Friday, January 30, 2015

From my kitchen; gulai udang buh kacang panjang

Yeay esok cuti. Sabtu memang dinanti-nanti. Biasalah kan, dari Isnin hingga Jumaat bertungkus-lumus seharian. Keluar dari rumah seawal 7 pagi, sampai rumah semula dalam pukul 7.30 malam. Matahari pun tak nampak sinarnya chewaahhh hehe :)

Esok hari berehat. Sambil mencuci kain baju dan melipat timbunan kain baju sebakul. Lepas tu nak mengemop lantai. Ehh kata nak rehat dah pulak buat keje jugak ehh?? abih sape nak buat kalo bukan I? bukan ada bibik 8 orang pun kat rumah tu hehe :)

Takpe, takat cuci lipat kain baju tu apadehal kan. Sambil-sambil masak simple-simple bagi Alya, Aryan makan. 

Ni tengah mikir nak pegi Mydin Bukit Jelutong nak stock up makanan. Suka ke sana sebab ayam-ikan-udang segar dan harga agak murah dari Giant. Pastu suka lagi sebab ayam boleh pilih nak bahagian mana. I suka beli bahagian dada, kepak dan paha size kecil. So tak membazir la sebab semua yang I pilih ni disukai ramai hehe. kalo tak kang, takde sapa nak makan bahagian yang banyak daging. semua berebut nak kepak nyampahss :))

Ni gulai udang campur kacang panjang. Pernah try tak? Ni masakan kampung tapi cubalah, nyum nyummm :)

Nak masak gulai ni sangat mudah. Santan, cili api, kunyit hidup tumbuk sekali. Masukkan santan dalam periuk biar dia masak sampai mengelegak kuah sekali masukkan kacang. Dah agak-agak empuk baru masukkan udang. Perasakan garamnya. Pastu campak asam keping. Pastu lari setempat 200 kali siap masak hehe :) senang kan? Tutup mata pun boleh masak ni. 






Al Fatihah!

Assalamualaikum

Jumaat yang sungguh banyak membawa erti kehidupan. Semalam, satu Malaysia rasanya sudah maklum tentang berita terkini. Kerajaan mengumumkan MH370 adalah satu kemalangan. I boleh rasakan terlalu ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan dari kerajaan. I maklum hati dan perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat. Takde perkataan yang sesuai disebut ketika ini. 

Teringat Fatin, yang pernah bekerja di ofis I. Ayahnya merupakan salah seorang penumpang dalam pesawat MH370. Allahuakbar, I sehingga ke saat ini masih tidak berani mengucapkan apa-apa mahupun mengirimkan kata-kata semangat pada Fatin. "Semoga redha", "Harap bertabah", "Sabar banyak-banyak" yang ini??? Klise sangat. Semua senang nak cakap tapi yang menanggungnya??? So, biarlah kita bagi mereka ruang, bagi mereka masa untuk bertenang. Walaupun hampir setahun MH370 menghilang atau lebih tepat tragedi, namun semua ahli keluarga masih menanti dengan penuh perasaan - sabar-sedih-keliru. Terlalu banyak persoalan yang tidak mampu dijawab oleh kerajaan Malaysia sehingga kini. I takmo sentuh konspirasi atau plan kuasa-kuasa besar sebab itu diluar pengetahuan kita. Namun I berdoa semoga semua mangsa-mangsa MH370 sentiasa dilindungiNya walau di mana jua mereka berada. Mereka adalah mangsa dalam apa jua keadaan samada kemalangan atau konspirasi. Alfatihah!

Dan, I juga nak berkongsi tentang kehilangan seorang kenalan. Adik kepada kawan rapat I. Hari Rabu. Sekelip mata dia pergi menyahut seruan Ilahi. Allahuakbar. I terpaku, terkesan sangat. Sekelip mata. Meninggalkan 2 orang anak, yang kecil itu sebaya Aryan :). Allahuakbar.

Al Fatihah. Semoga roh acu ditempatkan dikalangan umatNya yang beriman Insyallah aminnn!

Monday, January 26, 2015

Home sweet home; makeover ruang tangga dan stor bawah tangga

Okay, mari kita sembang-sembang pasal makeover wallpaper. Dah lama plan nak buat tapi biasalah janji Melayu. Berangan tu wajib tapi nak merealisasikannya macam amik masa. Berangan hari ni, tahun depan belum tentu dapat hehe :). So berangan ajer la sambil telan ailio tengok rumah orang lain kemain lawa hehe :).

Ni kebetulan Sabtu lepas nak mencari khemah niaga untuk booth. Cuaca panas berdenting skang hitam legam kulit I yang putih gebu macam kapas nih kihkih so plan nak carik khemah. Pergi ke kedai serbaneka yang jual segala-gala barang-barang rumah. Semua ada. Khemah pulak takde, habis stock. Yang ada besar tak muat masuk kete. So alang-alang dah sampai marilah tengok dalam kedai apa yang ada. Tu terpandang wallpaper dalam kotak baru sampai. Nampak harga RM29.90. Eh murah nih. Pastu belek-belek nampak cantik pulak. Then design yang dah lama terbayang dalam kepala kebetulan ada pulak. Stock pun banyak. Selalu tu corak brick ni manjang je habis kalo gi KAISON or DIY. 

Okay, mari kita rembatttt!

Hubby kata amiklah dah alang-alang ada tu kan. So beli 1 roll dulu. Konon cukup kot 10 meter. 1 roll 10 meter x lebar 45 inci RM29.90.

Esoknya Ahad lepas breakfast hubby try pasang. Ukur, potong, tampal, bukak, tampal, bukak tampal tampal bukak tampal ntah bape ratus kali hahahahhaa lastly dia panggil sorang kawan yang dah biasa pasang wallpaper suh datang pasang hahahhahaha :) haa tu la lain kali jangan cakap besar kata senang je pasang tutup mata pun boleh pasang. Kawan tu datang dalam pukul 3 petang. Sampai pukul 10 malam dok pasang. Yang sukarnya kat bahagian tepi tangga yang berbentuk Z tu kot. Hubby tukang pergi beli bila habis. Yang dia pun satu, beli 1 roll pastu habis gi beli lagi 1 roll hahahaa :)

So untuk bahagian tangga dan stor bawah tangga tutup semua, I guna 3 rolls x 10 meter x 45 inci. RM29.90 x 3 rolls. Murah tak? Pastu bagi kawan tu duit upah dia takmo tapi bagi jugakkk sebab susah nak pasang pastu lama jugak nak siap. Mesti dia menyesal datang kihkihkih sampai ke malam ko banggg :)

Kualiti = tak berani nak cakap buat masa sekarang. Kena tengok beberapa bulan ni dulu. Kalo okay masih lekat masih cantik masih kemas I akan rekemen la. Tapi takat bawah 100 tu takde hal la cabut je la kalo rosak kan haha lainlah kalo satu roll 350 mau pitam :)

Kat bawah ni antara step-step pemasangan. Before and after giteww :)




Taraaaaa ..

cun takkk?? :) haha sampai terteleng-teleng kepala kepala hubby dan kawannya nak menampal bawah tangga yang agak curam tu hahaha :) kalo I confirmlah sakit pinggang sakit tengkuk sakit belakang semualah sakit hiiiiiiii tak koserrr serius I takde kesabaran hahaha :)


Home sweet home; makeover ruang tangga dan stor bawah tangga

Assalam.

Pagi Isnin yang ceria . Nak banjer satu gambo deko tangga dengan wallpaper. Amacam, nampak kelainan tak di situ? Sebelum ni kosong je dinding tangga dan stor tu. 

Cantik ke? Hikss :)

Nanti update before and after proses. 


Thursday, January 22, 2015

From my kitchen; asam pedas ikan kembung daun kantan terlampau mahal?



Sejak 2-3 hari ni asik terfikir something jer. Puas pusing kiri pusing kanan. Puas carik pebenda la yang I fikirkan nih?? Aik sendiri gelisah sendiri tatau pebenda hemm .. 

Pastu lunch tadi masa hantar Alya ke sekolah, singgah sekolah kejap sebab nak tengok baju sukan tapi malangnya belum buka order lagi. Kena la tunggu next announcement. 

Kebetulan pulak terserempak dengan sorang teacher ni. Sambil dia tegur-tegur tu dia cakaplah "esok result exam akan keluar so boleh tahu kelas mana nanti" I pun macam blur-blurrr oohh baru teringat kelas Alya yang skang ni hanyalah sementara ajer. Waaa berdebar pulak nak tunggu result esok. 

Patutlah I ni gelisah jer, ni puncanya hehe biasalah being mak-mak ni benda macam ni pun nak dijadikan isu hehe :). Skang Alya dok kelas Gigih. Kelas no 2. Kat sekolah ni ada 8 kelas (A,B,C,D,E,F,G & H). Gila banyakkkk :) mula tu suspen jugak dia masuk Kelas G. Mak dia ni nak dia masuk kelas A ke B ke konon 1st class la. Tapi kat sini terbalik pulak rupanya. Okay tak kisahlah janji kelas-kelas yang terbaik. Seriau pulak dengar cerita negatif-negatif semua tu. Cakap cikgu tak masuk kelas yang belakang-belakang, cikgu tak bagi perhatian, cikgu tak amik peduli, cikgu itu cikgu ini waaa banyak. Takde yang elok semuanya buruk. Tapi as a mom of course I takkan nak telan bulat-bulat kan? So kita yang kena amik berat, amik pusing. Jangan nak hentam sebelah pihak je kan. Tetapi as a mom jugak I nak terbaik untuk anak gituuuu :)

Takpe tunggu je esok. Semoga Alya mendapat tempat di antara kelas yang terbaik. Mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak mama.

Ehh lupa nak citer pasai gambau kat atas tu. Tu masakan malam tadi. Asam pedas ikan kembung. Kebetulan Datin seberang jalan bagi bunga kantan minggu lepas, 3 batang. Ramai yang kabo bunga kantan mahal skang ehh so apalagi orang bagi amik je la hehe :). Ada jugak menanam bunga kantan ni tapi belum besar sangat lagi. Alya pun suka masak asam pedas ni sebab I buat tak pedas sangat. So dia boleh makan tapi siap buh kicap lagi hehehe :).

Pastu ni sambil menaip sambil mikir malam ni nak masak apa pulak?? Adoi selalulah macam ni. Tengok-tengok kat blog orang lain macam-macam masakan tapi takde yang mencuit hati pulak. Malas pun hader ni. Tapi kalo tak masak, tak sampai hati pulak. Goreng cekodok pun sedap gak kan? Tapi dorang nak ke makan cekodok tengah-tengah malam ehh :)

Wednesday, January 21, 2015

From my kitchen sambil sembang-sembang :)


Bukak-bukak jer blog kakton ni terpampang gambau makanan. takde benda lain, makanan sesajer. pulak tu makanan koman-koman je pun takde yang luar biasa. tu pun nak tayang katanya. hahahaha nasiblah korang, hadap je la gambau yang hader nih.

teringin juga nak update pasai travel tapi tahun lepas takde travel ke mana-mana. 3 tix burn sebab cik abe takmo fly, takut katanya. 3 tix burn. 1 tix jer dapat return, 2 burn. nasib tak mahal. kalo ribu-riban memang aku pergi jer lantak kalo takmo ikut. susah nak convince orang yang was-was ni. berprasangka buruk jer bila ada musibah. I malas nak pujuk-pujuk takut termakan diri so bila cik abe kata kensel, kensel jer la sambil telan ailio tengok tiket huhu.

so tahun ni takde plan lagi. eh plan ada tapi tak bertindak pun. sebab? sebab tatau nak pergi ke tidak. hati kata mahu tapi langkah macam tersekat. sebab cik abe diam membisu ajer. hati ni rindu nak shopping kat Bandung hihi :) tapi tu la tatau pegi ke tidak. tiket pun takde promosi lagi. tunggu la sebulan dua lagi kot. 

tu citer pasal travel. kalo ada confirmlah kakton share kat sini ehhh :)

okay, mari lihat plan bulan depan. ada cuti panjang jugak sempena tahun baru cina. mak dah cakap nak buat kenduri doa selamat dan arwah. okay, mari kita berkenduri. pastu end month ada kenduri kawen anak ummi. baju dah hantar tailor jangan tak siap sudah kang ada yang kena cekik hihi :). lepas kenduri kawen kat K Pilah, ada konvoi menghantar pengantin ke majlis bertandang di Johor Bahru. So adakah kakton akan ke sana? kalo ke JB ofkoslah mengelintin nak pegi JPO, wajib tu. dah alang-alang sampai sana takkan tak pergi JPO ko gilerr????? hahaha :) 

then, lepas balik dari JB ada trip ke Wang Kelian pulak. ni trip orang kampung. harap-harap berjalan lancar. kakton plan nak ikut. cik abe tatau lagi sebab dia busy dengan new launch. lantak, orang busy jangan diajak berjalan confirm tak kena layan! 

so, skang marilah kita berfikir sejenak. banyak trip dan plan ni so banyaklah duit mengalir keluar. haaaa, bulan ni kena prepare la apa yang patut. okay mulai skang dah boleh buat kira-kira. ketepikan duit untuk apa yang patut. sambil termenung sambil mikirkan nak beli apa kat JPO hahaha :) dah nampak handbag melambai-lambai kesayuan dari jauh! 

hahaha bab berangan nombor satu ko ni haha. okay citer pasal malam tadi. balik agak awal jugak so masak lemak taugeh, buat sambal ikan. settle. Alya lepas mandi, main-main dengan Aryan pastu dia kroh krohhhh kesiannya anak mama, letih seharian bersekolah. so I makan dengan Aryan je dulu. cik abe balik lambat setiap hari. pukul 10 baru sampai rumah. kalo tunggu cik abe sampai then baru nak makan sesama memang makin bertimbun lemak di badan hehehehe eleh macam la skang kurus kedengking ehhh :)))

okaylah, tengah siapkan beberapa paperwork. bye!

Tuesday, January 20, 2015

From my kitchen; kembali seperti biasa :)



Rutin kembali seperti biasa. Kembali ke dapur. Dah beli barang-barang Ahad lepas then siap bersihkan senang kerja nanti. Maklum skang masa terlalu pantas. Penat tu takyah cakap, semorang penat kann :)

Lepas amik Alya kat school, pecut ke kedai nak beli santan. Plan dalam kepala nak masak gulai ayam. Senang. Masukkan cili api, serai dan santan. Pastu masukkan ayam. Tunggu naik meruap sekali then masukkan kentang pulak. Pastu kacau sesekali sambil tunggu kentang and ayam empuk. Slowkan api taraaaa siap. Kan senang tu kannn :) tak koser nak masak sayur-mayur bagai. Kentang tu kira sayur je la hahaha aci takkk :))

Pastu tunggu nasi sejuk baru suapkan Alya-Aryan. Dalam 8.30 dah settle baru lah sempat nak check beg sekolah. Beg nurseri Aryan. Lipat kain-baju. Skang kena buat hari-hari kalo tak penat sebab takmo tangguh-tangguh 2-3 hari kang bertimbun macam busut. Kusut kepala tengok dalam bakul menimbun kain huhuhu tak suker tak sukerrrrr :((

Pastu tunggu cik abe balik. Sambil siapkan hidangan untuk dia pulak. Haa lepas tu rest case. Nak tidoooo .. 

Tak sabar nak tunggu cuti sekolah kikikihkih baru sekolah seminggu dah nak tunggu cuti gitewww :)

Okay sekian cerita semalam. Hari ni nak gi amik duit RM100 untuk Alya tuu hehe :)


Monday, January 19, 2015

KedaiKakton; clearance stock!

*KEDAIKAKTON*

Clearance stock. 
Nak bagi laluan pada kain-kain baru nanti.
So sementara murah-murah ni jom grab oraittt

Cotton from Vietnam. Bidang 60 x 3.5meter. 
Harga RM50.00 *not exclude postage*

Cepat-cepat contact Hani 012 2281418 ye!







 



My Alya; my sweet talker :)


Sembang-sembang dengan Alya. Kadang-kadang sambil mama drive dia suka bercerita. Cerita tentang sekolah, homework, teacher, kawan-kawan. tak kisahlah topik apa, dia memang share ngan mama. larat dengan tidak je la nak mendengarnya hehe.

macam hari tu tetiba jer dia cerita.

Alya: "mama, yang dulu boss mama tu nama dia sapa?" muka selamba jer bertanya budak nih.
Mama: "Mr Mani. kenapa?" mama muka pelik jer mikir kenapa.
Alya: "yang boss skang nih nama dia sapa?" still selamba jer budak nihh 
Mama: "Mr Vela. kenapa Alya tanya macam tu?"
Alya: "Yelah saya peliklah kenapa boss-boss mama ni semuanya India?? Mama suka India ye?"
Mama: *speechless* &*%#$$

*dia ingat mama boleh pilih-pilih boss kot*

then 2-3 hari lepas tu dia cerita lagi. Pasal India jugak. Hahaha abis la kena kondem plak lepas ni hahahaa :)

Alya: "Mama, kat school rupanya ada Teacher tu namanya Jendra. India lagiiiiiiiii mama aiyoo" sambil gelak-gelak kecikk. 

Mama memang tatau nak reply haper hahahaha :) I rasa sebab skang baru berkawan dengan student India kot. sebab dulu kat Smart Reader takde student India. 

Yang Jumaat lepas dia balik dari Iqra'. Muka macam nak nangis ajer masa amik dia.

Mama: "Hello sayang, ok ke hari ni kat Iqra'?"
Alya: "Ustazah tu asik lupa je nama Alya. Tag nama tak dapat pun lagi".
Mama: "Oh ye ke? Takpe nanti mama check kat school kenapa tak dapat-dapat lagi".
Alya: "Tu laaaaaaaa Alya kan dah cakap nak tukar nama Medina senang sket ustazah tu nak ingat!!!"
Mama: *speechless*

tapi nama MEDINA tu since 2012 lagi dia dah sebut-sebut nak tukar nama. tak sure kat mana dia dapat nama tu adoiii ..

kadang-kadang pelik juga bila dengar soalan-soalan budak darjah 1 ni. tapi I anggap tu sebagai proses pembesarannya. banyak benda dia nak tahu. kadang-kadang tak terjangkau dek akal. kadang-kadang I pun diam jugak sambil mencari jawapan yang mudah difahami. Seronok berbual dengan kanak-kanak sebab mereka ni jujur. Terharu pun ada bila dengar cerita mereka. Masa sangat pantas sekejap jer dah darjah 1. Lepas ni kenalah bersedia dengan soalan-soalan lain pulak hehe :)

Friday, January 16, 2015

Yeayyyy hari ni Jumaat!

Yeay lega sangat sebab hari ni hari Jumaat. Tak pernah rasa lega sangat hehe sebenarnya minggu ni minggu pertama Alya bersekolah. Dari pagi hingga ke petang rasa sangat letih. Keluar-masuk ofis amik-hantar Alya. Bukan merungut atau mengeluh cuma nak ngadu jerr hehe :) 

Memang rasa sangat letih. So balik tadi, sempatlah masak sup ayam favourite Alya dan hubby. Ada ikan pekasam jeruk memang habis seperiuk nasi hehe :). Pastu goreng telur dada buh cili api extra sket sebab sup tak pedas so ada la lawannya kan :)

Malam ni nak rehat-rehat sambil loading 1 trip baju. Waaaa dalam kepala dah ada peta minda nak buat apa lepas ni lepas ni lepas niii hahaha pastu sedar-sedar dah terlelap. Lantak situ cik abe pepandailah nak uruskan Alya dan Aryan hihi :)


Yang ni breakfast lastweek. Sengaja masak nasi extra senang nak buat nasi goreng esoknya. Pastu ayam goreng kicap pun ada balance so bolehlah makan sekali. Alya paling suka kalo breakfast macam ni sebab dia selalu sebut-sebut nak asi goreng. I jeles bila tengok dia makan nasi goreng bodo-bodo kat sekolah hehe macam sedap jer walhal kosong jer takde telur ke hapaaaa huhu :) ni mama buatkan special untuk Alya :)


Thursday, January 15, 2015

Nak share sketttt :)

Hari ni Khamis. yeayy esok Jumaat. Sabtu nak rehat.
hahahaha baru terasa sangat penat menguruskan anak yang bersekolah. lotih litak kato oghang Pilah. sendi-sendi rasa sengal jer hahahhaa :) dapat gi massage memang heaven sangat nihhh *bang, banje massage bangg*

Pagi seawal pukul 6 dah bangun Subuh then bersiap. nak mandikan Alya yang manja. nak mama temankan tepi toilet tengok dia gosok gigi, mandi, bersyampu. pastu siapkan pakai baju. mengada jugak dia ni kadang2. pastu pakaikan tudung. pagi sesi sekolah Iqra'.

Pukul 7.45 pagi hantar Alya ke Iqra'. Pukul 8.00 hantar Aryan pulak. pastu masuk ofis tengok kerja apa yang patut. 10.30 pagi gi Iqra' amik Alya. bawak mai ofis, bagi makan suh dia rehat then pukul 12.45 siap-siap nak ke sekolah kebangsaan pulak. then shoot ke sekolah kebangsaan dalam pukul 1. pastu masuk ofis semula.

Pukul 6.30 gi sekolah amik Alya. pastu amik Aryan. then balik ke rumah. masak untuk dinner. kang ada yang komplen mama pemalas! hahahaha. sambil tu masukkan baju dalam washing machine nak cuci. pastu hidangkan makanan. selalunya makan awal tak tunggu hubby balik. hubby balik dalam pukul 10 malam huhu :(. 

lepas dinner, siapkan baju-baju sekolah. check and sort beg Iqra'. beg sekolah kebangsaan tak payah bawak dalam masa 2 minggu nih sebab belum mula belajar, just bawak pencil case dan pencil colors. then lipat kain baju mana yang sempat. siapkan beg nurseri Aryan. 

pukul 12 tengah malam barulah boleh berbaring. masa ni kuasa superman dah kelip-kelip nak abih bateri. huwaaa memang penat. keluar masuk ofis amik hantar my princess ni. nak naikkan van macam tak sampai hati. tengoklah sebulan dua ni cemana dulu. kalo betol-betol tak larat or ada emergency memang terpaksa juga amik van and transit untuk Alya ni.

I salute pada mak-mak yang tak bekerja yang dok kat rumah uruskan anak-anak, uruskan rumahtangga dengan baik, masak, siapkan segala-galanya. memang salute sebab kerja kat rumah tak pernah berhenti. keluar masuk rumah hantar anak macam teksi hehehe. orang yang tak pernah rasa benda-benda macam ni jangan nak pepandai cakap surirumah boleh dok relaks-relaks jer sebab tak kerja. bagi makan sup selipar ndak???

Wednesday, January 14, 2015

Alya; first day at school :)


Hari persekolahan bermula. Seawal pagi 7.30 dah sampai ke sekolah agama Islam Integrasi Iqra, Denai Alam. First day, macam biasa sesi pendaftaran, suaikenal, exam untuk kelayakan kelas. Sesi sekolah agama setiap hari 8 pagi hingga 11.30 pagi. Alya nampak okay, boleh handle diri sendiri. I pun sebak tengok dia jenis yang tak takut or panik. muka selamba jer bila disuruh masuk kelas. takdelah nak tolak-tolak mama ke penakut ke malu ke Alhamdulillah. Elok jer dia masuk and duduk. Okay thats good mama tak perlu risau. Hari pertama Alhamdulillah. Lega mama dan papa. Kali ni papa pun cuti sebab nak hantar princessnya ke sekolah, yelah kenalah tahu anak bersekolah kat mana. Sebab mama yang akan uruskan Alya so let say mama sakit ke emergency ke papa dah tahu kat mana sekolah anaknya. Maklumlah papa kerja di Sungai Besi nunnnn jauhh.

Then sesi sekolah kebangsaan di sebelah tengahari pulak. Alya ada kawan yang dah kenal lama, Alisha. So takde la mama risau dia sorang-sorang jer nanti. mama ni terlebih risau padahal Alya relaks ajer. Dia elok je bawak diri takde nak nangis-nangis ke haper mama ni jer hoverrrrr :)

Mama tunggu sampai Alya masuk kelas. then tunggu sehingga waktu rehat sebab nak tengok macam mana dia berbelanja. Okay, bagi dia RM3.00 jer. dia beli air kotak RM1.20 dan nasi goreng RM1.00. kesiannya tengok budak-budak kecik ni berhimpit-himpit beli makanan. ada juga tak dapat makanan sebab tak cukup. Allahuakbar macam mana ni??? nak buat bekal macam tak boleh jer sebab sesi sekolah petang. pagi boleh la kot nak buat breakfast. tapi takpe mama make sure Alya makan tengahari before ke sekolah nanti.

So far nampak Alya okay ajer. waktu balik amik dia, kesian tengok muka letih jer. dia elok je tunggu mama. mama hiba tengok dia. biasalah mak ni kan hati kaca. semalam hari kedua pun sama. Hiba hati mama bila tengok Alya berdiri diam-diam tunggu mama. Allahuakbar mama sangat hati kaca!!! cuba bayangkan kalo mama lambat datang atau tak datang?? adoi sangat sesak perasaan mama.

harap semuanya berjalan dengan lancar. baik-baik sahaja. Insyallah.

Mama loves you Alya!

Friday, January 9, 2015

From my kitchen; throwback :)

Bertemu kembali dalam rancangan mari memasak bersama kakton hehe :)
lama jugak takde update gambau makanan kan? nampak macam dah lama I tak masak. masak jugak cuma mood nak update tu ke laut sket. tambah pulak 2 minggu lepas emosi mencengkam jiwa. emosi kerana BANJIR!

Serius, cik abe kalo time makan mulalah sebut "apalah agaknya yang abah makan skang ni?" gituuu .. so ko sebagai isteri tak ke tergamak nak makan sedap-sedap sedangkan pak mertua tak tau nasib cemana kat kampung sana tu. adoiiii sengsara betul bila diingat. yelah, bila emosi menganggu ni, abis semua benda terganggu jugak. pantang disentuh confirm berderai jiwa. pasal makan pun boleh jadi isu sensitif. 

cik abe memang seorang yang sensitif, penuh emosi. serius. so I kena ikut rentaknya. 2 minggu isu banjir, 2 minggu jugaklah I menahan perasaan. tu pasal masak pun apa yang ada je la. nak beria memang takde. tapi macam biasa takdenya beria sebab I ni masak simple je pun hehehe :)

malam tadi I masak sup ikan merah. teringin pulak tekak sebab nampak kat timeline fb. haaaa tu la masalahnya, asal nampak mulalah teringin. terpaksalah carik juga si merah ni. dah la mahal gilerrr RM30.00/KG huwaaaaaaa I amik sebelah jer RM15.00 hahahaha :)

wellll memang sedappp hahaha matiklah puji diri sendiri hahaha :) korang guna je sup ikan adabi tu memang sedap. sap sap soiii siapp :)


nih masakan lastweek. simple. gulai ikan siakap. dah 2 kali masak memang sedap. isinya lemak-lemak then lembut. 


yang ni lagilah simple. tutup mata pun boleh masak hehe ;) sambal sardin dan goreng salmon. Alya memang suka salmon, ikan feveret. beli sampai 8 ketul then goreng 2-3 kali. salmon ni salah satu sumber omega3.


yang ni tatau nape tekak teringin nak makan mangga muda. mengandung ke? hahaha no no noooo :) cicah dengan cili kicap buat pedas2. pastu goreng kangkung buh belacan then ikan kembung kecik-kecik tu pun goreng. settle. tambah jugak 2 pinggan memasing. hehe :)


hari ni mikir jugak nak masak apa. tengah kenyang ni takleh pikir kot hahaha tunggu petang sket baru datang idea sambil gi jalan-jalan ke blog masakan :)

Tuesday, January 6, 2015

Flower girl; mak yang hover :)

Assalamualaikum ..

Fasa gelisah, risau atau murung disebabkan musim banjir sejak 2 minggu lepas seperti berlalu pergi. Biarlah yang buruk-buruk itu berlalu pergi. walaupun berdepan dengan kerosakan kemusnahan malahan lebih teruk lagi diduga dengan kematian Allahuakbar. semoga semua mangsa banjir tabah hadapi dugaan ini.

so, walaupun tidaklah ingin terlalu gembira hingga melupakan kesedihan namun hidup perlu diteruskan betul tak?

okay, minggu ni I ceriakan hati dengan shopping kain. walaupun I ni penjual cotton tapi color yang dihajatkan takde dalam simpanan terpaksa jugalah meredah kedai kain hehe :)

pertamanya I excited nak buat dress untuk Alya. Flower girl. ummi dah pesan siap-siap Alya mesti jadi flower girl bila kakngah bersanding nanti hehe excited pula bila google. bermacam design, bermacam pilihan. maknya excited sungguh hahahaha :) mulalah berangan nak buat macam ni macam tu. 

semalam gi carik kain. honestly I suka shopping kain kat Nagoya. maybe sebab dah biasa dari kecik-kecik dulu kot mak selalu bawak datang sini. selain Nagoya, mak juga selalu singgah Kamdar. tapi yang logiknya, itu ajer kedai yang ado kat Somban hahahaha :) selain kedai-kedai kain yang tak glemer tu la haha :)

so semalam memang excited gi beli kain. carik satin untuk dress Alya. jumpa satin yang paling elok paling mahal kat Nagoya kihkihkih mahal la sangat RM10.80/meter kihkihkih kalo kat Jakel dapat ke? tambah-tambah dapat mak yang blur macam I ni, pegi lepas time sales memang melopong laaa time bayar. semalam beli satin untuk dress, kain untuk I sorang jer dah 4 pasang pastu belikan mak sepasang ikut tema gold katanya. jangan ummi tukar warna sudah haha :)

okay, skang mikir design dress Alya wink wink winkkkk otak ligat je nak itu ini. dah tanya tailor KakRos. dia busy giler skang sebab adiknya kawen time cuti CNY nanti. ahhh tak kira kena amik juga tempahan kakton tauuu hahaha :)

antara design yang I suka kat bawah nihh :) jom tengokkk 

yang ni comelnya kannn. tapi confirm KakRos takleh buat kikikiki :)


OMG I suka sangat yang ni. dah la budaknya cute nak mampusssss pastu baju memang sangat cantikssssss macam pengantin pun hader adoiiii sangat speechlesss :)) errr confirm KakRos pangkah kikikiki :))


haaaaaaaa yang ni okay, simple tapi cantik jugakkkk sebab ada highlight reben besar coklat tu kann :) ni mesti KakRos boleh jahit hehe :)


haaaaaaaaa yang ni lagi simple. nanti kat kepala tu boleh pakai bunga yang bulat tu apa orang panggil - kalung bunga ehh?? okay yang ni pun mesti KakRos boleh buat kann :))


ehh amboii ni sape pengantin sape flower girl nihhh?? hahaha confirm kakngah pitam tengok Alya pakai cenggini karang hahaha :) overshadow sangat nihh nehi nehiii KakRos pon confirm pangkah siang-siang takdenya dia nak menjahit dress over cenggini hahaha :)


abis, apa design nak buat nih??? hehehe :) maknya over excited betul. terbayang Alya berjalan bawak bakul bunga tabur kat karpet merah mendahului pengantin. Falisya anak maklong pon ada jugak nanti. tatau dia nak pakai apa tu confirm maknya pun excited gak haha :)

Friday, January 2, 2015

Balik kampung

Jumaat. lepas habis orientasi sekolah Alya, masuk ofis sekejap. orang pun tak ramai hari ni, masing-masing ada yang sambung cuti maklumlah sekolah masih belum bermula kan.

dalam pukul 5, terus bertolak balik ke Kuala Pilah. memandangkan hubby masih di Kuala Krai, kami 3 beranak ajerlah balik kampung. Alya, Aryan seronok jer dalam kereta. Aryan tu tak sampai toll Bukit Jelutong dah pingsan hahahaa senang nak drive kalo dorang tido. tapi Alya excited takdenya dia nak tido, sembang ngan mama sampailah ke Kuala Pilah. jalan pun tak sesak so cepat sket sampai.

balik kampung agenda utama - makan. mak dah siap masak gulai ikan bawal. malam takde ke mana sebab penat sangat. dah la awal bangun hari ni sebab nak ke sekolah Alya. so rehat-rehat ajer la sambil layan budak-budak ni memekak bergaduh berebut mainan. ntah apa-apa dorang ni sambil maknya membuta hahahha :) uwan tukang layan dorang hahahha :)

esoknya ke pekan. macam biasa nak pegi pasar tapi mak kata lauk-pauk penuh dalam fridge. so jalan-jalan teringat nak beli lenses. mak pulak cermin mata dah patah so singgah kedai cermin mata dulu. pastu call ummi. rupanya ummi kat pekan jugak. ajak dorang makan cendol, rojak. memang femes cendol kat bus station K Pilah ni. sebut je cendol Pilah memang ramai yang tahu. jom lepak sana ramai-ramai hahah meriah giler dorang menyembang kuat pulak tu hahahaha :)

kali ni nyembang pasai ummi nak kenduri kawen anak no 2 - kak ngah. end februari nanti. so dah start buat persiapan. sambil makan rojak yang sedap alamak sambil menaip pun teringat nih ahahaha :)

mak dan pakteh.



nih cousin yang nak kawen end februari nanti - kak ngah.



lepas makan, sembang-sembang macam kat rumah je memasing ni hahahaa pastu nak bawak Alya dan Aryan potong rambut. 

Nasib baik Aryan elok je duduk kat kerusi tu. tapi mama kena pegang la tangan dia hehe. mula tu Alya takmo potong rambut tapi since tengok Aryan dah potong pendek dia pun okay je la. dah nak sekolah ni kenalah trim apa yang patut, mak is busy okayyy kang bergaduh pagi-pagi nak menyikat rambut haha :)


Sabtu petang. balik dari pekan tu lepak aje la sambil layan budak2 ni main. plan nak balik lepas Maghrib sebab hubby dah call inform dah bertolak dari sana. alaaaa mula la si Alya merengek sebab balik kejap ajer ke kampung. terpaksalah Alya sebab mama ada booth Ahad nanti :)

nak balik mak bekalkan kari ikan jenahak dan sambal daun kayu tempoyak. orang Pilah confirm tahu sambal daun ni. sedap gilerr!!


sekian entry balik kampung. Insyallah next month balik lagi sebab nak buat hantaran pulak.

Alya; hari orientasi SK TBS

Assalamualaikum. Jumaat. Hari kedua di tahun baru - 2015. 

Hari ini hari orientasi sekolah Alya SK Taman Bukit Subang. Walaupun hati ni macam dilema lagi sebab insist nak hantar ke sekolah integrasi tapi bila dah amik pro dan kontra, okaylah kita cubalah dulu sekolah kebangsaan. Ada sekolah integrasi yang baru dibuka di Denai Alam tapi bila diambil kira pendapat dan pandangan parents lain, I agreed nak hantar Alya ke SK. takpelah, I as a mother memang nak yang terbaik untuk Alya tapi bila ada pandangan yang membina I akan pertimbangkan juga.

Pendaftaran seawal 8 pagi. Murid2 tahun 1 seramai 300 orang lebih kurang. ada 8 kelas. ada exam - Bahasa Melayu/English/Maths untuk menentukan kelas. even orang kata darjah 1 ni takde apa so tak kisahlah masuk kelas mana ehhh I kisahhhhh tau. hehe stress Alya gamaknya sebab mak asik tanya boleh jawab soalan tak? dia cakap;

"senang je mama, Alya boleh buat" amboiii ko kalo dapat kelas corot siap kooooo hahaahhaha :)

tak sabar nak tunggu minggu depan nak tau Alya masuk kelas mana. skang dia dalam kelas GIGIH. Gigih maknya gi tanya cekgu - GIGIH ni kelas corot ke? hahahahaa suspen hokkay kelas G. kalo ABCDEFGH maknanya G tu corotttttt. rupanya terbalik plak. kat SK TBS ni kelas GIGIH ni kelas no 2. Kelas A yang dikira corot. oh my terbalik pulak. ok skang mak cool sket. tapi being mak-mak ni memang suspen nak tau anak kelas mana. darjah 1 ke darjah 10 ke mak tetap nak anak mak masuk kelas 1 or 2 tau *sambil jentik telinga Alya yang buat tak dengar*

hahaha :))

apa pun, mama doakan Alya berjaya menempuh alam persekolahan. dah big girl anak mama nih :)
mama loves you sayang!

***sedih juga sebab papa takde hari ni nak hantar puteri berlian kami ke sekolah. takpelah, semoga papa selamat kembali ke sini semula nanti.




Thursday, January 1, 2015

Misi bantuan banjir; pray for pantai timur


Hari ni sempena tahun baru. hati masing-masing takdenya nak sambut tahun baru. malam tadi kami memang sebok. pukul 12 tengah malam baru sampai rumah. nampak percikan bunga api dari laman rumah tapi takde sape yang endah. semua sebok punggah barang-barang dari dalam kereta. 

Hari ni sebok shopping barang-barang yang nak dibawa ke Kuala Krai, untuk famili cik abe. Barang-barang ni memang khusus untuk rumah abah mertua dan kak ipar di Pekan Krai. sumbangan ni dikumpul dari adik-beradik cik abe. dalam pada masa yang sama hubby akan berkonvoi dengan lori-lori di bawah seliaan Bank Islam Jalan Ampang yang akan follow ke kampung-kampung di sana. yang tu sumbangan hasil dari orang ramai yang dibuka sejak Isnin lepas di Tesco Ampang. kebetulan adik hubby, Diana yang bertugas di Bank Islam Jalan Ampang dan rakan-rakannya mengambil inisiatif untuk buat collection.

kali ni bantuan lebih merupakan kepada pakaian sekolah, kasut, baju, selimut, tilam, bantal, dapur gas, tong gas, peralatan rumah contohnya iron/dryer/torchlight. makanan pun ada tapi tak banyak sebab bantuan yang diterima pun agak banyak so kami tumpukan kepada barang-barang yang lain pula. blouse, kain batik, telekung, tuala, seluar antara pakaian untuk orang dewasa juga dibeli. 

Hubby bertolak ke Kuala Krai seawal pagi sebab jalan agak sesak ke sana. semoga selamat sampai ke kampung dan membantu membersihkan rumah abah, kak ipar dan makcik. semoga Allah melindungi dan merahmati apa yang mereka lakukan ini Insyallah :)

2015; semoga tahun ini lebih baik :)

Assalamualaikum semua :)

Salam Tahun Baru 2015.

Kita tinggalkan 2014 dengan penuh kesyukuran atas segala nikmat-nikmatNya - rezeki yang tidak mampu dinafikan tidak kiralah rezeki itu untuk pekerjaan, rumahtangga, kesihatan mahupun hidup yang baik-baik ajer.

Jika ada keburukan, musibah, dugaan mahupun malapetaka itu semua ada ujianNya kepada HambaNya. sama-sama kita beristighar, merenung ke dalam diri apakah maksud semua ini. Tuhan menguji takkan pernah berhenti. Kita terima, kita redha sambil berdoa sambil berusaha untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Sehingga hari baru di tahun baru ini, saya bersyukur atas rezekiNya, semoga saya terus berjaya dan tidak lupa diri. semoga saya dan keluarga dilindungiNya Insyallah!


Azam saya? Semoga saya terus berjaya dan dimurahkan rezeki dari Dia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...