Friday, July 18, 2014

Nasi Ayam Kakton :)

Hari ini Ramadhan 20. bermakna sudah 20 hari kita menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah kita masih berpeluang menunaikan ibadah puasa dalam suasana yang cukup selesa, cukup segala-galanya terutama dari segi makanan. cuba bayangkan bagaimana orang Islam di Gaza, di Palestin di negara-negara yang serba kekurangan berpuasa dengan tiada makanan tiada keperluan asas yang sempurna?? Allahuakbar, semoga kita terus sentiasa bersyukur di atas nikmatNya ini. Alhamdulillah. sebab itu kita elakkan pembaziran dalam berbelanja. belilah untuk keperluan sahaja bukan untuk pembaziran. makanan yang enak-enak jangan dibazirkan hingga menjadi hiasan tong sampah. sedihnya kalo begitu. 

jika kita berupaya memasak untuk keluarga, kita masak. selain dari tidak membazir dari membeli berlebihan sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan cirit-birit atau sakit perut Insyallah. masaklah dari hati yang ikhlas untuk menjamu selera keluarga kita insyallah adalah ganjarannya untuk kita sebagai isteri dan ibu :)

semalam I masak nasi ayam. takde yang special. cumanya dah lama tak buat nasi ayam :) hehe. balik pon agak lewat semalam sebab leka memikir nak masak apa. sudahnya beli ayam seekor hehe.
balik rumah laju je bersihkan ayam. sediakan bahan perap. sediakan tumisan sup. 
ngam-ngam pukul 7, semua makanan dihidangkan kat meja makan. yeayyy ..

selamat berbuka uolss :)



** err ada anak kecik yang suka mengekor maknya ke dapur ni siap peluk kaki memang menduga kesabaran. bukan takat rimas, membahayakan dia jugakkk huhuhu. ada safety gate pon macam jadi hiasan jer :( so kena memasak dengan pantas. sedap tu bonus hehe :)

haa petang ni pening lagi mikir nak masak apa?? hehe :)


Pray for MH17. AlFatihah!

Assalam.

Dinihari asben kejutkan dengan news ni.
Penerbangan dari Amsterdam-Kuala Lumpur ditembak jatuh.
sangat terkejut. Allahuakbar!
sampai sahur tak boleh lelapkan mata.
ada saudara seIslam dalam plane tu pulang ke Malaysia untuk berhari raya dengan keluarga.
ada anak-anak kecil. ada baby. MasyaAllah!

Al Fatihah untuk semua penumpang dan anak kapal MH17.
Tragedi yang amat menyayat hati. mengorbankan hampir 300 nyawa yang tidak berdosa.

ada rumours katanya tersalah tembak plane oleh puak pemisah Ukraine-Russia yang tengah bergolak.
ada rumours kata tragedi rentetan MH370. Allahuakbar!

Apapun kenapa Malaysian Airliness yang jadi mangsa??
kenapa nyawa yang tidak berdosa menjadi korban?
semoga tragedi ini mendapat keadilan yang saksama.

Al Fatihah!

** anak kecil antara yang menjadi korban :((







Thursday, July 17, 2014

Ramadhan 18; kakton masih memasak!

Assalam. tadi membebel pasal CDM25 kan. yang ni membebel pasal makanan pulak haha. semalam masak gulai ikan tenggiri campur terung. teringat mak selalu masak ikan tenggiri salai. wangi je. sangat suka. kesian mak berbuka sorang-sorang ajer. tak sabar nak balik nextweek. atleast balik awal, sempat berbuka dengan mak Jumaat, Sabtu dan Ahad yeayy ..

sebut pasal masak ni, I terus terang cakap memang tak reti masak benda lain. balik-balik masak gulai, masak lemak cili api. tak pon asam pedas. pastu rebus-rebus. 365 hari setahun memang berulang menu yang sama ajer la. bezanya tukar-tukar ikan or ayam. ikan pon dah bertambah lah pilihan, dulu balik-balik kembung or talapia. skang pandai sket beli ikan merah, tenggiri or pari. kira pandai sketlah dari dulu. maklum dah 7 tahun kawen. ehh apa kena-mengena ehh? hahaha lantak situ janji upgrade kannn.

asben selera pantai timur semestinya. ko ingat dia suka asam pedas? takde de. kalo I masak dia macam terpaksa je makan. kari lagi tak masuk tekak dia. memang takde de dia nak makan kari melainkan I paksa cekik leher dia sumbat kari lam mulut hahaha kejam pulokkk.

cumanya, since dia sedar dia kawen ngan orang negeri 9 ni, dia mulalah terima gulai masak lemak cili api pedas tercirit nih hahahaha. nampak dia macam suka makan bilamana dia sendiri yang request nak makan itu ini. 
semalam I masak gulai tenggiri ngan terung ni. wahhh bertambah dia makan. kalo salai lagi sedap nihhh tapi kat sini mana nak cari kan. balik kampung nak suruh mak masak laaaa huhu.


buntu mikir nak masak apa. hari-hari sembang ngan kawan kat ofis. ada yang suka beli aje. masalahnya I ni memang takkan beli lauk yang dijual. bukan poyo mahupun sombong jauh sekali. lauk-pauk biarlah I je yang masak walau tak sedap ke takde pilihan ke biar I je yang masak *sambil tepuk dada* hehe.

selagi terdaya memang I akan masak. janji. kuih-muih boleh beli kat bazaar. air manis-manis pon boleh tapi silalah pilih yang elok-elok saja.

semalam masak mee goreng. bubuh udang saja ngan sawi cina. Alya suka makan. tapi dia tanya mana fishball, fishcake. mama memang sengaja tak letak sebab tatau tekak macam nak makan udang saja hehehe. mee ni memang buat tak pedas. sampai sahur pon elok je lagi boleh makan. sepeket pon nampak banyak dah.

pastu semalam beli petai. kesian asben lama tak makan ulam-ulaman. budu kegemarannya cap ketereh dah abih. kalo ada confirm abih nasi seperiuk kot hehe. telur asin pon ada balance yang hari, so rebus siap-siap. ni semua pelakon pembantu yang wajib ada, baru berselera nak makan. 


hari ni kang tatau nak masak apa???


Kiki CDM25

Skang tengah viral kisah Kiki dan Uncle Sim pasal kes langgar kann
malam semalam tengok video tu, memang terkejut la. terpekik terlolong pastu hentak-hentak stering lock kat kete Uncle tu dah kenapa ko kikilala??
bukan nak hentam kiki ni sebab dah beribu orang hentam dia. bukan juga nak jadi nasi tambah tapi apa yang dia buat tu memang salah. cuma bab langgar tu uncle sim memang salah tapi dia dah minta maaf cakap tak sengaja kan? lagi pon sket je rasanya. calar je kot.

teringat last year bulan puasa jugak. tak silap 30.07.2013. kereta baru sebulan lebih kot. baru settle servis pertama. kena langgar kat traffic light. Hani yang drive masa tu sebab baru sampai dari Kelantan lepas mak mertua meninggal. depan kete kami ada Merc baru siap cakap kat asben "wahh ni baru sangat ni kete raya nih, kalo terlanggar mampos nak bayo" tak sampai 10 saat tiba-tiba bunyi kedegangggggggggggggg kat belakang. huwaaaaa ko dah kenapa langgar kete akakkkk huwaaa confirm rebeh bumper.
terus amik Aryan yang baby lagi masa tu, dia dok dalam carrier. Alya tido pisat-pisat bangun terkejut dia terjatuh dari seat. terus turun kami laki bini tengok kete bahagian belakang. driver yang langgar pon turun. budak Cina. ada sorang lagi, abang dia kot.

I: "u kenapa langgar? tak nampak ke tengah traffic light? I berhenti kerete bukan emergency brake pon???" lebih kurang gini la aku punya conservation sambil jerkah budak tu sambil urut dada.
Driver: "sorry kak saya tak sengaja. saya tak sengaja. sorry sorry" sambil minta maaf sambil dia pandang abang dia yang tengah naik hantu kat dia. budak tu yang drive. sekali abang dia cakap adiknya tu main henpon sambil drive tu pasal terlanggar kereta kakton huhuhu
I: hah?? u main henpon tengah drive? u tau tak u ni bahayakan i dan anak-anak. I ada baby ni. bla blaaaa sambil hentak-hentak kaki. tapi takde la bawak stereng lock hahaha. asben banyak sabarkan I. 
Driver: "sorry kak, sorry. kita report police dulu. saya cover insurance kereta akak ni. sorry kak"banyak kali dia minta maaf okay. walau kakton mcm org gila marah tepi jalan hehe.

panjang lagi conservation ni tapi at the end hantar Toyota repair dalam 6k. gilo. Ikutkan memang Hani mengaku memang marah memang geram kat driver cina tu. menyusahkan bila terlibat dengan eksiden ni. tu satu hal. yang geram sebab kereta baru okay. kereta baru. hehe tapi plat no bukanlah 2 angka yer. ofkos lah sayang sebab kereta baru.

menyusahkan hoiiii sebab kena pegi balai polis sampai 3-4 kali nak buat report, amik report, tunggu keputusan kes. hoiii 2 bulan punya kerja okayy. serius sangat menyusahkan, menyemakkan kepala. nak repair bukan hantar hari ni terus masuk workshop. tak. kena tunggu insurans panel datang check, approve total apa yang damage baru Toyota proceed untuk repair untuk order barang. bumper je kemek teruk, lampu pon sipi-sipi pecah tapi memang dorang tukar semua baru. 6 ribu. 6 ribu ko bayangkan teruk tak teruk bumper tu. maybe Toyota charge mahal kot entahlah yang pastinya eksiden itu sangat menyusahkan. nasib baik je budak cina tu memang tak banyak songeh memang dia terus mengaku salah kena saman RM300 masa buat report. lantak ko sapa suruh ko langgar kete akak??

akibat dari orang yang cuai, kakton dan family jadi mangsa sob sob sobbb

cumanya, tidaklah Hani naik hantu sampai amik stereng lock hentak-hentak kat kereta driver cina yang langgar kereta kami. memang bertempik juga sebab tengah terkejut kan. then bulan puasa pulak masa tu, banyak-banyak gosok dada.

to Kiki, minta maaf pada Uncle Sim dengan seikhlasnya. Uncle Sim salah sebab terlanggar kereta baru Kiki, memang I faham perasaan Kiki tapi maki-hamun dan racist pada Uncle Sim yang sudah tua, warga emas yang diibaratkan sebaya bapa-bapa kita memang tidak wajar. cuba bayangkan time Kiki hentak stereng lock tu then Uncle Sim keluarkan pistol pulak?? amaigadddd lagi horror citer nih kang. ni imaginasi kakton jer la hahaha. tapi betul, kekerasan bukan kekerasan lawannya. benda boleh diselesaikan dengan cara baik kan? bukan takleh repair pon benda calar tu. lainlah remuk teruk total lost, yang tu cerita lain pulak jadinya.

and, Kiki kenalah tanggung akibat dari tingkahlaku panas baran bagai tu. nak suruh orang remove video tu bukan sorang dua yang share, beribu. memang meninggalkan kesan kat 1 Malaysia ni. trending twitter katanya. so, Kiki terpaksalah telan semuanya, akibat dari perbuatan sendiri. tetapi, dont worry rakyat Malaysia ni mudah lupa, 2-3 bulan lagi lupa la kot hehee.

Kiki, CDM25 wahh gitu hehe :)

Wednesday, July 16, 2014

Ramadhan ke 18 :)

Assalam. Hari ini hari ke 18 kita berpuasa. sekejap je dah 2 minggu kita berpuasa kan? then lagi 2 minggu kita akan meraikan Aidilfitri. persiapan pon dah mula beli sket-sket. Untuk Alya dan Aryan I dah belikan baju raya hehe. sempat ke One Utama. takde bersesak-sesak macam kat SOGO. masih boleh berlapang dada memilih pakaian dengan aman ehehehe.
Tapi Ahad lepas sempat ke SOGO, mencari nahas namanya hahaha kebetulan nak ke Cheras berbuka dengan adik-beradik asben so singgah SOGO. 2 jam kat sana dapat la selai baju asben tu pun dok kirai celah-celah ketiak orang yang macam ulat hahahaha. laki kakton muka mencuka ajer. hahaa. memang takde la nak mengulang nampaknya unless pegi sorang diri ehhh hehehe.

ni random story la sebab dah lama tak update blog. busy. busy tido hahaha.

nih, buah hati mama yang setia menemankan mama. masa ni asben berbuka dengan contractor kat Tropicana. maka mama angkut anak2 ke One Utama. berbuka kat food republic. suka ke sini sebab banyak pilihan. paling suka creamy carbonara seafood. Alya pon suka. kebetulan Suraya kawan yang balik bercuti dari Terengganu pun join kami. meriah.



yang ni mee goreng sempoi. tak sempat nak masak beria. tak ingat buka puasa bila, lastweek tak silap. mee goreng tak pedas tapi Alya suka sangat. 


yang ni hari Isnin, Ramadhan 16. Hani tengah batuk selsema, demam pon ia jugak. tapi Alya kata nak makan kat rumah. sebab sabtu ahad memang berbuka kat luar gituu. so masak la apa yang terdaya. tu pon ntah apa rasa maklum deria rasa hilang seketika hehe. sambal kicap tu terpaling suka sebab cicah dengan kerang. amik resipi kat blog jugak tak ingat sape. buh bawang, cili ditumbuk pastu buh kicap manis - sangat sedapp :). 


yang ni buka puasa last week jugak rasanya. sebab everyday memang I akan masak. memang tak pegi bazaar Ramadhan alhamdulillah masih terdaya memasak untuk keluarga. kalo boleh biarlah kita masak walaupon sket sebab nak elakkan keracunan makanan, sakit perut, cirit-birit dan sebagainya. cuma kuih-muih atau cendol je asben beli bila dia singgah kat bazaar berdekatan di rumah. tapi kakton memang tak jejak bazaar ramadhan. sungguh!


yang ni pula masa berbuka puasa di Restoren Cerana, Cheras. arrange by abang ipar. makanan ok la, berpadanan dengan harga. ni baru separuh, kalo 12 adik-beradik berkumpul confirm kena booking padang sekolah bukak khemah hehehe :)



Monday, July 7, 2014

Anniversary gift


07.07.2014 lepas amik Alya kat school masuk ofis semula. tengok2 ada box yang macam ditunggu-tunggu ajer hehe. tengok sekali dah tau dahh hehehe

Alhamdulillah just a perfect time. safely arrived tanpa halangan kastam hehehe.
tq to Linda di California yang sudi tolong belikan :)


anniversary gift perhaps? hehe tq :)

7 years anniversary; 07.07.2014


Assalam. Ramadhan ke 9. 07.07.2014 

Alhamdulillah hari ni anniversary kami. 7 tahun genap perkahwinan kami.
7 tahun yang penuh momen-momen indah. suka duka semua ada. normallah bab sedih tu memang ada, bohong jika kata sentiasa bahagia sentiasa happy kann. bahagia pun begitu juga. balance.
orang kata 5 tahun pertama ada dugaan dalam perkahwinan. mungkin benar. then 10 tahun pula dikatakan sudah stabil. mungkin benar jugak. tapi kalo 7 tahun ni bagaimana? 

Hani dan suami antara pasangan yang masih di awal-awal fasa perkahwinan. banyak perkara yang kami masih belajar. banyak fasa yang harus dilalui namun 7 tahun ini merupakan tahun penuh pengalaman.
nak cerita panjang pun tak reti tapi Hani suka nak share. ini pengalaman selama 7 tahun berkahwin. kita janganlah mencari kesempurnaan pasangan kita. sebab tiada manusia yang sempurna kecuali Allah swt. tetapi kita boleh cuba memahami pasangan kita. cuba faham apa yang dia tak suka, apa yang dia suka. mengenali asben Hani, dia bukan seorang yang romantik. jadi Hani jarang berangan mengimpikan yang indah-indah contohnya konon asben nak kirim bunga sempena birthday ke anniversary ke. takyahlah berangan memang takkan dapat hehe. tapi asben bagi mini garden kat rumah. cakap je nak bunga apa semua ada hehe. rak besi untuk bunga pun dia buatkan. ko ada dapat rak besi hadiah anniversary? takde kan?? hahahah then jambangan bunga silalah tolak keluar list hehe. pastu berangan jugak konon asben belikan barang kemas contoh Pandora ke. sorry naik lorry takde de dia nak belikan. dia cakap Pandora takde value, nah amik duit gi beli gelang or rantai emas. gitu. padahal kita berangan dia bagi suprise Pandora kat kita ambil tutup2 mata. konon. mana feeling pegi beli sendiri kann?? ehemm 

tu antara contoh asben I bukan jenis romantik. so I ni sebagai isteri cuba memahami dia bukan jenis romantik. takyah nak berangan macam-macam. terimalah seadanya. kita beli la sendiri dari sakit hati hahaa.
sabar. ye perkahwinan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. awal perkahwinan memang kalo bergaduh confirm pinggan melayang kalo tak sabar. masuk tahun ke 7, umur pun dah tua nak marah-marah kang naik darah tinggi plak, so baik kita cool. relaks. cari jalan penyelesaian sambil urut-urut dada hahahaha.

7 tahun perkahwinan. dari apartment ke rumah teres. rasanya antara peningkatan yang baik. kiranya kami antara pasangan yang dikurniakan rezeki untuk memiliki kediaman yang sangat selesa jika dibandingkan dengan pasangan yang masih belum punya rumah Alhamdulillah. syukur atas rezeki untuk keluarga kecil kami. anak-anak pun dah membesar. dari segi kewangan insyallah semakin stabil. cuma badan je tak kurus-kurus acanerr? bahagia kot hahaha.

I nak tulis panjang2 pun tak reti tapi 7 tahun perkahwinan ini Alhamdulillah we went well. bersyukur dikurniakan suami yang sabar, rajin bekerja, bijak uruskan kewangan keluarga. dan I sebagai isteri sentiasa mencuba menjadi isteri dan ibu yang terbaik. 

bab makanan, jika asben still menyukai makanan negeri dia, kita sebagai isteri cubalah masak makanan tersebut. mesti asben happy mesti makan pun bertambah2. kalo kita ni tak suka budu well its ok, just hidangkan untuk suami yang penting. kita jamahlah sket amik ati asben. tu contoh je. contoh kebahagiaan walau hanya budu hehehe :)

then berkenaan kewangan, insyallah betul jika dikatakan rezeki anak-anak rezeki keluarga. awal-awal perkahwinan mungkin kita belum reti nak adjust kewangan. duit asben duit dia. duit kita duit kita. so masa ni barulah asben terasa duit dia semakin berkurangan sebab dah kawen kena bayar rumah bayar kereta then duit belanja dapur. belum kira duit astro, api dan air. Indah Water pon nak kena bayar gak walau hanya 48 jer untuk 6 bulan. haaa tengokkk asben pun mula garu kepala. before kawen gaji 3000 hanya guna sendiri. suka hati nak bayar apa tapi dah kawen haaa semua tanggungjawab suami. tetapi kita sebagai isteri takkan sampai hati tengok asben pening kepala kan? sekurang-kurangnya isteri boleh je beli barang-barang dapur membantu asben kan. I rasa tak salah bantu asben jika isteri ada gaji yang mencukupi. ramai yang kata duit ni punca masalah rumahtangga. yes betul. sangat betul. tetapi jika suami isteri saling bantu-membantu insyallah masalah duit takkan timbul tetapi asben tu janganlah amik kesempatan dalam kebaikan isteri kan? tu pendapat I la selama 7 tahun kami kawen ni. cuba berbincang bab kewangan, cara menguruskan perbelanjaan rumah. benda ni kami letakkan priority. sangat penting. kalo tak berjaya menguruskan kewangan, itu yang buat memasing pening kepala then bergaduh sakan. insyallah berbincang, buka buku kira mana yang penting yang harus dibayar. uruskan ini dahulu baru boleh cerita benda lain. selain dari bantu bab beli barang-barang dapur I okay aje bab beli barang anak2 macam diapers, susu or pakaian. kadang-kadang asben refund duit yang I gunakan. tapi I rasa bab ni depends pada kita sebab kita yang nak tengok anak-anak bergaya comel dengan baju baru so silalah shopping tanpa rasa bersalah hehehe. asalkan tidak membazir okay aje. apa lagi ye? pendek kata memang suami isteri boleh saling membantu saling share berkaitan dengan kewangan rumahtangga.

kepercayaan. yang ini pun salah-satu faktor penting. kepercayaan-cemburu. bab cemburu ni kalo I tolak tepi sebab I ni gemuk bukan comel pun. asben nak cemburu apanya hehehe. tapi kalo asben tu no comment hehe. maybe kalo hensem macam adi putra kena simpan dalam rumah je la kot wahhh gitu. nampak sangat daku ni jenis cemburu gak hahaha.

lagi nak share apa ye? anak-anak? 7 tahun kawen 2 orang anak - Alya dan Aryan. anugerah terindah dariNya buat kami berdua. selebihnya kami serahkan kepadaNya. paling penting kami berusaha memberikan yang terbaik untuk mereka berdua dari segi ilmu agama dan pendidikan.

okay, rasanya tu je la kot yang boleh I share sini. just sharing apa yang I rasa sepanjang 7 tahun berkahwin. Alhamdulillah atas nikmatNya ini & moga perkahwinan ini sentiasa diberkati dan dirahmatiNya :) Insyallah.

Thursday, July 3, 2014

Ramadhan ke 4; ikan merah masak tempoyak

Assalam.
Petang-petang gini mata layu je kann. masa solat zuhur, kena pulak aircond wahh dinginnya rasa nak sambung baring je dalam surau hahaha. alangkan dalam surau kat ofis cuba kat rumah confirm sambung tido hahaa.
dah petang-petang ni mulalah kepala dok mikir nak masak apa hari ni?? korang kalo singgah blog Hani ni bertabah je la blog jual kain baju dah bertukar jadi blog mak-mak semula hahahaha. bisnes tetap on cuma minggu ni belum mulakan lagi. just jual apa yang ada je hehehe kita rest dulu ye. insyaallah by nextweek baru start bisnes. tapi online still on dont worry. sape nak order t shirt frozen ke cotton ke jubah atau apa saja meh la order :)

semalam masak ikan merah ngan tempoyak. teringat-ingat menu ni so balik semalam terus singgah kedai aceh tu beli ikan merah ni. sekor rm16.00 bertabah je laaaa hehe. 

nak masak ni mudah jer. serius. bahan pun tak banyak. takde level 1 level 2 yang peningkan kepala anda nanti hehe.

bahan-bahan:

1. cili api
2. kunyit hidup
3. santan
4. seekor ikan. tak kisah ikan apa tapi yg sedapnya ikan merah atau jenahak. ikan kerisi pon sedap gak ehh suka hati korang la nak guna ikan apa. ikan paus je tak boleh. 
4. tempoyak secukup rasa.

cara memasaknya: 

1. masukkan cili api yang dah siap ditumbuk dengan kunyit dan garam ke dalam periuk. santan pun tuangkan sekali. agak-agak dah naik minyak masukkan tempoyak 3 sudu besar. I guna sudu nasi yang besar tu hehe. kacau perlahan-lahan biar sekata jangan ada ketul-ketul. masa ni boleh letak asam keping sket. pastu buh gula 1 sudu. kacau perlahan. api tak perlu besar ye puan-puan.

2. masukkan ikan. tak perlu kacau tapi just monitor ikan sebati dengan kuah. api perlahan.

3. rasa-rasa ikan dah masak bolehlah tutup api. 

senang kan? masak sambil baring pon boleh hihihi


Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan ke 3: Ayam percik

Salam Ramadhan.

Hari ini hari ke 4 berpuasa. Alhamdulillah masih berkesempatan memasak untuk keluarga kecil saya nih.
semalam pagi-pagi dah berangan nak buat ayam percik. special untuk asben hehe. yelah, dia mesti teringin nak makan makanan yang biasa dimakan di kampung halamannya. antaranya ayam percik. so sempat menyalin resipi dari kakak di ofis. tq kak mislina hehe :)

1st time buat. nak kata susah tu tidaklah cuma risaukan rasanya nanti. tambah-tambah dalam bulan puasa ni kan takut terlebih asam keping ke garam ke. so ikut bulat-bulat resipi yang kak mislina bagi.

ni kali kedua guna magic pan. memang serbaguna serta memudahkan semua kerja dengan magic pan ni. tak rugi beli :)

ni ayam setengah ekor yang dipotong 4. kalo nak lagi cantik, pegi beli bahagian peha saja hehehe.
perap dengan halia, bawang merah dan serai yang diblender halus.


sementara tunggu ayam dibakar, kita boleh masak kuah. bahannya pun dari bahan yang digunakan untuk perapan tadi. halia, bawang merah, serai tambah cili kering dan asam keping serta gula secukup rasa. jangan lupa santan. masakkan perlahan-lahan di atas api. masak hingga pekat. kalo ditengok macam lebih kurang kuah kacang satay or nasi himpit tu jer kann.


nih ayam dah masak. nampak cun pulak hehe :))


tadaaaaaa ayam dah siap dibakar then bubuh kuah. nak cantik silalah golek-golekkan dalam pinggan tu. sangat mudah rupanya. then asben kata sedapppp hehe kembang jugak kakton semalam hehehe


okay sesapa nak try silalah amik resipi sempoi kakton tu. dah tulis siap2 hehe. memang seronok mencuba then resipi menjadi Alhamdulillah. confirm asben uolsss pun suka :)

hari ni tatau nak masak apa. uolss masak apa?? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...