Friday, November 24, 2017

Helloooooo uolsss .. setelah sekian lama :)

Assalamualaikum.

Ya, punyalah lama tak muncul sampai password pun tak ingat hehe ngelabah mencari mana la password, email pun lupa guna yang mana satu hehe :)

Hurm ada lagi ke yang singgah ke blog ni? Dah la blog sendu, takde apa yang menarik pun tapi tak kiralah nak juga update sebab rindu nak blogwalking. 
Haaa kali ni i ada banyak benda nak share tapi paling penting pasal loosing weight. Dari 1hb Ogos 2016 sehinggalah sekarang dah nak masuk Disember 2017 kan :) Lebih dari setahun rupanya. Alhamdulillah I berjaya menurunkan berat badan sehingga 41kg sekarang dan masih mencuba untuk mendapatkan berat idaman 65kg. Sikit je lagi hehe tapi liat pulak sekarang. Orang panggil plateau kot so kena tukar menu diet la nih.

Tahun lepas bermula dengan 114kg lepas tu ada kejadian jatuh di ofis sampai urat kaki putus kikikkihh .. itulah hikmahnya disebalik kejadian tu kot :)

Nih masa majlis hari raya di SDCC pada Julai 2016. Bersama Tushna, my officemate. Ya ampun tengoklah lenganku dah sama macam lengan Malek Noor kan :( dan yang sebelahnya gambar pada majlis hari raya pada tahun ini 2017 :) yeayyy ada perubahan kan kan kan :) sorrylah Tushna I mempergunakan you sebagai benchmark my loosing weight nih hehee :)


Bila rajin I buat juga collage perbezaan berat badan sebelum dan selepas. Alhamdulillah kaki pun semakin pulih dan rasa lebih sihat sekarang cuma still belum boleh travel tarik troli beg dan lari kat airport wakakaaakaka :)


Sebab I memang share kat FB dan IG apa yang I buat untuk turunkan berat badan then selfie hari-hari sampai ada yang muntah hijau kot ahahhaa :) salah satunya ialah exercise dengan basikal senaman. 1jam sehari selama 3-4 kali seminggu. So far I memang konsisten dengan senaman ini sebab ini je yang mampu I buat. Ikutkan doktor Anuar, dia suggest berenang. Mana pulak nak cari swimming pool kalo nak berenang dengan kerap kan? Memang ada kelab renang kat area rumah ni tapi tak larat la pulak kalau nak pegi hari-hari. So, basikal senaman statik memang satu pilihan yang sesuai dan I suka je kayuh 1 jam. Bila dah biasa takdelah rasa boring sambil layan whatsapp, IG dan FB.


Selain dari senaman, I juga ada mengamalkan pemakaian korset. Sangat selesa, mudah dipakai dan hasil yang menyakinkan. I start pakai selepas 2 minggu memulakan diet. Harga? Sangat berbaloi dan MURAH. Mampu milik takdelah sampai 500 ringgit serius ni. Kualiti? Yes, sangat berkualiti dan pasti anda tidak menyesal sebab tengoklah hasilnya. I dari 114kg hinggalah sekarang dibawah 70kg disamping diet dan senaman. Percayalah, jika I boleh buat tentu uols yang ada masalah berat badan berlebihan macam I dulu pun boleh. Jomm kita mulakan hidup lebih sihat.
Boleh whatsapp 012 228 1418 jika nak tahu tentang korset nih. Harga MURAH!


Nah, silalah scroll laju-laju kalau takmo tengok hehehe :) tapi I rasa lebih yakin, sihat dan bersyukur dengan peluang kedua ini :)


 


Orait, cukuplah kot buat kali ini. Nanti I share lagi cara pemakanan or menu I. Ada ke yang nak tahu? Boleh je follow FB @nhhanim atau IG nhhanim :)

Jumpa lagi, Insyallah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...