Thursday, August 28, 2014

KedaiKakton; MERDEKA SALE! MERDEKA SALE! MERDEKA SALE!

KedaiKakton ada MERDEKA SALE uolsss!
jom grab item di bawah dengan harga tertarik menarik daboomm!

Rania blouse RM35.00 instead of RM50.00. postage RM6.00
Free size fits to XL. cutting besar.


mini slide RM159.00 instead of RM199.00


Cotton from Vietnam. clearance sale only RM50.00 each. normal price RM70.00




Naema only RM100.00 sepasang. tinggal 2 set sahaja. 
normal price RM120.00.


NAJJAH dress only RM120.00 instead of RM165.00.


FROZEN t shirt RM15.00 only. normal price RM23.00.




just contact Kakton 012 228 1418

Mini gathering raya!

Assalam.

Kembali mengadap blog. Dari Isnin busy - busy open house hehe. Isnin open house ofis, Selasa open house authority, Rabu Townhall and open house Property Division. OMG berapa banyak open house?? hari ni dari pagi kat Oasis sebab ada Focus Group Workshop. adehhh busy beno kakton ehhh :)

ni citer lastweek. nak update pun amik masa. sebab takde mood nak menaip. baru duduk mengadap pc dah kena bangun ada je benda nak buat so mood pon ke laut hehe walhal citer pasai makan je pun hehe.

okay, Ahad lepas berjaya juga memasak untuk mini gathering raya. memang buat kecil-kecilan ajer sebab kemampuan tukang masak terhad. sangat mencabar bila memasak dengan ada sorang budak kecik tido baring kat lantai dapo huhuhuhu sabar je la sambil urut dada.

menu utama lontong, spagetti. pastu ada la puding oreo. see, simple kan? tutup mata pon boleh masak. ye betul simple tapi nak menyiapkannya memang amik masa. pastu ada menu makan tengahari untuk mereka yang sampai awal. tapi gulai ayam ni memang ada yang request. hehe terliur kot sebab tengok I upload kat fb siap request gituu :) nasiblah I ni baik hati, buat juga request tu hehehe puji diri sendiri nampakkk?? hehe

gulai ayam, goreng sayur, goreng ikan. siap. sape nak makan nasi pon boleh. nak makan lontong pon boleh. kali ni memang prepared. dari malam sabtu dah buat preparation. bahan-bahan potong siap-siap. cili blender awal-awal. meja pon siapkan awal-awal. so Ahad pagi tu tinggal nak masak je lagi. kalo tak confirm terkangkang nanti hehehe.

ni kat dining table. untuk lunch. tapi ada juga guest yang datang sebelah petang pon makan jugak sebab terliur tengok gulai ayam kot hehe. Alhamdulillah majlis went well. lega sangat sebab macam lama sangat berjanji nak jemput kawan-kawan, jiran-jiran tapi asik tangguh sebab I memang macam takde mood nak buat. takde semangat pastu rasa macam kudrat tak berdaya amboi ayat hehe.


yang ni tempat letak makanan. comel je kan? hehe :)



antara yang sempat snap lepas tu ntah ke mana phone. sebab sebok melayan guest. Alhamdulillah hampir kesemua yang dijemput datang. tapi memang tak ramai pon yang I jemput. minta maaf pada yang selalu tanya nape tak jemput? bukan tak sudi tapi masa belum sesuai. nak jamu orang ni kenalah pandai masak. ni masak biasa-biasa je pun hehe. tapi pintu rumah sentiasa terbuka kepada kawan-kawan yang sudi nak singgah.

TQ pada bestfriend Julia yang selalu datang melayan kerenah Alya dan Aryan. maknya sebok melayan orang so Julia la tukang layan budak berdua ni hehe. kadang2 Julia datang lepak rumah atau ikot I bukak booth. next year dia kawen pastu mesti dah susah nak lepak kat rumah ehemmm takpe Ju kita ngedate kat luar je la pon boleh kann?? hehe :)


ni puding oreo. buat dalam 3 bekas sebab plan nak bawak 1 bekas ke ofis esoknya. Alhamdulillah menjadik. kali ni I masukkan 3 scoop aiskrim oreo. sedappp!! 


jemput beraya uolss!


Majlis sehingga pukul 6 petang. cuaca pun baik. terima kasih pada yang sudi datang terutamanya boss dan isterinya. seronok buat majlis macam ni sebab kita boleh kongsi cerita macam-macam. pastu rasa macam satu keluarga pulak. and I rasa buat majlis kecik-kecik macam ni lagi meriah dari jemput sampai 100 orang tapi tak terlayan. yang ni seronok sebab tak ramai sangat then kita boleh borak-borak dengan semua yang dijemput. 

arghh lega sangat semuanya dah selesai. pinggan mangkuk bekas-bekas makanan semua dah selamat disimpan, dikemas. walaupun majlis kecik tapi penat jugakkk.

hari ni dah 2 Zulkaedah. moga-moga bertemu lagi di Syawal tahun hadapan Insyallah!

Friday, August 22, 2014

#MH17 welcome home!

Assalamualaikum. Salam Jumaat penuh berkat, penuh syahdu. cuaca pun seakan merestui hari ini, dengan awan biru yang cerah, angin bertiup nyaman. Allahuakbar!

Hari ini hari yang ditunggu-tunggu oleh keluarga-keluarga #MH17 dan seluruh rakyat Malaysia.
Kita berkabung sebagai tanda menghormati ketibaan jenazah-jenazah mangsa #MH17. seluruh dunia sudah maklum tragedi yang menimpa #MH17.

Kita bertakafur sebentar.


20 jenazah yang akhirnya "pulang" ke tanahair Malaysia. Tiba juga "mereka" walau selepas 17hb Julai. walaupun lewat namun "mereka" pulang juga :)



4 orang penting yang ditugaskan membawa pulang 20 jenazah ke Malaysia. Terima kasih pilot!





Al Fatihah. sebak dan syahdu. ada tangisan yang gugur bersama gugurnya nyawa-nyawa mereka yang tidak berdosa. Allahuakbar!

marilah kita mendoakan agar kesemua roh-roh mereka beragama Islam yang terlibat dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dikalangan yang beriman Insyallah. 

bagi yang non muslim, semoga mereka beroleh ketenangan dan kematian mereka semua akan dibela. mereka adalah mangsa yang tidak berdosa. tiada kata yang dapat dilakarkan sebagai tanda kita amat kesal di atas tragedi ini.

Al Fatihah!

Wednesday, August 20, 2014

Plan hujung minggu


Assalam :)

skang macam dah start musim hujan. cuaca mendung ajer. kat rumah ni pon ada yang dah demam, batuk dan selsema. so I sebagai warden dapur memutuskan untuk masak sup 2 hari berturut-turut. sangat mudah sebab semua orang peringkat umur boleh makan takyah masak banyak2 jenis pedas tak pedas hehehehe.

tengah mikir menu sebenarnya ni. dah ramai closed friend yang tanya bila nak buat open house?? adoi, serba-salah sebenarnya. memang takde plan nak buat open house tahun ni. tahun penuh suram. sedih. sungguh ni. memang mood raya ke laut. ada tidaknya gi beraya rumah kawan asben kat Jalan Kebun pastu gi umah boss kat Sg Kapar. tapi bila fikir-fikir memang teringin nak masak-masak sket. maybe buat makan-makan yang simple ajer. 

tapi takut ada yang mulut nakal kata tak dijemput la pilih kawan la pilih bulu laaa adoi tak sanggup nak dengar. hehe kakton tak larat nak masak sampai 50 pax skang, pitamm hehe. kalo buat pon maybe jemput closed friend. jiran pon ada 2-3 keluarga yang belum datang ke rumah (tunggu dijemput). harap-harap kakton rajin minggu ni :) 

okay, nak mikir menu. nanti sambung lagi ehh :)





Monday, August 18, 2014

Kasutku kopak di majlis orang giteww!

Semalam pergi menghadiri majlis kenduri salah seorang engineer kat project site asben. engineer kawen ngan doktor wowww hehe mula la sibok tanya sorang utara sorang selatan cemana nih?? hehe

grand sangat majlis ni dengan makanan yang super duper sedap, banyak dan pelbagai jenis.
ada booth cendol, murtabak/roti canai, aiskrim, jagung bakar dan kambing golek. majlis kawen sekali ngan open house, sangat meriahhhh!

tapi, ada kejadian kelakar campur sedih campur rasa nak tampar kaki sendiri ..

disebabkan tapak kasut kakton tertanggal kahkahkah ni gara-gara pakai amik je kasut dari shoe cabinet tanpa check ok ke tak padan muka. dah kena seret kaki masa amik nasi pastu duduk tak bangun-bangun. lastly asben gi ambik kasut spare dalam kete kahkahkah kalo tak confirm jalan macam si tempang patah kaki dok seret jer :)) 

makan je la nasi minyak ngan lauk ayam dan daging. booth aiskrim dan cendol dipandang sedih je, nak bangun cemana kasut kopak kahkahkah!

nak suruh asben macam malu pastu takut nak cakap kasut dah kopak hehehee tapi lastly cakap jugak sebab cuak mikir cemana gaya nak bangun berjalan ke kereta hehehe. macam bongok je plak semalam. haha

nih budak tukang amik makanan mama. pon dia bising mama ni asik suruh2 dia jer hehe. dah mama takleh nak bangun nak ooiii!


pastu mampu selfie gini je la ye!


Saturday, August 16, 2014

Rumah Terbuka Sime Darby

Assalam.

Jumaat lepas sempat ke rumah terbuka Sime Darby di SDCC, Bukit Kiara.
seperti tahun-tahun sebelumnya rumah terbuka diadakan untuk semua staff. seluruh lembah klang. ikutkan tidak ada open house tahun ni sebagai menghormati tragedi MH17 namun ada perubahan di saat akhir. jadi mana-mana staf yang berkesempatan bolehlah hadir ke majlis tersebut. 
Hani ke sana dalam pukul 11 pagi, pergi dengan 1 rombongan cik kiah giteww.
meriah. 

makanan pon sedap-sedap Alhamdulillah.
dapat juga berjumpa kawan-kawan dari others township tapi tak dapat nak berlama-lama nak menyembang sakan sebab pergi pon tumpang sorang abang nih hehe.

tu sempat bergambar dengan Tun Musa Hitam, Datuk Seri Wahab Maskan dan En Salem Kailany. mereka adalah antara orang-orang penting dalam Sime Darby. err silalah google sendiri kalo berminat ye, kakton kalo dah kenyang memang jadik malas nak describe hahaha.




tapi yang ni paling buat Hani happy. sebab ternampak 2-3 orang regular customer among staff yang menggayakan dress Najjah inspired dari KedaiKakton :))
tq uolsss sebab sudi beli, sudi gayakan di majlis yang cukup istimewa. uolss ni umpama iklan bergerak. lepas pakai dan tayang kat fb memasing wahhh order memang bertalu-talu masuk. iklan free gituu alhamdulillah rezeki tetap ada :))



ada yang berminat dengan dress Najjah inspired gini?? 
boleh ajer contact kakton 012 228 1418, sms whatsapp pm facebook semua boleh!

Friday, August 15, 2014

Jom beraya!

Assalam.

Semalam adik angkat tanje-tanje call nak datang rumah. Boleh dia call pukul 4.30 petang?? erkk short notice giteww :) nak kata tak boleh segan pulak sebab asben pun cakap okay :). apalagi macam tak cukup tanah la kakton balik. singgah kedai beli ayam, sayur, santan bagai. plan nak masak lauk yang mudah ajer. yang susah-susah tak koser, kang takut tak menjadik tak sedap dah sentapp hehe :)

so balik rumah terus singsing lengan baju. Alya dikerah menjaga Aryan walau tahu dia tak suka hehehe pastu sempatlah siapkan meja makan. sambil masak sambil kemas, mampu? menggigil lutut ni tawww ngeee :)
masak lemak cili api gulai ayam, sayur kobis, ikan goreng dan telur dadar serta ulam. sempoi kan? tu pon ada hati nak eksyen tayang kat fb - 2hrs short notice given. kehkehkeh kakton kan poyo!

adik angkat ni memang manja, dah kawen pon still manja-manja ngan kakton. lelaki pulak tu hahaha. tapi Shah ni memang baik, berbudi-bahasa. niat dia datang ke rumah sebab nak kenalkan isterinya, masa kawen hari tu kami sekeluarga tak berkesempatan nak pergi majlisnya. takpe, yang penting kita tetap jadi family kan!

then sempatlah jugak menjemput jiran sebelah. sebab nak buat makan-makan tak sure bila lagi tapi dah alang-alang memasak ni, mai la invite dorang. meriah jugak. sampai tengah malam dok nyembang lagi hehe. sesekali berkumpul memang seronok. tu pasal I suka buat majlis makan-makan ni cuma tu la tahun ni macam tak larat, letih memanjang. maybe faktor umur pon ia jugak kihkihkih.

jemput beraya uolss!




Thursday, August 14, 2014

Sempoi jerr :)

Assalam. hari ni Syawal 17.

masih mood raya kan? masih banyak rumah terbuka yang diadakan. I je tengah mikir-mikir nak buat makan-makan ke tidak. ada juga kawan-kawan yang bertanya bila nak buat open house. terus-terang rasa macam tak berdaya. bila mikir nak masak, nak mengemas. tambah-tambah Aryan tu melasak sebok ke dapur dia pon sebok mengekor. pastu tak boleh tinggal sensorang mula terjerit terpekik terlolong waaaa mama is stress :((

tapi korang yang nak datang beraya, dijemput datang. Insyallah rumah kami sentiasa terbuka :) setakat bihun ke lontong ke boleh ajer disediakan. dalam notis 24jam yer. hehhehe :)

semalam balik before Maghrib, hujan rintik-rintik. terus keluarkan ikan dan sotong. plan nak buat sotong rebus kegemaran asben. pastu goreng je ikan kembung nak bagi budak2 makan, telur dadar jangan dilupa. wahhh sempoi sangat ni menu kakton hihihi sempoi tapi memang confirm licin habisssss :)


esok ada open house group of companies. yeaaa boleh jamu tekak dengan segala makanan pastu menyesal hehehehe. tapi yang seronok tak sabar-sabar nak pegi sebab nak jumpa kawan-kawan lama dari others townships :) rindu dengan mereka hihi :))

okaylah nanti sambung lagi. tata uolsss

Wednesday, August 13, 2014

Korang masih mood raya ke?

Assalam
Hari Rabu. err rasa malas pulak hari ni. rasa nak duduk rumah ajer. malas pegi ofis. malas nak drive. malas serba-serbi. duduk rumah boleh settle kain 3 bakul, basuh kain baju, boleh belek bunga kat depan. hehehe kan best kalo buat keje dari rumah. sempat berangan kat sofa sambil tengok jam kat dinding dah pukul 8 pagi. hahaha 8 pagi masih termenung kat sofa. Alya kalo tak dikejutkan memang tak bangun sebab malam tadi dia tidur lewat. ehemm sambil seret kaki naik ke tingkat atas kejutkan Alya, sambil tangan capai baju kurung gosok lebih kurang. pastu amik si demok Aryan kat biliknya bawak turun ke bawah. 
sambil bersiap tiba-tiba asben muncul. ehh bukan tadi dah gerak pegi kerja ke? hishh apa la yang dia tertinggal tu agaknya. elok gak, boleh dia tengok2 Aryan sambil I bersiap. settle semua masuk kereta terus pecut ke ofis. dah 8.30 pagi ni. selamba ajer kan?? ehemm.
Alya masuk school 8.45 pagi hehee. sori teacher lambat hari ni gara-gara mama yang takde mood nak kerja hari ni. 
kebelakangan ni memang kemalasan melanda. semua malas. rasa nak lepak-lepak tepi pantai tengok matahari terbenam ajer. sambil tu berbaring baca novel. macam ongkaya la gamaknya. hehe beranganlah kakton sila sila tambah sket lagi berangan tu haha.
dek kemalasan ni, masak pon ala kadar je *eh bukan kakton memang masak sempoi je ke selama ni?* hehehe 
semalam beli ayam, sotong dan ikan kembung kecik2 tu. ayam memang dah plan nak masak kurma, senang boleh bagi Aryan makan sekali. tak pedas kan.
pastu goreng tempe cicah ngan sambal kicap pedas. baru je dapat resipi sambal kicap pedas ni, memang terbaik lahhhh .. hehe. cicah dengan tahu goreng atau pisang goreng pon sedap tau. 
bawang merah, bawang putih dan cili api goreng sekejap pastu tumbuk semua tu then buh kicap, simple tapi masyallahhh sedapnyaaaaa :))
cubalah, lagi pedas lagi sedap tapi kalo tercirit sendiri tangung ehh :)




Tuesday, August 12, 2014

Comel jerr :)


hihihihi kelakar. comel je kan poster nih. hihihi
no comments about another things. no politics. nothing. 

comel. cute. kelakar. padan muka pon ia jugak. hihi

okay tu je nak share. bye.

Monday, August 11, 2014

Cerita semalam; masih beraya uolsss!

Assalam. masih di dalam bulan Syawal, bulan meraikan Aidilfitri. 

tahun ni perasaan saya mengakui macam kurang meriah. orang lain saya tak pastilah bagaimana perasaannya tapi saya sendiri merasa kurang meriah, kurang beraya. sehingga semalam baru pergi beraya ke rumah no 5! tu dah termasuk kat kampung halaman kami laki bini la tuuu hehehe
5 buah rumah? rumah makcik-pakcik, kawan asben. semalam rumah ke 5, rumah kawan ofis. hehehe kesian kita orang kan? memang takde mood nak pergi beraya. rumah jiran-jiran pulak macam kena tunggu dijemput sebab memasing nampak busy jer. ada yang tanya bila nak buat open house??? aikk, takkan nak datang beraya kena tunggu buat open house. datang je la beraya, jika kami ada kat rumah, rumah sentiasa terbuka untuk tetamu Insyallah. cumanya lebih afdhol call dulu buatnya ai tak sempat masak kang ai jamu cekodok goreng je kanggg hehe.

niat hati nak juga masak-masak tapi mood takde pastu macam penat sangat bila mikirkan kudrat saya seorang je yang kena buat semua dari A to Z. asben bab logistik insyallah boleh tolong - superb!! tapi bab masak, bab hidang bab top up makanan walawehhh pitammm mak!

dulu - last year pon masih mampu juga serve for cater hingga 50 pax seorang diri. la ni adoiii letih akakkk.
insyallah kalo ada kesempatan nak juga buat makan-makan untuk jiran terdekat nihh :)

semalam lepas balik dari open house di Puncak Alam, asben ajak pegi ofis dia amik hamper raya yang dapat before raya ari tu. adalah dalam 3 bekas. 2 lagi dah bagi kat budak2 ofis yang kesian je mandang tak dapat hamper kata asben hehe. so semalam angkut 3 hamper balik. Alya sempat posing dengan hamper yang dia tolong angkut. mama is tolong snap pic then duduk dalam kete tak reti nak turun hahaha mem besar katakan hahaha


then sempat snap picas dengan anak dara saya nih, bulat macam pau tanjung malim dahhh hahaha

ni masak untuk lunch semalam. semalam hujan di tengahari. perut pon lapar. konon malas nak masak sebab nak gi beraya katanya tapi sebelum cik abe mengumpat dalam hati bininya malas baik gi bersilat kat dapo hahaha

korek-korek dalam esbok jumpalah ikan terubuk masin, Teacher Mas bagi before raya hari tu. special from Sarawak. Teacher Mas ni teacher Alya di Smart Reader. baiknya teacher, ada je benda nak share terutama makanan sebab dia kata mama Alya suka masak. errr suka masak ni macam bermusim kot hahahaha


haaaa yang ni gulai ikan tenggiri campur ngan terung. ni lauk before raya, terjumpa lam folder hehe. masa puasa ari tu tak silap 2 kali saya masak gulai ikan tenggiri ni. sebab asben sukaaaaa .. kalo asben suka makan, saya pon suka masakkkkk hehehe :)


oh ya ni nak promote cotton quilt. dah 2 batch bawak masuk. yang bawah ni gambo quilt kaktonn .. cun kan? sweet jer.

sape nak meh order. RM150.00, postage lain harga. ada banyak design tapi kakton suka 9 design ni jer so korang silalah cuci mata. kalo berminat boleh je contact kaktonn ehhh ..

2 minggu cuti bisnes, amikkkk .. macam malu-malu je nak promote kann??
but Alhamdulillah rezeki dari Allah itu jika sudah ditetapkanNya, Insyallah tetap ada :)


nahhh sila pilihhh .. boleh melaram dengan quilt yang cun ni. raya kan 30 hari. tak pon sambung ke raya haji gitewww :)


Monday, August 4, 2014

Selamat Hari Raya!

Assalam. Salam 7 Syawal 1435H. 

Alhamdulillah baru berkesempatan update blog. konon nak wish korang selamat hari raya before balik kampung tapi 2 hari kakton demam. Khamis, Jumaat mc. demam semput berulang amik neb kat klinik 4 jam sekali either admit ward ohh tak nak akakk. so memang before raya tak sihat sangat. kuih pun ada yang tak abis dihantar, nak kena pos esok :) ampunnn kakton memang demam, nak drive gi klinik pon macam tak sampai2 huhu.

Jumaat malam dalam pukul 12 baru gerak nak balik kampung. tu pon nak singgah rumah tailor ambik baju kurung hehe gila tengah2 malam pi rumah orang baju punya pasaiii ehehhe.
sampai kampung dalam pukul 3 pagi. mata segar je sambil batuk kung kang kung kanggg eehehe terus bersahur sambil sembang-sembang ngan mak.

sabtu. masih berpuasa. sebok ke pekan k pilah beli barang dapur mak. pastu macam biasa singgah kedai emas. tukar emas beli emas repair emas cuci emas semua nak dibuat time suntuk macam ni. orang beli emas macam beli ikan kembong bak 3 kilo hahahhahaha. oh ya emas masa tu 916 RM126.00/gram. gila murah dari KL kannn hehehe. boleh beli 8 kilo terus pastu lepas raya ko gigitlah sket-sket gelang ke rantai ke hahaha.

Ahad. buat lemang. dah siap lemang baru buat rendang ayam. kali ni beli 3 ekor ayam pencen terus buat rendang. daging tak buat sebab macam banyak sangat yang ada kat rumah ni bape orang je pon. daging just simpan dalam esbok. kalo dah balik ramai2 baru masak, fresh rendang baru best kannn ..
malam. mak ke hospital. pakngah yang admitted sejak sabtu semakin lemah. pakngah memang ada sakit jantung. jantung dah bape kalo operate. maklom makin tua. jantung pon lemah. paru-paru infection. aduhai esok nak raya nihh :(

Isnin. pegi sembahyang raya di surau depan rumah. macam biasa. sedara-mara jiran tetangga muka yang sama je tiap tahun hehhe. lepas makan cuci pinggang baru balik rumah. tu pon baru sempat cium tangan asben baru nak makan dah ada yang datang rumah beraya. memang 1st raya busy melayan, basuh cawan kemas meja hhehehee.

anak-anak pakngah datang beraya ke rumah dari hospital. kitaorang plan nak melawat pakngah lepas asar nanti sambil melayan tetamu yang datang tak henti-henti nih. tapi menjelang asar anak pakngah call bagi tau pakngah sudah pergi dijemput Illahi :( innalilllahwainaillahirajiun :(( moga arwah pakngah ditempatkan di kalangan umat yang beriman insyallah :)

okay lepas beraya di K Pilah jom balik Kelantan. selasa raya kedua bergerak ke Kelantan. sehingga hari Jumaat. then balik semula ke home sweet home. Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar dan selamat. 
Raya tahun ni bagi saya kurang meriah. dalam kesedihan dalam kedukaan. bukan sahaja bersedih dengan pemergian pakcik saudara, MH17 juga meninggalkan kesan kepada saya ditambah dengan monolog di televisyen yang berulang kali menyiarkan bacaan Alfatihah mampu membuatkan saya menangis. perasan tak tahun ni takbir raya seakan tidak banyak disiarkan? kalo ada rasanya akan menambahkan lagi kesedihan di hati semua pihak yang terlibat. entahlah hati ni mudah sangat sensitif, makin tua maybe :)

isu Gaza, Palestin pon membuatkan saya bersedih, tak sanggup nak tengok gambar2 di fb yang banyak melibatkan anak-anak kecil. oh sedihnya kita di sini beraya sakan dengan makanan dengan pakaian serba baru 7-8 pasang tapi mereka di sana penuh derita. dengan tiada makanan, tiada bekalan elektrik sehinggakan ada bayi yang berada di dalam inkubator meninggal dunia oh tuhan selamatkan mereka terutamanya anak-anak kecil, anak-anak syurga itu. kesedihan ini terlalu sukar diungkapkan. kita beraya dengan sederhana, dengan kesyukuran kerana kita masih bernafas di negara yang aman tiada sengketa insyallah.

terlalu panjang jika diungkapkan. terlalu sebak. 

apa pun saya Hani mohon maaf kepada semua pembaca blog ini, yang sudi singgah, yang sudi menjadi customer tetap, yang sudi membeli dari KedaiKakton, yang sudi menjadi kenalan. mohon maaf zahir batin jika ada yang terasa dengan apa yang ditulis. kosong-kosong ye :)

jemputlah datang beraya ke rumah jika sudi, manalah tau jika ke area Shah Alam or Sungai Buluh, just call Hani. no 012 228 1418. 
selamat hari raya :)

*gambar raya sekeping pon takde. ni je gambar kami berempat, ulangan. tak basi pon hehe*



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...