Tuesday, June 30, 2015

KedaiKakton; Aidijuma new released :)


-KedaiKakton-

Salam Ramadhan. Aidijuma Raya dah beberapa released. 48 design gitu memang nak muntah tengok tudung2 yang berpuluh nih hahaha tapi kakton amik yang hot design ajer la. Kalo amik 48 design karang takut ada yang makan tudung pulak kikikikihh :)

Okay jom tengok stock tudung AJ yang terbaru. Jika berkenan sila contact 012 2281418 Hani

Paris GL, kalo namanya Paris confirm orang hunting kan :)
RM30.00 postage RM6.00


Yang bawah ni pula BLU Paris, RM40.00 postage RM6.00


YLWL, special label untuk premium reseller takdak jual kat CS MS tau.
RM30.00 postage RM6.00


Barcelona GL, London GL RM30.00 postage RM6.00


Nahhhh tengoklahh stock AJ yang kakton ada skang. Pitam takkk? mau tido dalam tudung ajer ni hhaha :) jom jom order yang hot design skang :)


Monday, June 29, 2015

12 Ramadhan

Sekejap je dah 12 Ramadhan. Masuk 15 Ramadhan confirm laju je nanti nak menjelang raya hehe :)

Buntu jugak bila mikir nak masak apa untuk berbuka. Lauk semalam ada sket bawak dari kampung. So tambah la sayur lemak petola dan suun. Pastu buat sambal gesek. Korang tau ke sambal gesek ni? Ikan bilis ditumbuk dengan cili api pastu diperah asam limau perghhh sangat menjilat jari. Sesekali masak camni memang membuka selera. Pulak tu ada tenggiri jeruk waaaaa sangat mabelesssss :)

Hari ni settle. Esok pulak berbuka di The Saujana. Hehe selamat dari mikir nak masak apa.


10 dan 11 Ramadhan; Berbuka puasa di kampung

Assalam. Hari ni 12 Ramadhan 1436.
Sabtu dan Ahad berbuka dengan mak di kampung. Ya Allah sangat seronok sangat excited berpuasa dan berbuka dengan mak. Pastu abanglong pun balik kampung berbuka semalam, Ahad.

Sabtu, selepas settlekan poslaju dan beberapa perkara baru la kami sekeluarga bertolak balik ke Pilah. Rasa dah dekat sebulan lebih jugak tak balik ke sana dan mak ada juga datang rumah cuma biasa la mak tu, mana nak lama-lama, ada je alasan dia nak balik kampung cepat-cepat. 

Ni bulan puasa lagi la sedih mikir mak berbuka sorang-sorang je hukhuk. Ajak datang rumah memang dia takmo susah nak gi terawih la ayam tinggal la. Ada je alasan dia. So Sabtu balik sana memang mak ceria sokmo. Riuh rumah kampung dengan Alya dan Aryan menjerit bertempik bergaduh macamlah ada 10 orang hahaha :)

Sampai kampung memang lewat sebab jalan sesak. Maybe ramai yang balik ke kampung jugak, amik kesempatan cuti hujung minggu balik berbuka bersama keluarga :) Sempat singgah kat pekan Kuala Pilah sebab nak ke bazaar ramadhan. Teringin juga nak menjengah tapi sebabkan dah lewat so hubby je pergi beli air tebu. Mak dah call cakap takyah beli macam-macam sebab dia dah masak banyak.

Hampir nak berbuka sampai kat rumah. Wahhhh teruja tengok meja kat beranda luar dah siap dengan hidangan. Ya Allah rasa nak nangih tengok ada gulai kegemaran - ikan semilang salai perghhh :) mak memang tak pernah lupa gulai kegemaran Hani :))


Ikan sembilang salai campur bacang dan terung.


Buah kelopong orang Pilah panggei :)


Ayam berempah untuk anak-anak cucu kesayangan mak hehe :)


Yang ni pulak hidangan berbuka semalam, Ahad. Masa ni abanglong sekeluarga baru sampai dari KL. Jalan sesak tu yang lambat sampai. Kak ipar dah siap-siap masak dari rumah mereka so lauk memang banyak. Alhamdulillah. Baru 2 keluarga dah meriah, hiruk-pikuk dan menyembang macam tak abis-abis cerita.

Tak sabar nak tunggu raya tak lama lagi. Nak berkumpul ramai-ramai. Mesti mak happy :)


Friday, June 26, 2015

AirAsia; Bandung - Part 2

Part 2 gitu. 

Tatau nak share apa lagi selain hasil belian semasa kat Bandung. Kali ni pergi sana memang fokus nak beli baju raya budak-budak. Gi keluar masuk factory outlet kat Jalan Riau pastu ada juga ke Jalan Dago. Rumah Mode pun sempat pergi. Naik angkutan kota jer baru 6000IDR. Memang kali ni tak amik supir sebab nak free and easy. Kalo tak tau tanya je kat orang sana confirm dorang tolong. Indonesian ni very helpful, kalau kita tanya memang dorang akan bantu walau memasing macam tak faham hehe :)

Dari Jalan Riau nak ke Pasar Baru cuma 4000IDR kalo naik angkutan. Balik tu tahan je bluebird kalo tak larat nak tunggu angkutan pastu banyak bawak barang kan :)

Baju Alya dan Aryan memang banyak kali ni, harga sebenarnya kalo dilihat betul-betul memang berbeza sungguh dengan 2-3 tahun lepas. memang nampak kenaikannya. Cumanya masih boleh kata murah sikit la dari KL ni kalo betul-betul branded tu macam OSHKOSH ke GAP ke. Levis kanak-kanak pun kat Rumah Mode tu masih berbaloi beli tapi sayangnya takde size budak 2 orang ni hehe :)


Kat Pasar Baru. Entah kenapa cotton takde yang menarik langsung hahaha nak muntah rasa bila tengok cotton2 yang terpamer. Maybe dah 2-3 tahun bergelumang dengan cotton kot hahaha :) serius ni, beli 3 pasang ajer. Tu pun dah puas pusing-pusing cari yang berkenan. Ada tidaknya beli cotton prada sulam tebuk sedondon dengan Alya. Warna pink gitu. 

Nih, cotton prada sulam tebuk. Beli sebab rasa materialnya lembut. Pastu tak pernah ada kain sulam macam ni. Harga tak silap 100ribu IDR per meter. Tak silap kakton la, sebab dah banyak sangat beli lupa nih hehe :)


Antara kiriman orang. Telekung kanak-kanak yang simple takmo corak takmo design Indon. 


Yang ni pun kiriman orang jugak. Kain sulam pasang. Material Japanese Cotton. Belikan sebab rasa okay la materialnya bukan satin keras tu. Skang memang design color block. Nasib la whatsapp boleh guna so tunjuk gambo dorang pilih jer :)



Yang ni pula mengirim kebaya nyonya. Material cotton satin. Ada 3 warna beli - kuning, pink dan grey ni. Sape nak boleh contact kakton ye ada  2 available. RM58.00.



Tu je la kot entry shopping kat Bandung. Kali ni lebih santai lebih relaks takde nak kejar masa sebab tak amik supir. So boleh cuci mata tanpa batasan, cumanya kakton kali ni memang tak borong cotton macam dulu2. Yang lain-lain sama jugak. Beli brownies kat kartika sari before fly. 

Tapi, walau dah beberapa kali ke Bandung, hati tetap nak pergi lagi hehe :)

Wednesday, June 24, 2015

Aryan; happy birthday 2nd!

Lama terperam gambar-gambar besday Aryan. Tahun ni besday Aryan 10.06.2015 jatuh pada hari maknya ke Bandung ahahha ntah cemana la boleh terpilih date yang sama. Kesian Aryan hehe :) nasiblah dia belum faham apa-apa lagi bab besday ni haha :) masa pergi cuma peluk cium je dia. 

So balik dari Bandung, esoknya Sabtu terus dapat idea nak buat mini party. Jemput jiran dan keluarga terdekat je. Janji buat kan Aryan? Kesian pulak, takde besday dia, dahla masa besday mak gi shopping kikikikih. Pastu rasa tak adil plak, sebab kakak every year sambut so kena adil. Anak 2 jer, takde salahnya nak celebrate kan :)

Nasib baik regular bakery, Kak Maiza ok je bila nak order besday cake. Order je apa yang ada, moist choc cake dengan gambar thomas ni dalam 1.5kg dalam RM70.00. Okay la sebab last minute. Aryan memang minat Thomas. Kebetulan dia pernah tunjuk beg thomas masa sukan sekolah Alya. Asiklah sebut berulang kali "omas, omas" so suka la tu kot hehe :)


Ini gambar kami sekeluarga. Ni kira nasib baik jugak bibik nak tolong amik pastu semua ready kecuali Aryan. Belasahlah janji ada gambar, yang penting gambar maknya cun hahaha :)


"Happy birthday to youu Aryan"


Lepas potong kek pepandailah bawak diri ye anak-anakk hehe :)


Bukak hadiah. Tq pada yang bawak hadiah untuk Aryan. Happy sangat dia!


Antara makanan yang kakton prepared. Simple-simple ajer :) takde rendang ayam pun hehe :)


 




Well, semuanya berjalan lancar Alhamdulillah. Hanya sambutan kecil-kecilan antara keluarga dan jiran-jiran saja. Yang penting Aryan happy dapat main dengan cousin dan kawan-kawan yang datang. Mungkin ada yang spektikal dengan sambutan hari lahir, tak sambut pun takpe katanya. Bagi aku pulak, aku seronok dapat buat majlis macam ni sebab time ni la nak jamu selera tetamu tak kisahlah majlis besar or kecil. Time ni juga nak jemput keluarga datang ke rumah sembang-sembang. Since Alya 1st birthday memang tak pernah miss buat. Insyallah rezeki yang ada dikongsi bersama. Bukan nak jadikan budaya tapi ini salah satu cara untuk aku berkongsi rezeki dan gembirakan anak-anak ikut kemampuan. 

Gituuu :)

6 Ramadhan 1436H :)

Assalam.
6 Ramadhan. 
Semalam memang terlewat. Alya habis sekolah 5.30 petang. Tunggu hampir 15 minit baru nampak dia muncul. Kesian tengok muka berpeluh-peluh kepanasan. Tapi mama dah siap-siap belikan air kotak dan roti sambal bilis. Ye, Alya tak puasa. Puasa dari pagi sampai tengahari jer hehe pastu nak beli aiskrim dan roti bila balik dari Iqra'.
Takpelah Alya, kita puasa separuh hari dulu insyallah next year puasa penuh kan sayang?

Semalam walaupun lewat tapi sempat juga salai daging ayam ataih dapur hehhehhe rindu kat mak pastu rindu dengan ayam salai ikan salai semua tu. Tak sabar nak balik Pilah minggu ni. Minggu lepas tak jadi balik sebab hubby kerja Sabtu, masa suntuk sangat. Minggu ni insyallah, rindu kat mak!

So semalam sempat la masak 1 lauk. Goreng ikan masin. Sayur takdek, tak sempat. Lagipun sayur-mayur ni aku sorang je kang yang makan so takyah beria la hehe :)


Tuesday, June 23, 2015

5 Ramadhan 1436H

Assalam.

Hari ke 5 Ramadhan. Alhamdulillah sempat masak walau sampai rumah hampir 6.30 petang. Memang terkocoh-kocoh kat dapur sambil bersilat dengan si budak kecik Aryan.

Masak kari ikan bawal. Harum semerbak seluruh ruang dapur sampai ke belakang bau kari babas haha ampun lew jirann ehh :)

Teringin sangat kari ikan bawal. Hubby makan juga sebab ada budu sebagai aksi pembuka selera. Hubby biasanya makan selepas balik dari terawih so takde la risau sangat kalo tak sempat nak masak before berbuka cumanya aku ni jenis makan nasi time berbuka so memang kena masak waimanya. Takat makan murtabak memang takdenya, nak nasik jugak. Kuih-muih lom sempat nak buat, takde idea. Takat makan 2 mulut apalah sangat kan?? Baik beli je la :)

Ha, hari ni nak masak apa korangg hehe :)


Saturday, June 20, 2015

3 Ramadhan 1436H

Assalam ..
Alhamdulillah, hari ketiga berpuasa. Alhamdulillah juga sebab I semakin sihat dan melakukan rutin harian. Larat juga masak walau sempoi jer, janji ada hidangan berbuka nanti.
Ari ni masak sambal telur, goreng kobis campur sotong dan ikan kerisi goreng.

Selamat berbuka uolss!


Thursday, June 18, 2015

Salam Ramadhan 1436H

Assalamualaikum :)

Salam Ramadhan 1436H kepada semua readers. 

Dengan keadaan yang masih belum pulih sepenuhnya, Ramadhan tetap disambut meriah. Masak juga untuk berbuka pada puasa pertama. Itu pun masak sambil berbaring, korang boleh bayangkan? hehe :)

Apa pun selamat berpuasa ye, mohon maaf zahir batin. Jumpa next entry.


Monday, June 15, 2015

AirAsia; Hotel Ivory by Ayola (Bandung - Part 1)

Assalam uolssss .. lenguh kaki pun belom hilang lagi nihh tapi tak sabar nak share dengan korang sepanjang berada di Bandung 10-12 Jun. Sangat seronok maklum gi shopping si spa hehe :)

Hani tahu ramai yang google entry 'Bandung' bila nak ke sana kan? Terima kasih juga kepada yang rajin email Hani bertanyakan berkenaan trip ke sana. Saya just berkongsi apa yang baik yang elok untuk semua. Tambahan pula jika yang dikongsi itu memberikan manfaat dan kebaikan, apa salahnya kan? Terutama dari segi harga, ramai yang mahukan harga yang murah dan servis yang baik. 

Kali ni saya memilih untuk stay di hotel Ivory by Ayola, booking di booking.com sangat mudah. Harga masa booking tu memang murah so takyah tunggu lama-lama nak tekan kalkulator hehe ;)



Untuk 2 malam hanya RM278 sahaja (996 IDR) kiranya semalam RM139/- complete dengan sarapan yang sangat sedap :)

Sebab pergi dengan kawan so pilih twin sharing superior. Bilik sangat selesa, bersih dan wangiiii hehe :) tambahan pula hotel ini baru beroperasi rasanya tidak sampai setahun rasanya. Toilet siap dengan shower berkaca dan toilet bowl ada paip dont worry kalo nak amik wuduk pun mudah :)


Toilet yang sangat bersih, selesa dan nyaman. 


Astro pun hadooo dengan berpuluh channel kegemaran terutamanya HBO, FOX, Movie, Disney dan banyak lagi fuyoooo serius takde la pening nak mengadap sinetron ajer kan hehe :)


Di cafe yang sangat selesa, cosy. Menu ala carte antara yang saya suka ialah spagetti carbonara, ceaser salad, pisang cheese dan mushroom creamy soup. Rasa macam kat Malaysia jugak so takdelah tekak rasa lain macam terutamanya orang macam saya ni yang agak pemilih kot haha :) 






Ya, ini antara menu breakfast di Ivory. Nasi gorengnya sedap. Ada chicken butter yang delicious. Saya yang susah nak makan di negeri orang ni pun boleh jer makan tanpa ragu-ragu *halal* 


Yang ni pula breakfast di hari kedua. Pun sedap, kena dengan tekak orang Asia yang nak nasi nasi nasiii haha :)


Sambil tunggu teksi or supir atau saja nak lepak-lepak baca buku, boleh jer stay kat lobi yang santai ini. Walaupun hotel ini kecil tapi lengkap dengan semuanya. Rasa selesa dan selamat dengan kawalan 24 jam sekuriti. 


Yang ini pemandangan di luar cafe yang bersebelahan dengan lobi, pintu masuk. Ada beberapa set sofa besar yang boleh duduk-duduk santai melepaskan lenguh bila balik dari shopping gitteww :)


Okay, jika ditanya berkenaan servis di hotel ini, saya sangat berpuas hati. Dari segi kebersihan, keselamatan malah lokasi yang sangat strategik. Nak ke Jalan Riau lebih kurang 500 meter sahaja. Jalan Dago pun dekat, boleh naik angkutan kota dengan 2000IDR sangat murah. Kalo nak ke Pasar Baru hanya 6000IDR. Trip kali ni memang saya dan teman berjalan sendiri tak amik supir, just naik angkutan atau blue bird. Nak kata jimat tu memang jimat cuma kena seret kaki la sket sebab Angkutan Kota hanya di jalan utama saja. Tapi bukan jauh mana pun, sambil tu bolehlah mencari pengalaman di rantau orang kann :)

Untuk sesiapa yang berminat nak mencari penginapan selesa dan berpatutan, boleh cuba di Hotel Ivory, try link ni reservations@ivory-ayola.com . 

Then, tidak lupa Ola Spa yang berada lebih kurang 50 meter dari Hotel Ivory. Untuk mereka yang stay di Ivory akan dapat diskaun 10% jika ke spa ini. Memang puas hati sangat sempat buat massage dan scrub dengan hanya 186IDR lebih kurang RM53 kot. Giler muraaaahh jika dibandingkan kat sini kann :)

Nanti kakton update shopping di sana pulaa tunggu :)

Wednesday, June 10, 2015

AirAsia; Bandung 2015



Assalam. 

Hampir 3 tahun tak 'terbang' ke mana-mana. Alhamdulillah tahun ini berkesempatan ke Bandung buat kali ke 3. Beli tiket pun last minute pastu hati macam gelisah hehe :) macam-macam yang terlintas bila nak fly ni hehe biasalah bila banyak kejadian sejak akhir-akhir ni kan? 

Alhamdulillah kakton dan teman selamat tiba di Bandung. Kami terus ke hotel nak simpan beg sebelum cuci mata di outlet. Tiba di awal pagi so takleh check in dulu just simpankan beg supaya mudah bergerak.

Kali ni saya memilih stay di hotel berdekatan Jalan Riau yang terkenal dengan factory outletnya yang best-best. Hotel Ivory by Ayola sangat selesa. Tunggu update ye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...