Thursday, August 26, 2010

Jemputan berbuka puasa di Blue Wave Shah Alam

Wahh sedapnya budak debab ni makan yer .. kemain elok jer guna sudu garfu bagai macam dah terer benor hahahaa .. kali ni kami dua beranak berbuka di Blue Wave Shah Alam. Jemputan dari contractor macam biasalah seperti tahun-tahun lepas. hubby tak join sebab dia ada jemputan di One World Hotel plak.

sesak betul hotel ni time berbuka. bukan takat muslim yang nak berbuka, termasuk la tourist group yang datang check in segerombolan time orang nak berbuka. adoi laaa .. ada check in maghrib cenggini. takkan la tatau muslim sebok nak berbuka. kot le 10-20 orang okay lagi ni sampai 4-5 buah bas .. pening acik tengok ramai beno manusia nak amik makanan pon kurang selesa. makanan pon biasa-biasa aje la. yang geram airnya station punyalah jauh kedaung. berpeluh pi ngambik air jer. hahahahha ..

okaylah, tu sajalah nak ngomel sket supaya hotel-hotel reti nak arrange time. harap-harapnya dorang take noted ler lepas nih ekkk .. bukan apa bila manusia terlalu ramai, tempat sesak pulak keadaan jadi sungguh tidak selesa walhal kalo tourist tu dialihkan ke waktu lain sure tempat tu peacefull je nak berbuka kannnn?? hehehe ..

jom tengok acik makan apa .. selera ntah apa-apa. tengok tu nak makan, tengok ni nak makan .. tetapi amik juga benda yang sama. hahahhaa ..


pastu acik teringin nak rasa spagetti. maklom lama tak masak benda ni. makan je la kat luar kalo teringin kan???
lepas makan, Alya yang elok-elok dok dendiam tetiba mula tunjuk perangai. dia dah nampak tangga tu pulak. aku mula le naik angin bila panggil-panggil dia buat tak reti jer. makin naik tinggi kooo ..


lepas dah buat perangai camni, memang kena balik le gamaknya. perut pon dah padat kekenyangan .. alhamdulillah rezeki berbuka di sini kali ni ..

Monday, August 2, 2010

Berbuka puasa di SDCC ..

Ramadhan kali ni hani mulakan berbuka puasa di luar atas jemputan co. di SDCC. kalo ikotkan agak malas nak pegi sebab mengenangkan hubby yang terpaksa berbuka sensorang. tetapi last minute dia terpaksa stayback kat opis so alang-alang dah kena buka sorang so pegi jugak la ke SDCC. terpaksa juga angkut budak debab ni.

tak dan nak ngambik gambo makanan sebab sebok melayan budak ni jer. lagipon makanan biasa-biasa jer takde yang luar biasa hahahah ..

entry ni just untuk 1st berbuka di luar. hehehe nampak benar kedaung takde idea kannn ..
selamat berbuka!

Sunday, August 1, 2010

Alya shopping baju raya ..

Ahad.
pepagi lagi dah bersiap. kemain ligat aku loading machine 2 kali. dah siap hanging baju, hanging tudung terus bersihkan dapo plak. pastu buat bekpes. simple jer. minum je la air nescafe ngan roti jer. sebab, dalam pala otak dah ligat memikir nak keluar gi JJ 1utama. dah buat janji nak dating ngan Ana, my biras yang dok kat Rawang tu. siapkan Alya sambil buat susu siap-siap. papanya masih dok berzikir ataih katil lagi, lepas subuh dia tido balik. ater, ari ahad kan??

Alya dah bersiap so dia kemain happy la mengambik beg bagai konon dah nak kuar walhal mak paknya belom mandi lagi ahhahaha ..
macam-macam gaya dia buat semata menunggu paknya bangun ahahha .. kesian ko Alya, pepagi buta dah kena mandi tapi mak pak ko leka je lagi berlingkar ataih katil . mementang ko kecik lagi, dorang saja je dress up ko awal2 kannn?? hihihihi ..
pot pet pot pet 80 kali barulah encek somi bangun hahahaha ..
dalam pukul 12 tengahari baru le sampai 1 Utama yang benornya tidak lah jauh mana dari rumah kami. tapi sebabkan lambat kuar rumah biasalah kan. nasib baik parking senang dapat. terus jer menonong ke GF sebab Ana dah cari tempat makan kat The Chicken Rice Shop. dah pukul 12, kebulur la perut kan?? kena la jaga perut sang somi sebab kang dia hangen sapa susah nak shopping? aku ler susah .. hihihi ..

lepas makan and settle the renewal JJ card, kami gerak ke JJ. kat tetengah concourse tu tengah sales tapi aku melilau 8 kali memang confirm takde yang berkenan di hati ahahhaa .. murah konon ko dah naikkan harga pastu ko bagi la diskaun 50% konon yer??? cehhh ..
aku ajak encek somi gi PONEY kat atas. belek-belek dapatlah baby t 2 helai untuk puteri berlian kami ni.
pastu masuk JJ semula. belek-belek semua yang ada. new arrival poney takde yang lawa, harga mencekik. MIKI plak ada yang cantik tapi takde size Alya. nak gi GAP kat new wing tapi mengenangkan kelasakan Alya yang dah buat papanya migrain, terus kensel. maybe nextweek nak gi GAP sensorang sebab nak cari seluar jeans Alya. dah tengok kat web, ada yang berkenan. 
lepas tu sambil melilau nak cari AVENT, ternampak plak timbunan ANAKKU, DISNEY, MICKEY bla bla. aku terpegang sehelai cotton blouse, nampak comel dan selesa jer kalo budak pakai. harga? buntang mata aku neok RM15 so apalagi tanpa berfikir terus sangkut kat bahu ahhahaha .. tak koser nak mikir harga semurah itu kan? lainlah kali 150 hengget hahahaha .. poyos nyer mama Alya hahaha ..
kali ni ramai betol orang. memang la tengah sales tapi takdelah sales murahan. sebab ada juga aku tengok baju tahun lepas harga still maintain. pandaila strategi dorang naikkan harga then turunkan konon2 diskaun giler-giler padahal kedaung jer. oh ya, MJ Warehouse last semalam tapi aku tak gi pon. last aku gi ari Jumaat tu ler. sempat lagi rembat household ngan baju si puteri berlian kami ni. untung ko Alya, mak ko asik belikan baju ko jer. baju mak ko pakai je la apa yang ada sadissssnyaaaa .. hahaha .. iye sangat la tu ekk ..
ni sehelai blouse kembang setaman hahahha RM15 hengget koo .. seluar tu tak silap RM17 hengget ajer. pinkish la ko Alya raya tahun ni. eh silap, tema kali ni pepel so Alya dah ada 3 helai baju kaler pepel. mak paknya? nan adooo .. hahaha ..
lepas siap shopping yang takdelah berbajet beso, kami kuar dari 1Utama. laki den senyum manjang jer sebab duit dia tak abih banyak mana pon. hahaha kemain happy ko ye bang .. takpe lepas ni kena pow laaa .. plan nak shopping cari seluar, kasut jer lagi untuk Alya ngan paknya. next trip la maybe bulan pose ker .. hahaha lagilah penat nanti tu.

singgah Giant beli barang dapo then terus balik. keletihan yang ama-amat. letih melayan Alya yang kemain hebat melasak. dah sampai umah, mandi pandai plak dia cari port nak tido hahahaha ..

sekian, acik yang penat balik shopping!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...