Hari ni tetiba dapat jemputan makan-makan tengahari. lunch occasion.
tapi kamera gedabak tak bawak. terpaksa la pecut balik rumah amik kamera.
kalo takat makan kat mekdi ke kfc ke mamak ke memang tak kose acik balik amik encek NIKON.
tapi, bila dengar Restoren Rebung .. wahhhh .. acik teruja la .. almaklom, first time nak gi makan kat sana. selalu dengar lam tv or paper ajer. nak jugek tahu apa yang special tentang restoren ni. takkan takat dengar citer orang ajek kann??
kenalkan pemiliknya? ala chef yang glemer tu. yang selalu buat program masak kueh, masak lauk time bulan pose tu. ekekkee .. Chef Ismail.
sampai kat area Bangsar, jalan jem kooo .. apa taknya dah pukul 12 lebih. time orang KL lunch tu. meraban carik parking. aku selalu lalu area ni dulu so senang la carik restoren ni takdelah sesak ke apa ekeke .. perut dah bunyik2 sebab tak bekpes. melilau carik parking. settle parking terus masuk restoren. aminnnn .. lega, sejuk nyaman ajek. duduk2 sejukkan badan sambil snap 2-3 keping picas. pastu baru tinjau2 makanan. time ni ler chefnya tengah sebok layan guest yang agak ramai. omputeh pon ado. Restoren Rebung ni dikenali dengan masakan Negeri Sembilan. masak lomak lado api. sumo berkuah yo .. ha ko, jumpa chef terus tukar slang ekekekke .. abih dah dio oghang chengkau rembau, den pulak oghang pilah. wakakakak ..
tongah paneh paneh ni sodap boto minam air sirap selasih .. sojukkkkkk .. nyamannnn .. satu jag bosa habihhh .. ekekekke .. osah sodap eaaaa ..
tengok ni oghang makan tak pandang kiri kanan. lauk-pauk boleh tahan. banyak pilihan. kalo tak tahan pedas, boleh cuba yang goreng-goreng. ikan bakar pon ado.
ni yang daku makan .. amik sayur sket, paru sket, kerabu sket.
ni ikan patin masak asam pedas tempoyak ala Pahang. memang feveret acik nihh .. (tapi acik lebih soka patin asam pedas muaaahahhaa) ..
ni ikan keli bakar cicah sambal kicap. panas lagi nih, daging pon lemak-lemak sodappp ..
lepas makan nasi pekena dessert or kueh-mueh plaks.
daku suka betul kueh onde-onde ni .. memang air tangan orang nogori boto la .. teraso gula anau eaaa ..
burppp .. alhamdulillah .. kenyang. syukur rezeki hari ni berpeluang makan di restoren yang femes ni. merasa la jugek kan. so, kepada yang belum ke sana, silalah cuba jamu selera di sini. tidak rugi kerana makanannya memang enak, banyak pilihan, lengkap dengan kemudahan dan selesa sekali ketika menjamu selera. terima kasih kepada Datuk Zainal dari Visage Co. yang sudi memanjangkan jemputan kepada daku. lain kali jemputlah lagi ye Datuk .. ekekkee ..
ni ler Datuk Zainal yang macho .. muda2 dah dapat title datuk ekkk .. maskulin betol gaya dia ..
ada le sesi bergambau dengan Chef Ismail yang memang peramah dan cukup mesra.
terima kasih Chef sudi melayan oghang nogori ni haaa ..
waahh ngan acik ekslusif kooo .. dah kato samo nogori kann .. ekekke ..
gendang gendut tali kecapi
kenyang perut senang hati ..