Thursday, May 21, 2015

KedaiKakton; Aidijuma new relase 20.05.2015

Assalam. Lama tak update kannn hehe :) rindu kewww? Jom tengok latest release.

-KedaiKakton-

Auuw cakkkk hehe yang ni PL Daisy. 
Materialnya lembut walo PL. PL tu pink label. 
Peminat AJ mesti tahu ni kann :)

Ni release dalam minggu ni. RM28.00 sahaja postage RM7.00




Yang ni GL Owl. 
GL ni special sebab tak dijual kat CS ye, so mai la sambar owl yang comel nihhh :)

RM28.00 postage RM7.00


Yang dibawah ni GL Patches. 
Walo corak kekotak namun kalo dah dipakai confirm cun laaa tak caya tengok Juma ni pakai, kan comeiii kannn :)

RM28.00 postage RM7.00


Then kakton skang dah pandai hunting stock hehehe yang mana cantik tapi takde dijual di CS kakton hunting kat reseller ajer la tapi harga mahalll huhu

Contoh yang ni BL Crosscaded. Ada yang minat? 

RM65.00 postage RM7.00
confirm tertelan ailiooo hahaha :)


Yang ni pulak BL Turqoise sangat cantikkkkk yeaaa kakton dah sambar satu. 
kena simpan satu jugak nih untuk diri sendiri hehe :)

RM65.00 postage RM7.00


BL Paris. 
Design Paris ni tak kira label memang larissss .. harga takyah citer memang mahal.
Yang ni hunting so harga mahal jugak.

RM65.00 postage RM7.00


Antara loyal customer KedaiKakton. 
Terima kasih semua yang beli di KedaiKakton. 
Alhamdulillah terharu rasanya terutama ada yang bergelar Ustazah pun beli jugak syukurrr sangat dengan rezeki ini :))




Okay jika berminat boleh jer gi IG kakton; Hani Azhar 
or just drop sms / whatsapp 012 228 1418 for new release :)


Wednesday, May 13, 2015

Mak yang istimewa bagiku :)

Happy mother's day .. 

Kalo boleh setiap hari kita jadikan istimewa untuk mak kita. Untuk diri kita sebagai mak jugak. Cumanya 10 Mei ni dah jadi kemestian semua orang meraikan hari ibu :) Macam biasa, Alya dah wish masa nampak aku bangun tido awal pagi Ahad tu. Dia dah tentu faham sebab dah bersekolah tapi si Aryan takdenya, dia bukan faham pun hehe :)

Pagi Ahad dah call mak nak ucapkan selamat hari ibu. Happy dengar suara mak yang ceria. Mak yang menjadi ratu hati. Mak yang dah banyak berkorban demi anak-anak. Skang nak amik gambar mesti mak mengelak dia kata gigi pun takde dah hehe :) pastu mak skang suka pakai baju kurung baru. Yelah dah aku ni jual cotton kann hehe :) takpe mak, pakailah mak adik memang suka tengok. Dulu masa kecik-kecik mana mampu nak beli baju baru. Beli pon time nak raya ajer, tu pon kat pasar Pilah. Skang Alhamdulillah mak pakai baju tudung semua baru-baru :)

Mak, kerja keras dalam besarkan anak-anak. Aku takmo sentuh pasal anak-anak yang lain sebab banyak yang berlaku yang menyedihkan aku so biarlah aku terus jadi 'anak tunggal' mak ajer. Mak yang banyak berkorban untuk menyekolahkan aku hingga berjaya. Mak sanggup kerja kuat untuk membesarkan anak-anak, memberi yang terbaik. Mak, syurga di bawah tapak kakimu. 

Aku ingat lagi time bersekolah menengah. Mak tunggu sampai aku balik dari sekolah untuk makan tengahari. Sebab beras dah tinggal sikit. Kami makan apa yang ada, secukupnya. Tapi mak tak pernah merungut letih kena bekerja keras. Kena ke sawah, kena menoreh getah. Mak kuat, sangat kuat. Mak tak mengeluh kalo duit semakin susut tapi mak sentiasa berusaha mencari pendapatan untuk keluarga.

Bila dah ada kehidupan seperti ini sekarang hanya Allah Maha Mengetahui betapa besarnya pengorbanan mak aku. Mak sangat kuat dan tabah. Tidak pernah berhenti berdoa untuk anaknya. Kasih-sayangnya walau selalu marah-marah bila aku degil tapi aku tetap tahu mak sangat sayangkan aku. Kehidupan aku sekarang banyak bersandarkan pengalaman susah semasa kecil bersama mak. Aku jadi kuat, jadi cekal seperti mak. Mak terlalu banyak memberikan yang terbaik, tidak mampu aku balas.

Alhamdulillah, mak sekarang tak perlu susah hati lagi. Mak tak perlu fikir nak cari duit lagi. Alhamdulillah dengan doa mak, anak mak punya kehidupan yang baik. Skang kalo bagi duit kat mak, memang nak dia berbelanja apa yang dia suka. Biar dia beli apa saja yang dia mahu. Dulu iye semuanya terbatas, nak makan pun kena ala kadar saja. Harapan aku cuma mahu emak bahagia melayari hari tuanya. Bawak mak jalan-jalan. Bawak mak makan di mana saja. Syukur di atas rezeki yang Dia bagi kepada aku dan aku tahu itu adalah untuk mak juga. Alhamdulillah.

Mak, terima kasih sebab jaga dan berikan yang terbaik untuk anakmu. Terima kasih atas doamu setiap hari.

Ya Allah, lindungilah emakku dan berikan dia kesihatan yang baik untuk terus melihat anak dan cucunya!


KedaiKakton; Aidijuma latest design :)

-KedaiKakton-

Hari ni ada release 2 design - kuning dan merah. Menyerlah warnanya. 

Blue label.

RM30.00 postage RM7.00



Cakkk .. 
hehe ni la kalo dah perasan muda 10 tahun kan hehehe :) tapi betul la bila pakai tudung bawal tu feeling tu remaja sangat - remaja purba hehehe :)



Haaa yang ni pulak sebab nak tunjuk tudung bawal Aidijuma pun boleh digayakan sama seperti shawl. Yang penting kena pandai-pandai bega la ye :)









Wednesday, May 6, 2015

KedaiKakton; sweet macam cupcakes gitu :)

Iklan iklan iklannnnn hehe :)

Ni la masalahnya kalo mak budak umor dah kertu tapi nak feeling-feeling muda remaja kehkehkeh
tapi sebabkan level konfiden tu tinggi ataih langit biru so pakai je sambil selfie welfie :)

Sweet? alololo kancing gigi terus hahaa kan :) tapi since dah terjebak dengan Aidijuma ni, haruslah berani mencuba. Dah bertahun rasanya tak pakai tudung bawal. Dulu tudung bawal yang ada manik-manik macam berlian tu kan? Ada sekotak kat rumah, tak pakai-pakai beli mahal jugak dulu tu. Laki kata boleh jual tak sebab manik tu macam berlian hahaha :)

So, kalo korang nak sweet macam kakton *muntah la muntah laaaa nah baldi ngeeee :)*
meh la beli tudung bawal AJ

confirm sweet macam kakton ahaksss!!



Kedai emas Kuala Pilah; harga lastweek RM129/gram

Assalam.

Lastweek cuti panjang, balik ke Kuala Pilah. Nasib baik gerak lepas hubby selesai solat Jumaat so jalan pun lengang jer takdelah sesak dengan kenderaan. Kalo tidak memang berpanas montot dalam kereta sebab baca laporan memasing kat fb fuhhh dahsatttt :)

Sabtu Ahad full dengan kenduri kawen la kenduri doa selamat la. Perut pun kenyang. Tapi hati nak jugak pergi ke pekan sebab nak beli cendol dan rojak hehe :) balik Pilah tak sah kalo tak makan 2 benda nih. Ada kat mana sekalipun takkan sama dengan K Pilah punya haha :)

Sebelum ke pasar, ajak hubby masuk kedai emas. Haaa tak sah kalo balik Pilah tak survey harga emas kann :) korang mesti sukaa kan hehe :) sebenarnya dah lama plan nak tindik subang kat telinga Alya. Dari last year lagi tapi biasalah, orang sentiasa ramai. Tokei-tokei kedai takde masa nak layan benda remeh ni hahaa dorang mesti geleng kepala je kalo tunjuk nak tindik telinga adoiii :) walhal ni pon duit jugak kann :)

Tapi kali ni even ramai orang tokei kedai hijau tu cakap "boleh la boleh laaa u sudah datang banyak kali kann" hahahhaa agaknya kesian tengok muka kakton kot haha :)
Sekejap je tokei buat. Aku pulak sebab mengada takut-takut nak tengok sampai terlupa nak amik gambo proses tindik telinga tu. Dah siap baru amik hahaha penakut tak bertempat maknyaaa :)


Oh ya lastweek harga emas kedai ni RM129/gram. Kedai hijau hujung sekali. Korang gi la godek entry hot pasai kedai-kedai emas tu. Harga kat sebelah pula RM138/gram haha gilerr tak menahan berbeza kan? so korang pergi la survey sket kalo ke Kuala Pilah. Jangan plak cakap emas kedai hijau tu tak bermutu tu pasal murah, bukan ye puan-puan :) dia murah sebab persaingan sengit. Kedai-kedai emas ni tahu orang dah ramai datang ke pekan Pilah so dorang seboleh-bolehnya nak tarik ramai customer kan? so pepandailah dorang letak harga menawan tertawan sampai korang terbeli hehe :)

Upah tindik RM15.00 jer, dia bagi subang sementara boleh pakai dalam sebulan. Lepas tu baru pakai subang emas sebenar. So dah beli siap-siap sepasang subang emas 916 untuk Alya.

Berat 1.79 x RM129/gram + upah RM50.00 = RM280.91 + upah tindik RM15.00
= RM295.91

Lepas mintak diskaun so bayar RM280.00 sahaja. 
Murah ke mahal ehh?? murah la kot jika dibandingkan dengan RM168/gram kan? hehe :)


Tuesday, May 5, 2015

KedaiKakton - Aidijuma mustard WANTED!


Aidijuma paling hot paling wanted minggu ini. 
CS hanya keluarkan 50 helai je huhuhu kakton memang tak koser nak berebut. Ni dapat dari reseller tapi harga memang tercekik leher.

Tengah memikir nak jual ke tidak. Harga memang mahal. Hunting wanted semuanya.

Kalo ada yang sanggup offer dengan harga uolsss kakton akan fikirkan.

012 228 1418 meh bisik2 harga uolsss :)

KedaiKakton; Aidijuma new release :)

Assalamualaikum peminat Aidijuma :)

-KedaiKakton-

Aidijuma new release.

Dusty pink yang comel ni blue label
RM40.00 postage RM6.00



Yang bunga-bunga cinta ni pink label
RM30.00 postage RM6.00


Wowww sweetnya cup cakes, boleh kena kencing manissss hehe :)

RM40.00 postage RM6.00


Haaaaa yang ni lagi jatuh cinta, Eiffel Tower lambang cinta katanyaaaa :)
asalkan ada lambang menara kat kota cinta Paris tu, confirm mahal jadinya
white label tapi dont worry kualiti tip top

RM25.00 postage RM6.00


Lastly olive yang menawan, sape suka warna coklat meh angkat tangann
antara koleksi yang awal dulu tapi masih jadi rebutan, new stock bukan prelove tau

RM30.00 postage RM6.00


Semua stok adalah baru dan hak milik KedaiKakton :)
Boleh whatsapp 012 228 1418

email pon boleh; nor.hamiza.hanim@simedarby.com, gmail jarang bukak

bye darlingssss :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...