Monday, November 25, 2013

KedaiKakton; Vietnam Cotton RM70.00

Assalam kepada semua yang singgah di sini. 

Terima kasih kepada yang sudi singgah blog Hani and beli dari KedaiKakton. terima kasih atas sokongan. hampir 6 bulan berjual-beli memang tak sangka boleh pergi sejauh ini. terima kasih semua. Insyallah KedaiKakton cuba memberikan yang terbaik buat semua :)

Okay, jom tengok latest cotton. Harga RM70.00. Postage RM8.00. Bidang 60' x 3.5m.

01

02

03

04

05

06



Sunday, November 17, 2013

KedaiKakton; Inspired dress by Najjah

Assalam. 
Inspired dress by Najjah. Dari chiffon yang berkualiti tinggi.
Fullbody lining. Free size fits to L, big cutting. Bahu 17.5inci, labuh 147cm.
Harga RM165.00 termasuk postage. 
SMS Call 012 228 1418 Hani. 
TQ ;)





Wednesday, November 13, 2013

KedaiKakton; Jubah lycra bermanik RM150.00

Jom cuci mata kot berkenan mai order hokkayyy
Jubah lycra plain bermanik. princess cutting. cantik digayakan ke mana saja.
Harga RM150.00. Postage RM8.00.

01

02

03 

04

 05
 06

Cotton new stock RM70.00

Assalam
Latest cotton from Vietnam, kain yang selesa dipakai tidak panas tidak mudah renyuk dan tidak keras kejung.
Bidang 60' x 3.5m
Harga RM70.00. Postage RM8.00.

01

02

03 

04 

05 

06 

07 

Monday, November 11, 2013

New fishtail dress, peplum, palazzo, skirt, mini dress on sale :)

Assalam.
Jom tengok apa yang ada di KEDAIKAKTON hari ini. nak update new stock. kalo nak pantas sila add FB, Hani Azhar. whatsap pon pantas macam roket hehe.

dont worry harga still reasonable idok lew mahal bebenor yeaaaa :)

Mini dress cotton lycra. Free size fits to L.
Harga RM50.00.


Fishtail dress cotton lycra. Free size fits to L, big cutting.
Harga RM45.00

Skirt duyung kembang beralun gituuu, free size.
RM50.00

Kalo beli sepasang, RM90.00

 

Fishtail dress cotton lycra. Free size fits to L, big cutting.
Harga RM45.00

Skirt lycra plain design duyung kembang beralun gituuu, free size.
RM50.00

Kalo beli sepasang, RM90.00


Peplum polkadot yang comei, material cotton lycra. Free size fits to L. small cutting.
Harga RM35.00
Ada 3 warna - soft pink, black, turqoise.


Peplum polkadot yang comei, material cotton lycra. Free size fits to L. small cutting.
Harga RM35.00
Ada 3 warna - soft pink, black, turqoise.

Skirt lycra plain design duyung kembang beralun gituuu, free size.
RM50.00

Kalo beli sepasang, RM80.00


Peplum polkadot yang comei, material cotton lycra. Free size fits to L. small cutting.
Harga RM35.00
Ada 3 warna - soft pink, black, turqoise.

Seluar palazzo lycra plain, free size. Hanya ada warna hitam sahaja.
RM35.00

Kalo beli sepasang, RM70.00.


Mini dress cotton lycra bercorak tribal, free size fits to L. Labuh 152cm.
Harga RM60.00.


Mini dress cotton lycra bercorak tribal, free size fits to L. Labuh 152cm.
Harga RM60.00.


Mini dress cotton lycra bercorak tribal, free size fits to L. Labuh 152cm.
Harga RM60.00.

Semua harga di atas tidak termasuk postage. Postage RM8.00.

Selamat mencuci mata :))

-KedaiKakton-

Friday, November 8, 2013

Magic Inner

Assalam
Skang kan tengah hot dengan magic inner. magic katanya. apa yang magic? mula2 I pon tak kisah sangat dengan inner-inner ni sebab pakai je yang ada. I suka inner ninja dari Najjah, sedap dipakai telinga tak sakit and mudah disarung je.

pastu I beli magic inner dari sorang kawan. dia kebetulan memang suka pakai inner. so bila pakai sekali terus rasa hebat wahhh sedap. so ramai yang tanya bila I letak kat fb. ramai yang minta belikan. okay, I try bawak masuk produk ni dalam KedaiKakton hehehe.

so I gigih cari supplier sebab kawan tadi tak jual borong. gila nak beli selai 10 hengget abih bape yang I nak jual pulak nanti kan? so I carik supplier. banyak tempat carik. barulah jumpa inner yang sama macam kawan I jual tu. sebab inner ni nampak sama tapi material lain-lain. yang I jual ni material cotton lycra, sedap dipakai yang penting telinga tak sakit, terletak cantik dan tak melekap kat dahi. wahhh puji melangit giteww ..

ok sape nak order bolehlah sms I tapi make sure belilah lebih dari 1 sebab kalo nak pos rugi je rm6 tu hahaha. kalo beli 4-5 memang okay, berbaloi dengan postage rm6 hhahaha.




comei tak kakton??? hahahaha


Thursday, November 7, 2013

Skirt lycra plain & bercorak paisley

KedaiKakton try bawak masuk produk skirt lycra bercorak paisley pula :)
Free Size boleh muat sehingga size L.
Lycra Korea, sedap dipakai. ada 6 warna tapi stock yang tinggal cuma 3 warna sahaja lagi.
Harga cuma RM45.00 sahaja.  mai mai beli nak comei macam kakton takkk hehe :))




Yang ni pula skirt lycra plain ala duyung. cantik beralun jika dipakai dengan kebaya, fistail dress atau pon blouse. Ada 6 warna berlainan dan stock sekarang masih ada warna hitam, biru, turkoise. Free size boleh muat sehingga size L.

Harga RM50.00 tidak termasuk postage. 



jika berminat boleh sms or call Hani 012 2281418. serius buyer only.
thanks darlingsss :)

Poplook dress

KedaiKakton try jual dress chiffon ala ala poplook pulokk hehe
dress comel ni ada 6 warna tapi dah sold out 3 warna so ada lagi balance 3 - biru, hijau and coklat. dress ni berlining di bahagian badan hingga ke bawah cuma tang lengan memang seksi sket kena pakai inner gitew hehe

labuh 153cm. FREE SIZE tapi boleh muat sehingga saiz L.
Harga RM70.00 excluding postage.

sape berminat boleh call 012 228 1418. serius buyer only. thanks :)




Wednesday, November 6, 2013

Port Dickson; short vacation

Assalam
Salam Maal Hijrah 1435H untuk semua pembaca blog Hani.
Lama tak berborak pasal anak-anak ai yang dua orang nih. asik update pasai kain kain kain kainnnn hehehe
kadang2 kesian juga dengan budak berdua ni, dah la maknya balik lambat. dah tu sebok kira kain kira inner kira duit. Ya Allah rasa bersalah bila tengok muka budak berdua nih. kadang2 terfikir juga baru buat bisnes sket2 dah jadi gini kalo bisnes juta-juta cemana agaknya cewahhhh bongok je kan macam poyo plak nak juta-juta hahahaha jual kain je pon berangan dah nak jutawan. tak main ribuan terus jutawan gitu. nasiblah nak buek cemano kakton ni kan berangan nombor satu sebab free kahkahkah.

Okay minggu lepas memang busy. Sabtu cuti Deepavali. memang dah pasang niat *sahaja aku nak kemas rumah* dah macam tongkang pecah. kain baju 3 bakul tak berlipat sejak kes mesin basuh rosak. pastu susun atur meja makan, sofa nak diubah sebab ari tu mengada gi tukar pastu sendiri rasa rimas. okay memang banyak keje.

pagi Sabtu. seawal pagi dah bangun. berkemas. masak goreng daging korban. serius. pukul 9 dah masak. sambil tu sempat upload gambau jualan - skirt, inner, dress kat whatsap kat fb. Alhamdulillah rezeki tetap ada untuk anak-anak jika kita rajin Insyallah :)

Petang. kesian budak-budak yang baik ni. memang baik sebab apa I puji? sebab dorang tak buat perangai time I nak berkemas nak masak nak settlekan barang2 nak jual. Ya Allah terima kasih atas kurniaanMu ini. terus rasa sayang sangat2 dan nak bawak dorang gi jalan hahaha padahal maknya dah penat dok umah berkemas. so jom gi IKEA. kat ikea tak shopping beria pon just beli apa yang patut then cuci mata. tapi wajib gi makan meatball hahaha. yang Alya pulak sempat bagi dia main sejam kat kids area tu. lama sangat dah dia sebut2 nak main kat situ. dah mak ko ni asik sebok jual kain je nak oiii memang takde masa hihihi ..

nih makanan wajib. korang kena cuba bagi yang belum tu la. cubalah, tak menyesal hehe.


Nah ni latest budak demok ni hehe kepala dah botak. lastweek apaknya dah botakkan dia hehe sambil tangan ketar2 takut terguris kepala budak ni. tapi budak ni tido time potong rambut tu.

Muhd Aryan Zahin - 4m++ ;) sian dia mulut kumat-kamit je tengok mak apak makan sedap. takpe dik lagi sebulan ye nanti mama buatkan bubur salmon gitewww :)


Ahad. sambung berkemas. ehh dah macam report pulak dahhh hahahaha. dorang berguling-guling sambil tengok maknya sebok melipat kain, mengelap lantai. pastu gi KL amik stock barang-barang. balik awal sebab apaknya nak gi tengok bola kat stadium shah alam. kelantan vs pahang. kalah padan muka kahkahkah. jahatnya bini sape nih hahahaha *jangan marah bang*


Isnin. husband pegi keje. walhal dah plan nak bawak budak berdua ni jalan-jalan ke Port Dickson. apartment pon dah booked. tunggu je la apaknya balik kot jadi pegi hehe abih cemana dapek apak yang busy keje keje keje huhuhu. apaknya balik lunch hour. tengah2 berkemas ipar pulak datang nak amik inner. borak2 dah pukul 3 petang baru dorang balik hehe. sabar je la. pastu berkemas packing kain baju macam charlie chaplin. kitaorang bergerak ke Port Dickson dalam pukul 5 petang. memasing happy je terutama Alya sebab dah janji nak bawak dia gi mandi pool. Aryan tido sepanjang perjalanan ke Port Dickson. perjalanan smooth je jalan clear takdelah pening ngadap jem.

Sampai apartment amik kunci siap-siap pastu kuar semula ke pekan Port Dickson. sebab perut dah kebulur. google sana sini terjumpa blog review pasai hot spot makan yang tengah femes skang. punyalah excited mencari sebab terbayang2 ikan siakap stim dah nih ehhh hahaha.
call owner restoren nasib baik dia angkat hehe. tanya direction cemana nak pegi ke kedainya kakton dah pitam kebulur nih. adalah dalam 20 minit juga kami mencari. masa sampai restoren macam tak ramai orang lagi, tempat pon boleh pilih-pilih suka hati hehe. yelah before maghrib kami sampai, solat pon kat sini. orang lain datang lepas maghrib kat hotel kot.

pastu order siakap stim, sotong goreng tepung yang dah wajib kalo makan seafood haha. pastu sup daging untuk Alya. pastu kangkung goreng belacang pedas tercirit. pastu air tembikai satu jug beso. tak cukup boleh minta sebaldi lagi hahahaha.

nih siakap stim. terliur tak? sedapppp. ikannya fresh. harga tak ingat.


yang bawah ni sotong goreng tepung. memang sedap. puas hati. sos cicahnya pedas tercirit tapi sodappp


yang bawah ni pulak air tembikai jug beso. sedap. sejuk lalu kat tekak.



okay memang puas hati makan kat sini, Samudra Ikan Bakar, pemiliknya Hj Fareed. masa call tanya direction tu suaranya mesra je takde poyo-poyo hahaha. makanan sedap. harga semua sekali cuma RM75.00 sahaja. puas hati gitew. memang rekemen makan kat sini kalo korang gi Port Dickson.

lepas dinner terus ke apartment Sime Darby. banyak kali dah pegi apartment ni tapi asik lew terlupa letaknya kat batu berapa hahaha tapi dekat dengan Politeknik Port Dickson. batu 9 kot. balik awal sebab Aryan dah uk uk hehe rosak program. konon lepas dinner nak jalan2 tepi restoren ikan bakar tu tapi tak dapek lahh. cantik kawasan tu, tepi pantai. kalo sape nak pegi silalah cari Medan Ikan Bakar MPPD, selepas pekan Port Dickson. nak senang cari Avilion. tak jauh dari pekan tu. jalan pon clear je.

esoknya memasing bangun awal sebab Alya dah berzikir 88 kali nak mandi pool. okaylah jom lew kita turun 4 beranak. seronoknya bawak anak-anak mandi pool ni. pastu hujan rintik-rintik kejap tapi pedulik haper sebab memasing dalam air masa tu hahahaha. Aryan diam termenung tengok air confuse kot maklum selalu mandi dalam kolam dia yang kecik tu. sekali hari ni bawak mandi kolam besau melopong dia hahahaha tanje mama nih good boy tak nangih pon, tepuk2 air tanda happy hehe maknya plak yang lebih2 hahaha :)


inilah wajah-wajah kesayangan hamba cinta hati hamba :) love uolsss deep deep :))


lepas puas berkubang dalam pool memasing terus penat laparrrr sebab tadi light breakfast aje. terus naik mandi nak bersiap. Aryan kepenatan lepas mandi menyusu terus tido. mak pak bersiap. nak lunch kat mana? cuaca panas terik. terus jalan-jalan carik makan. berenti kat pekan kecik apa ke namanya sungai Sunggala ke haper ada kedai nasi ayam gemas. terus terang cakap nasi ayamnya biasa je sedap lagi yg jual tepi jalan tu adoii. mintak sambal cili pon berejam. pastu ayam rasa pahit. pendek kata 2/10/. air je sedap hehe. sori nasi ayam gemas. pendapat seorang pengguna kekdahnya.

budak demok ni dari apartment tido je sampailah mak apak siap makan baru bangun pastu nangih tengok maknya minum coolblog kihkih nak lew tuewwww :)) bagi lee sket nak merasa hehe :)


pastu lepas makan kitaorg jalan-jalan ke arah pekan, singgah Al Ikhsan factory outlet. baru bukak katanya, harga kononnya murah sebab tengah sale huhuhu. tapi bila belek sama je macam kat KL ni malah ada yang overpriced so kitaorang memang tak beli apa pun hehe cheapskate katanya.

pastu takde apa dah nak carik so balik ke apartment semula. sebab Alya dah berzikir lagi kata nak mandi pool before balik rumah. okaylah bagi can kat budak nih main air dulu. mak dan Aryan naik bilik tido. haha. ngantuk plak rasa pastu kena aircond terus mata pejam rapat-rapat hehe.

dalam pukul 4 barulah Alya dan apaknya naik bilik. bersiap-siap dah nak balik. takut jalan jem maklum minggu cuti panjang kan.

suka sangat tengok dua beradik nih *hakikatnya Alya selalu debik Aryan :(*
terima kasih Allah atas rezekiMu ini. kalo ada rezeki lagi nanti kita cuti-cuti lagi ehh anak-anak. even short vacation tapi memang bermakna sebab memasing happy, makan pon sedap hahaha makan je yang utama ko ni kakton haha.


jumpa lagi :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...