Wednesday, April 30, 2014

My sweet daughter; Alya

Assalam.
Minggu lepas start busy dengan clearance. memang nak bagi clear sebab banyak stok baru akan masuk. rumah pun tengah bersepah macam tongkang pecah walhal bukan buat renovation besar pun. Alhamdulillah ada rezeki anak-anak hubby decide untuk buat something kat porch area. just untuk keselesaan anak-anak nak bermain, lebih selamat main basikal dalam halaman rumah dari di luar pagar. pastu nak main pondok-pondok ke boleh aje kat porch. Alya kata porch dah cantik nanti bolehlah letak pool. amboi kau berangan kemain ye hehe
ni tengah arrange landscape. nak susun semula pokok-pokok kesayangan, yang mana dah rosak teruk suruh je Indon workers tu cabut. nantilah bila porch and laman dan cun baru kakton pos kat sini ye :) hehe.

sepanjang minggu lepas busy. tetapi, tetapi giteww macam bahasa buku. tetapi busy cemana pun Hani tetap masak. antara masakan lastweek, punyalah teringin. tekak sendiri yang teringin so sendiri la ketang-ketung kat dapo masak. ikan merah masak tempoyak. adoi gila sedap ehh puji diri sendiri plaks. tak, sebab dah lama nak makan gulai ni. ingatkan nak beli ikan senangin tapi tak jumpa yang fresh. ikan merah pun boleh, pon sedapppppp :)
nak masak pon senang jer, santan, cili api, kunyit hidup. masukkan dalam santan cili kunyit yang ditumbuk tu. kacau perlahan, masukkan 3 sudu tempooyak secukup rasa. kalo kurang, tambahkan tempoyak tu. kacau perlahan, dah mengelegak masukkan ikan. api make sure kecik je biarkan kuah tu masak betul sebati dengan ikan. jangan lupa masukkan cili besar sebagai penyeri. siapppp .. senang kan?? tapi memang sedappp :) cubalah.

 

oh ya dah lama tak snap picas dengan Alya, rindu dengan keletah budak nih. minggu lepas juga baru terhegeh-hegeh nak register sekolah Alya. hehe biasalah suka last minute kan. ikotkan plan nak hantar Alya intergrasi school tapi masih belom final. kalo papa Alya dapat transfer project ke Shah Alam maybe boleh dipertimbangkan sebab skang masalahnya masa. intergrasi school yang jadi pilihan lebih kurang 20km dari rumah, banyak faktor kena amik kira terutamanya masa. dengan jalan jem bagai ohh tidak. tak sanggup nak stress nak tambah uban di kepala hehe.
ni sabtu lepas masa bukak booth di Denai Alam. memang Alya ikot mama je. dia mana bleh berenggang. manja mengalahkan Aryan.



bila tengok pictures ni baru mama sedar Alya semakin membesar, semakin bijak, semakin faham kehidupan mama dan papa yang sentiasa sibuk, tapi dia boleh diharap bila minta tolong tengokkan Aryan. Alya - ceria, suka makan, suka jalan-jalan, suka buku, suka mewarna. sensitif tapi cepat settle. Alhamdulillah skang dah mengaji Iqra dah boleh baca Al Fatihah. membaca dan mengira di tahap normal seorang kanak-kanak 6 tahun. Alhamdulillah syukur atas kurniaan Nya yang ini :)


Mama love you Alya Nur Zahra, being a good girl ye sayang :)

Tuesday, April 29, 2014

KedaiKakton; Telekung lyra murah murahhh :) RM65.00 only


Assalam
Telekung lycra. ada balance 4 pasang lagi. nak buat clearance. Normal price is RM90.00.
Now RM65.00, postage RM10.00.
Material lycra korea, jahitan di bahagian muka sangat kemas dan cantik terletak. lycra korea agak berat sedikit tapi cepat kering bila dicuci. paling best tak melekap di tubuh badan ketika solat.
sape nak cepat-cepat contact Kakton 012 2281418.
tq uolss :))

Monday, April 28, 2014

KedaiKakton; Sale Sale Sale sehingga 1hb Mei 2014 :) *pakej borong RM320*

Assalam
Sempena 1hb Mei Hari Pekerja, KedaiKakton bagi kelonggaran untuk sesapa nak beli cotton secara borong iaitu minimum 5 pasang sahaja. 5 pasang dengan harga RM320 termasuk postage. nak tak?? nak takkkk?? 5 pasang termasuk postage RM320 sahaja.  cash term okayy .. oraittt ..
so sesape nak borong dengan harga tersebut bolehlah contact kakton. korang boleh pilih kain-kain di bawah nih:-

anything please contact Kakton yer 012 228 1418 :)

*harga ini sah sehingga 1hb Mei sahaja*

tengkiu ailebiu :))






















Friday, April 25, 2014

KedaiKakton; Sateen Cotton

**ALL SOLD OUT**
Thank you for all customer. kalo nak restock Insyallah :)

*******************************************************************************

Okay yang ni pulak sateen cotton bercorak. Ada 2 design aje. pon amik tak banyak set.
sateen cotton nampak ekslusif giteww.
3.5m x 60'. Harga RM70.00, postage RM6.00.

jika berminat just contact Hani 012 2281418



KedaiKakton; Viscose new arrival

Yang nih cotton viscose. sangat selesa di pakai, sejuk je. sesuai dengan cuaca kat Malaysia ni hehe. pastu kalo pakai memang jatuh terletak jer. gitewww ..

ada 3 design je kali ni. tak banyak yang cantik-cantik so 3 ni je yang kakton rasa cantikkk ..
3.5m x 60'.
RM70.00, postage RM6.00

Jika berminat jangan lupa nombor nihhh 012 228 1418 Hani
just order jer and boleh bayo time gaji okehh

A

B

C 

KedaiKakton; Cotton pre-raya RM70.00

Assalam.
Salam Jumaat. semoga hari ni penuh dengan keberkatan dan memberi rezeki dari Nya kepada kita semua Insyaallah :)

di bawah ni semua stok cotton baru. Vietnam cotton. bidang 60' x 3.5m.
Harga RM70.00. beli lebih dari 1 saya akan bagi diskaun ye dont worryyy :)))

postage bergantung kepada berapa pasang. kalo 1 pasang cuma tambah RM6.00 saja yer :))
kalo berminat boleh order, nak booking then bayo time gaji pun boleh. just contact Hani 012 228 1418.
jom cuci mataaaa :))

di bawah ni semua english cotton, tidak keras, tidak panas. sangat selesa. corak-corak pon cunnn :))

A

B 

C 

D 

E


F 

G 

H 

I 

J 

K 

L 

M 

N 

Thursday, April 24, 2014

KedaiKakton; Syampu Tudung



Assalam.
Produk baru KedaiKakton.

Syampu tudung. untuk mencuci tudung-tudung kesayangan kita. yelah beli mahal-mahal sayang kalo tak dicuci dengan betul kan? takmo la cuci guna sabun pencuci biasa, kakton selalu guna softlan hehe.
okay yang memang syampu tudung, sangat wangi. ada 2 pilihan haruman; pati lavender dan pati betik.
betik? jangan korang tatau, betik sangat wangi. cubalah. lavender pulak tak perlu diragui, memang wangiiiii :)). tudung wangi hati pun happy giteww :)
Sebotol 1 liter RM20.00 sahaja, postage RM10.00
jika berminat boleh contact Kakton ye 012 228 1418

cepat-cepat order, dah gaji boleh collect okayy :)

Wednesday, April 23, 2014

Inspired Twister KFC :) gitewww


ni try buat twister. konon yang macam KFC tu tapi versi gemok. ikot tuan yang buat la kot. haha. resipi ni ciplak dari @surayasulatin.
memang sempoi giler resipinya, bahan-bahan pon tak banyak. I ni kalo simple-simple memang laju je nak try. cuba kalo bagi resipi 1step pastu 2nd step sori naik lori nak try hahaha.

yang ni memang senang giler. kalo korang nak try bolehlah cuba resipi kat blog si suraya tu.
tapi sebab kakton eksyen sangat pastu eksited terus silap beli roti, su kata dia guna tortilla. kakton guna paratha, pandai sangat kan? tapi rupa sama je. bezanya paratha ni tebal sket. eh takdek masalah janji sedap pastu halal masuk mulut. hubby pon kata sedap macam makan twister KFC. no hal la kalo silap bahan tu hhahaha.

sedap, korang boleh cuba sendiri kat rumah. resipi? silalah ke blog suraya sulatan *sori kakton try carik link ni jap ehh*


nih anje anje mama. tido terbongkang. asal masuk kete terbongkang, malas. hehe. love you son :))

Mempelam 'harum manis'


tengok sekali semua orang tau ni mempelam kan? tapi cuba tengok 2 kali hehe. ye, ni dia mempelam "harum manis". special dari Chuping, Perlis. gitew.
hari Khamis lepas masa sampai rumah, dah dekat nak senja. pakcik sebelah cepat-cepat datang hantar bungkusan. ingatkan apa bendanya pastu letak kat anjung rumah sebab tertera nama laki I, ooh maybe barang motor dia kot tapi terfikir gak kot cik abe nak buat suprise bagi handbag kihkihkih. pastu terlupa nak hangkut masuk rumah. masa dia sampai rumah Alya dah terpekik terlolong bagitau kat papa pasai bungkusan nih.
pastu terdengar hubby kata jangan bukak, kena tunggu 3 hari. eh nape kena tunggu 3 hari? kalo handbag, untuk apa tunggu lagi bukak je la. kalo barang motor pon sama gak, apa hal nak kena tunggu 3 hari? eh musykil nihhhh
pastu sambil menunggu 3 hari tu memang kakton terlupa lansung kotak ni. elok je letak kat shelf dapo. tak gerak-gerak. kalo meletop memang lama mati dah hahaha :)
sekali hari Ahad tu masa tengah sebok membuta terdengar dua beranak tu bergaduh kat dapo. sorang tukang potong sorang tukang makan. pastu gaduh sebab nakkan bijinya. I pon turun tengok apakehalnya dua orang nih, rupanya pasal mempelam ni laaa. ooh ni la dia harum manis. kecohnya. tapi I plak frust sebab bukan handbag hahaha ntah cemana la otak boleh fikir handbag??? ke sebab I tengah hunting bag sebijik nih?? hahaha
so sambil tengok dorang berdua gaduh berebut biji, I tukang perabih mempelam yang dah siap potong. korang gaduhlah pasai biji biar I makan sensorang hahahaa :))
hubby kata dia order kat cousin yang keje kat Perlis, tak silap keje UNIMAP. ke MIDA, ntah lupa plak. sekilo dia jual RM20.00. sekotak tu ada dalam 8 biji size sedang-sedang macam dalam gambo atas nih. poslaju rm15.00, so total RM80.00. gila, beli mempelam mahal-mahal ni kenapa? tapi sedapp hahaha tambah-tambah free. hehe.
skang tengah musim harum manis kan? kat pasar malam pon ada rasanya, tak sure. kalo ada meh roger kakton nak beli lagi. ada balance 2 biji lagi ni dalam fridge tapi dua beranak tu asik bergaduh nak makan biji. hahaha.

*hubby dah pandai order online?? good, lepas ni silalah order handbag untuk kakton plakk*

Cerita minggu ini :))

Assalam
lama juga tak update blog nih, asik la menukar layout sampai jumpa color yang terkesan di jiwa kakton haha
jom borak-borak sambil citer pasal makan. ai dengan makanan ibarat aur dan tebing gitewww berpisah tiadaaaa :)

Aryan, my cheeky boy. manja boy. ma maaaaa suka sangat pangge mama giteww papa pun jeles. dari Alya ke Aryan dedua sebut mama dulu yelah mama yang bersakit-sakitan potong perut kannn hehe :))
Aryan; 10 bulan. gigi atas 4 batang, bawah 2 batang. menggigit gak sesekali. tapi dia memang suka masukkan benda ke dalam mulut. asal jumpa masuk mulut tu yang kadang-kadang batuk. selipar dapo mama pon dia jumpa dia masukkan ke dalam mulut adoiii
kat pintu menghala ke dapo memang dah bubuh gate. beli kat kedai area Sungai Buluh nun. murah gilerr. nanti kakton update gambau gate. brand ala ala my dear tapi memang murah dari my dear tu, jimat duit kakton hehehehe :)
dah bertatih dari meja ke sofa ke dining table ke tangga. tapi belom berani sangat nak lepas tangan kot. tapi Aryan dah boleh panjat tangga menuju ke tingkat atas, tak silap dalam 7 mata tangga. pastu sambil panjat sambil gelak chewahhh ko tatau mak ko meroyan kat bawah takut ko terbalik Aryannnn :(((

so far mildstone Aryan lebih kurang sama dengan Alya dulu. takde jauh beza pun. bezanya Aryan manja kededek pantang kena tinggal sorang memang dia meraung hahaa manja sangat tanje tanje mama nihhhhhh :)


pastu citer bab masak, makan ni memang skang rajin sket masuk dapo. masuk bukan takat masak air je puan puan hehe ofkos kena memasak. kesian Alya orang selalu cakap dia kurus. maknya makin gemok hehe. padahal memang I bagi dia makan nasi hari-hari. tapi cekeding jugakkk cenggini haaa :)


ni malam semalam, masak salmon asam rebus. menangih omputeh kalo dia tengok I masak salmon cenggini gayanya hahaha. selalu grill or dry fry je kali ni teringin nak masak asam rebus. 1st time cuba masak cenggini sodap tekau ehhh :)))


yang ni pulak masakan malam tadi. sotong goreng kunyit. simple je. goreng telur dadar buh cili api pastu ada ulam kerdas ngan jering cicah budu weh sumpah sedapppp *kat tekak I laaa*


pagi tadi sempat jugaklah buat breakfast. Alhamdulillah. kadang-kadang memang tak sempat. tambahan pulak si kecik anje anje tu bangun awal dia pun sama sebok kat dapo adoiii hehe.

nasi goreng kampongg :))



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...