ofis kan? :( so marilah berpoya-poya suruh tea lady snap pictures kau hehehe :)

Mood baik, ofis lengang so marilah posing kakton!


Untuk sesiapa yang inginkan badan lebih kemas, ramping dan mengecilkan paha serta punggung marilah cuba ComfyCorset. Hani start pakai selepas 2 minggu diet tahun lepas. Mula dengan saiz 5XL kau pastu 4XL pastu 3XL now? Rasa-rasa saiz apa ya? Hehehhee .. Target nak 65kg. Now 69kg (from 114kg) hurm selain pakai korset ni, elakkan gula dan garam. Dan kayuhlah basikal 1 jam sehari lebih kurang 3-4 kali seminggu.


Jom baca testimoni antara customer yang dah beli comfycorset. Ramai tapi ada yang malu-malu so takpe jom kita baca yang ada nih ..









Hurm so? Alhamdulillah feedback sangat positif dan best sangat sebab dapat share benda yang baik. Sape takmo kurus dan sihat kan? Tambahan pula jika kita ni dah berumur 35yrs above semua kena jaga. So, jika ada readers Hani yang nak cuba korset ni jom whatsapp 012 228 1418. Harga? Tak sampai RM300 okay?? Takdenya beribu tapi percayalah hasilnya Insyaallah. 

Jangan lupa whatsapp 012 228 1418 Hani. Boleh follow FB Nhhanim dan Instagram nhhanim.

Friday, December 8, 2017

Home sweet home; wallpaper at dining area :)

Assalamualaikum semua :)

Lama tak kongsi cerita "home sweet home" kan?
Ada juga buat beberapa changes, small renovations dan tambahan sikit kat bahagian rumah. Huishh barang serba-serbi mahal sekarang. Nak reno dapur tapi bila buat survey 2-3 tukang semua above 40k adoiii seram pulak :)

Pastu plan nak tukar cat untuk ruang makan dan ruang tamu. Dah 5 tahun kami mendiami rumah ni, Alhamdulillah syukur sangat berpeluang memiliki landed. Dalam ekonomi yang agak merudum ni, sana-sini cakap harga rumah terlampau mahal. Kami beli tak silap hujung tahun  2011, masa tu tak sampai 400k lagi tapi sekarang jiran belakang rumah jual dah 600k perghhhh *lap peluh* eh jap nak cerita pasal cat kan tadi? Heheheh okay survey harga cat dan tukang cat. Bukan apa, pak encik I ni memang takkan buat kerja-kerja camni kecuali letak pisau kat leher or pistol kat kepala :)

Tukang cat pun kemain mahal skang. Indon yang biasa buat kerja kat rumah ni pulak tengah sibuk buat rumah so kenalah tunggu kalau nak minta dia buat. Last-last sebab akak tak sabar dah dik, akak beli wallpaper. Tu pun dalam sebulan juga wallpaper duduk dendiam kat tepi tangga. Hehehee biasalah dapat laki kerja engineer kau ingat dia nak melayan kerja-kerja camni? Busy satu hal, malas nak layan satu hal. Hari cuti ada je halnya tapi 2 minggu lepas memang dah tackle hubby, pujuk-pujuk dia tolong install wallpaper. I masak nasi lemak sedap-sedap heheh :)
Okay jom tengok apa perubahan di ruang makan kami.

Ini sebelum. Cat warna coklat gelap. Cat Dulux tak silap I, memang warna kegemaran I. Sangat cosy!



Taraaaa ..
Guna wallpaper Kaison aje. Kali ni cari corak tiles yang cerah. Ada nampak perubahan tak? Nampak berbeza tak?
Kami start pasang dari pukul 12.30 tengahari sehinggalah 5 petang. Pergh sakit pinggang jugak walau dinding lurus aje. Guna 2 rolls x 10 meter x RM29.90. Masih murah jika dibandingkan dengan cat. Tu tak kira upah lagi tu. Yang ni upah makan nasi lemak aje hehe :)


Well, rasa lapang dan cerah aje corak nih sebab pemilihan warna. Lega sebab hubby pun cakap okay, cantik dan tak serabut. Even ramai yang pasang corak ni kat bahagian dapur atau toilet, ada I kisah? hahaha janji lawa, pastu bila tengok macam sesuai je pun kan :)


Next? Nak makeover tangga pulak. Nak tukar wallpaper juga. Tunggu ehh :)

Monday, December 4, 2017

Outing; Star Avenue, weddings

Assalamualaikum ..
Cuti 3 hari dari Jumaat lepas. Ramai yang sambung bercuti panjang sempena cuti sekolah kan? You all semua ke mana? 
Jumaat lepas husband kena turun site so takde plan nak ke mana-mana, Sabtu ada 2 kenduri kawen yang dah lama masuk kalendar, wajib pergi.
So petang Jumaat memandangkan ada barang dapur yang hendak dibeli, maklumlah budak berdua ni sekarang asik berulang-alik ke dapur aje so fridge kenalah penuh dengan makanan :)

Fikir punya fikir marilah ke Star Avenue Subang Bestari, tak jauh pun dari rumah. Memang malas nak tempuh jem, tau sangat time cuti camni semua nak keluar rumah. I bukannya rajin sangat nak drive sampai ke KL setakat nak beli barang dapur pastu konon nak cari baju. Tengok, tadi niat asal barang dapur pastu bila dah bersiap mula terfikir baju pulak :)

Dari rumah ke Star Avenue dalam 15 minit je pun tapi I suka ke sini sebab tak sesak. Walaupun baru dibuka dan hanya ada Giant sebagai anchor mall, I am okay :). Ada Sushi King, Subway, Secret Recipe, Aeon Wellness, Guardian, Paddini (Brands Outlet) dan beberapa kedai buku, pakaian serta indoor playground The Farm yang baru dibuka. I memang suka tempat camni, takdelah banyak pilihan yang boleh buat rambang mata dan rabak poket hihihi :)

Kebetulan my bff Wan pun nak balik KL and nak singgah beli barang before balik so lets meet up dear :) lama tak jumpa since masing-masing busy giler lately maklum end year banyak kerja, banyak closing katanya :) Alya dan Aryan happy sebab The Farm dah buka so dorang boleh main dalam tu and I bolehlah shopping dengan senang hati. Tak silap bayaran RM10-15 /jam. 

Terus ke Brands Outlet, belek baju mana yang diangkut balik termasuk nak belikan baju baru untuk husband. Eh lama giler kot tak shopping untuk dia hehehe yelah dulu rajinlah kejar warehouse sale kan :) jumpa yang berkenan di hati terus sambar. And sempatlah posing kat sini maklumlah tak ramai sangat orang masa ni. Kalau ramai memang taklah nak snap hehehhee :) 


Wan, my dearest bff. Kawan yang lemah-lembut, baik hati dan penyayang. Kawan yang sentiasa ada ketika I kesedihan dan sentiasa sudi jadi pendengar setia bila I bercerita. Semoga Wan cepat bertemu jodoh yang baik-baik aamin :)


Since tak lama lagi Krismas, dah banyak decoration dorang buat kat lobi. Nampak lebih berseri dan meriah kat lobi ni jika dibandingkan dengan hari biasa. Alya, Aryan suka la berlari sebab lobi cukup luas, orang tak ramai.


Sabtu. Ke wedding anak ex manager Sime Darby, Haji Esa di Bukit Jelutong. Alamak gambar lupa nak transfer. Nanti edit semula hehehe :) pergi dalam pukul 1.30 lepas zuhur. Dah siap makan and jumpa kawan-kawan lama terus bergerak ke Selayang pula, wedding kawan husband masa belajar dulu. Masa sampai ni dah pukul 3.30 kot orang pun dah tak ramai. Tapi ada lagi kawan-kawan husband yang turut sampai sama dengan kami. Nasib baik juga kenal dengan wife kawan husband, menyembang sakan la maklum lama tak jumpa.


Dengan Anizz, wife kawan husband. Branch Manager Bank Islam Port Dickson, cantik sangat dia ni, kecil molek even anak dah 4 orang. Tak silap kenal since 2009, pastu friends kat FB then jumpa bila ada wedding or besday party. 


Hari ni I pakai dress dari POPLOOK, beli dari bulan 9 tak silap masa sales. Biasalah orang tamak haloba, beli pastu peram tatau nak pakai masa bila. Tapi time camni barulah berpeluang pakai then flip shawl bila tengok laki kalut cari baju yang sesuai hahhaa :)


Alya dan Aryan. Seronoklah dorang sebab balik dari kenduri decided nak ke Star Avenue semula sebab nak tukar saiz baju yang beli semalamnya. Seronok sebab dorang nak main dalam The Farm again!


I cepat-cepat ke Brands Outlet untuk tukar saiz baju. Then sempatlah tambah selai dua lagi adoi perangai sape la nihh :)

By the way, I so in love with this dress. Selesa dan terus rasa diri di awangan hihihi :) harga pun reasonable. Boleh check di @POPLOOK ya.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...