Assalam
Wah sekarang tengah hot satin pucci bawal. Mula-mula I malas juga nak try sebab takut terjebak. Tapi hari tu bila carik balik tudung satin yang hubby beli masa dia travel Turki last year, I try pakai. Dulu masa dia beli I rasa macam erkkk macam alas meja ajer hihihi :)
Nasib baik korek balik jumpa kalau tidak putih mata ahkakk .. nih satin bawal Turki. Cantik juga rupanya hahahaha okay marilah kita pakai. Hubby ada tanya, "rasa-rasa dia ada beli 3-4 helai mana you simpan?" I diam aje, gila nak cakap I sorok dalam stor sebab ingatkan macam alas meja :)))
Then yang ni beli kat ofismate RM17 aje. Bolehlah, senang nak pakai dan adjust ikut selesa kita bila pakai. Nak buat gaya shawl pun boleh :)
Well, skang tengah hot cerita Isteri Tuan Ihsan kan? Kat 104. I baru follow, tu pun sebab tertengok gazette masa Alya dok tekan-tekan channel. Koser nak bergaduh dengan anak so maknya orderlah novel terus. Puas hati baca novel terus hehe :)
Kebetulan Lovenovel ni kepunyaan salah seorang kawan, baru teringat kat dia. Apalagi order direct kat owner lagi senang hehe :)
Okay, sebut pasal masak-masak ni buntu juga kekadang tu tapi still kena masak. Budak berdua tu tengah semangat makan. Meja makan kena sentiasa ada makanan kalau tidak macam burung berkicau ajer haha :)
Sempat juga masak gulai ayam cili padi. Sesekali belanja la dorang gulai berkuah pulak. Even I tak makan but setakat ratah-ratah tu boleh ajer. Memang licin gulai ni, dorang pun dah lama tak makan gulai ayam. Normally memang masak sup, rebus-rebus aje la kan. Nowadays memang kena lebihkan healthy food tapi sesekali makan macam ni tak salah rasanya.
I try masak ikan dory, tu pon masak simple aje. Goreng dengan telur, pastu tumiskan halia dan bawang serta sos ikan. Semerbak ruang dapur I dengan ikan dori malam tu. Pastu celurlah kentang dan kobis bunga untuk makan dory fry dried pulak. Sedap jugak!
Sabtu. Macam biasa memang prepare breakfast. Mee goreng dan salad.
Alya dah cuti dari tuisyen so dia bolehlah breakfast kat rumah and kebetulan Julia, my bff datang melepak ke rumah. Hubby kerja macam biasa. Esok Ahad kami nak travel somewhere :)
Happy long weekend uols!