Thursday, September 27, 2012

Sembang kak jemah :))

Salam ..

Jom sembang-sembang. lama tak merapu kikiki. banyak cerita yang menarik yang Hani nak kongsi di sini tapi kadang-kadang terfikir juga ada ke yang suka baca hihihi
Okay, pertamanya Hani bersyukur atas rezeki dariNya untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah tahun ni bonus company lebih dari tahun lepas, memang sangat-sangat gembira. macam nak terbeliak bijik mata bila dapat surat bonus dari boss hahaha macam tak percaya pon ada maklom dah lama tak dapat bonus macam ni. sebelum ni average 2-3 bulan aje. hehe mulalah berangan nak beli itu, nak sambar ini. hahhaha tapi cepat-cepat ingatkan diri yang banyak keperluan yang harus dilunaskan terutamanya Alya bakal bersekolah. registration pon dah 1k aiyohhhh .. tapi bila difikirkan, inilah gunanya BONUS kan? orang keje gomen pon dapat bonus end year sempena anak nak sekolah kan??
hihi macam tak percaya nak hantar Alya masuk school. puas juga sebenarnya nak buat pilihan nak hantar Alya school yang mana. bukan memilih atas sebab school mahal murah atau bajet bagus school yang ada nama, PASTI, KEMAS konon tak masuk list kahkahkah. okay realitinya bila dah berpindah rumah baru, kawasan pon baru memang blur nak pilih school kat sana. tapi sebab utamanya bila hubby terpaksa keje site agak jauh di Sg Besi. Hani di Denai Alam. wahh memang jauh kikikiki so end up kami decided hantar Alya school yang dekat dengan ofis Hani aje la. atleast kalo apa-apa, senang Hani yang arrange. so, kat sini ada 3 pilihan school; Smart Reader, Little Caliph & CEC RealKids. dah survey dah interview rasanya dah buat pilihan untuk si kecil kami. dia pon suka hihihi.
Berbalik kepada cerita Bonus ni, Hani percaya hujung tahun ni banyak company yang bagi bonus kepada pekerja mereka kan? wahhh ada yang shopping sakan lepas ni hihi. shopping berpada-pada ye puan-puan :))
Oh ya, Sabtu ni Alya genap 4yrs ya Allah sekejapnya masa. bagaikan baru semalam perut dibelah hahaha tapi masa betul-betul pantas sekarang. alhamdulillah Alya membesar dengan baik, nakal macam budak2 lain jugak hahhaa kena juga piat sesekali ngan mama. insyallah minggu ni plan nak adakan birthday bash Alya, pertama kali di kawasan rumah baru. ni pon tengah pening nak mikir menu. *bukan takmo buat open invitation kat sini tapi buat kecil-kecilan aje ;)))* ni pon dok mikir nak bagi hadiah untuk Alya yelah dah 4yrs takkan nak bagi bear, dolls lagi? hemm papanya dah hints hadiahnya tapi rasa macam over plak kikikiki papa memang selalu over tawww ..
oh ya ada yang tanya tentang rumah baru, insyallah next entry Hani upload 2-3 keping gambo ye. segan juga nak tunjuk rumah yang tidaklah secantik mana. cuma selesa untuk kami 3 beranak and insyallah akan bakal bertambah jika ada rezekiNya, aminnn :)))
eh tetiba ada keje plak, nanti sambung lagik.

bye :)))

Saturday, September 22, 2012

Hai sayang semua .. :))

Assalamualaikum .. salam hujung minggu untuk semua.
Hari ni baru berkesempatan update blog, itu pon sebab stay kat office sambil menyiapkan small preparation untuk birthday bash Alya, minggu depan hihi.
Tambahan pula hubby Hani berada di negara matahari terbit sekarang, semalam dah terbang ke sana untuk company trip selama 9 hari. Jadi, agak kesunyian dan dalam mengelak Alya bertanya tentang papa maka Hani mengambil kesempatan datang ke ofis, siapkan apa yang patut.
Oh ya, kat sini juga Hani nak mohon maaf banyak2 kepada mereka yang sms or call untuk bertanyakan supir di Bandung. terus-terang Hani nyatakan di sini, sejak menukar handphone langsung terlupa nak save nombor supir yang Hani gunakan semasa ke sana pada tahun 2011, Pak Ayie. And tahun 2012 bila ke sana semula Hani tukar supir, kali ni guna Pak Yono, memang superb tapi lagi superb bila Hani lupa nak save nombor dalam phone baru, sengal kan?
So, untuk next year Hani insyallah akan ke sana semula kikikiki makanya terpaksalah mengagau mencari supir2 lagik. padanlah muka kan sape suh tak save nombor kikikiki .. okay takpe, insyallah Hani tengah usahakan untuk dapatkan nombor Pak Yano. Pak Yano ni Hani gunakan masa ke Bandung pada Mei yang lepas. memang superb, memang rekemen dia ni tapi tu la masalahnya nombornya enggak ada. Insyaallah tengah mencari nombor dia. *harap2 dapat sebab puas hati sangat dengan servisnya*.
Tapi kalo ada yang nak contact Hani untuk bertanyakan tentang Bandung, boleh aje. Insyallah Hani suka sangat nak share tentang journey ke sana hihihi ni pon tak sabar dah menunggu Mac depan hihihi.
Okay sementara itu nak siapkan benda ni, kita jumpa lagi ya *apasal la asik takde idea je nih, tepu betol otak*

Thursday, September 6, 2012

Alone .. pity her

Ni tengok cinta hati mama yang main sensorang hihi ramai yg cakap kena bagi adik kat dia.
Insyaallah Alya pon will turn on 4yrs kan cuma semua ni bukan di tangan kita lainlah kalo buat cekodok tu hihi nak cekodok bilis ke cekodok udang ke boleh je buat sekelip mata kan?
Doakan Hani ye agar cepat dapat menambah bilangan ahli keluarga insyaallah
*entry semua ciput2, idea lom datang lagik hihihi

Myself *mode jakun*

Okay maybe daku agak lambat bab2 gadjet ni hihi ni tengah asyik edit picas kat instagram kikiki ni try je kalo x jadik tu harap maklom jer le kikiki Ni latest picas Hani huhu *sape add kat fb sila tinggalkan message ye* wink wink

My Alya

Salam .. Setelah lama tak menullis di sini, Hani buat come back dengan short story about Alya. Alya bakal genap 4yrs pada 29.9.2012 nih. Next year dah masuk school ;)). Sekejap je masa berlalu kan? Ramai juga yg bertanya bila nak menambah cahaya mata hihi masih belum diberi rezekiNya insyaallah kalo ada kami sekeluarga akan menerima dengan hati terbuka. Hmmm tetiba takde idea nak tulis apa bila dah terlalu lama x menulis, beku kejap. Give me a time please huhu *aiyohhh kena asah minda nihh* See there ;)))

Alhamdulillah ..

Alhamdulillah .. Setelah 2 bulan macam nak gila mencuba buka blog akhirnya hari nih Hani berjaya mencari password dan username yang betul untuk log on to blog yahoooooooo .. 2 bulan macam orang sasau mencuba, mencuba dan terus mencuba sehingga hari ini. sibuk bertanya kat kawan2 blogger, letak status kat facebook hahahhaha ya Allah terima kasih. terharu sangat sebab dah tak tahu nak buat cemana. terfikir nak buka blog baru tapi sayangnya kat blog nih sebab dah bertahun rasanya menulis walau tidaklah seaktif blogger lain tapi Hani memang sayang blog ni. inilah kehidupan Hani yang dikongsi bersama kawan2 alam maya. yang benar, yang indah, yang sedih, yang menarik, yang dukalara semuanya di dalam blog ini. Alhamdulillah .. Insyaallah Hani akan menulis lagi. banyak cerita yang nak dikongsi kepada semua kawan2 blogger yang Hani sayangi. yeahooooooo *masih belum habis gembira nih sampai tatau nak tulis apa dah kikikiki*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...