Assalam. Hari Isnin, kembali bekerja lepas 3 hari dok rumah. minggu ni minggu relaks. dok rumah sambil kemas-kemas, belek bunga-bunga kat depan yang lama terbiar. tukar cover sofa yang baru amik dobi. lama jugak tak berkemas beria. sibuk dengan kerja, sibuk dengan KedaiKakton, Alhamdulillah :).
Sabtu lepas teringin nak pegi kedai bunga, nak cari tempat payung sebenarnya. dari Ikea sampailah ke Romantika nan hadooo. dalam kepala terbayang umbrella holder yang comel. tapi lom jumpa yang betul-betul sama dalam kepala nih hehe. lain yang dicari lain yang dibeli hehe biasa sangat dah tu. pegi Romantika Alam Sentral, fuhhh berpinar mata tengok bunga. lama tak beli bunga hiasan. hati ni dah lama sukakan lavender. capai jugaklah 2-3 tangkai bunga. sambil fikir-fikir nak gubah cemana. tapi dah bawak 2 orang pendekar ni memang masalah besar nak memilih dengan tenteram. amik sauk je mana sempat. hehe.
tadaaaa .. lavender. orkid konon nak beli 1 tangkai tapi tercicir ntah mana. nantilah nak pegi lagi nak beli buat tambah-tambah sebab rasa sket je pulak bunga ni, ingatkan banyak hehe. pasu tu dah lama beli masa pegi Langkawi tahun 2012 dulu, gila lama beli tapi tak buat apa kan?? hehe. nah, kali ni memang kakton gunaaaaaa :))). pasu ni berat tapi murah. harap-harap takde la tangan ke kaki ke yang gatai gi sepak bola pastu kena pasu ni pecah huwaaaaaaaaa *gerammm*
semalam jugak mintak asben tolong gantung ayat khufi nih. pon dah lama tempah dah lama dapat tapi nak menggantungnya kemain lama. oh ya ayat ni "Alhamdulillahirabbilalamin" ada terjemahannya di bawah ayat. memang request nak buat ayat ni, simple tapi ada makna. Syukur setiap nikmat dan rezeki serta kurniaanNya.
ada satu lagi ayat khufi dah tempah tapi belum siap. plan nak letak kat bawah frame ni, sebab frame ni comel je tak besar tak kecik. so bila letak 1 set lagi Insyallah balance. kakton suka yang simple jer.
Harga sangat berpatutan dan boleh request design yang kita suka :)
selain gantung frame ayat khufi tu, minta jugak asben gantungkan frame hiasan di dining area. ni pon beli kat Romantika, murah giler hehee nak tunggu gi Bandung ntah zaman bila lagi huhuhu so beli je la yang murah-murah janji cantik di mata saya hehe. tq asben sebab sudi tolong. dinding ni dah lama kosong sejak pindah, asben memang berat hati nak bagi tebuk dinding tapi acaner takkan nak biar kosong je macam takde seri pulak hehe :)
oh ya semalam letak kat fb, ada yang tanya dining table saya tu. ada juga yang berkenan ehhh :) ye meja tu meja marble, memang berat gila tapi setakat ni kalo nak ubah susunan meja, saya dan asben tarik je karpet di bawah meja tu hehehehe :) gila berat nak angkat. putih, memang susah nak jaga, sentiasa ada febreez senang nak sembur kotoran. Alhamdulillah Alya setakat ni dah faham maknya cemana so dia kalo makan memang siap alas. lepas makan lap meja. kerusi pun sama. err maknya cerewet kot hehehe :)
okay setakat tu je citer deko deko rumah semalam. takdelah beria sangat just tukar or susun or gantung je. just nak bagi mood ceria, sebab dah lama tak bersihkan rumah. nanti I update bunga-bunga di laman pulak Insyallah :)