Salam to everyone yang singgah di blog hani .. (ada ke? hahahaha ..)
khususnya ibu-ibu yang join forum CARI @Parenting.
Gathering kali ke 3 ini dirancang sejak 2 bulan lepas.
walau sambutan agak suram atas masalah2 teknikal namun kawan2 yang datang cukup meriah.
meriah dengan mulut, kaki, tangan ekekekeke
Gathering 1 di Percint 9, Putrajaya
Gathering 2 di Taman Tasik Tiitiwangsa, Kuala Lumpur
Gathering 3 di Taman Metropolitan, Kepong
Tujuan utama gathering seperti umumnya untuk berkenalan pada yang pertama kali join, mengeratkan hubungan yg dijalin di alam maya. dan, boleh bertukar-tukar makanan yang lazat dan enak sekali hik hik hik.
okay, gambo minta ampun mintak maap kena tunggu dulu. sebab, kamera ku sudah meninggalkan dunia yg fana ekekeke ..
gambo tunggu ihsan kawan2 yang ada kamera. malay, izati, kak ina kalo baca blog ni sila email kat hani ekkk ..
(updated: tengkiu kak ina sebab email gambo. tunggu izati punya gambo plaks) ..
terima kasih kepada yang hadir; malay, mamapea, kak ina, adex, izati, calla. serta sanak-saudara dan sahabat handai yang turut sudi memeriahkan majlis. walau nampak tak ramai tapi bila mak mak berkumpul meriah memang kalah riuh burung-burung kat situ ekekekke ..
makanan pon tak kurang hebatnya. ada otak-otak gombak yang sedap. lazat siap tapau lagik ekeke. ada moist chocolate cake. ada bihun. ada keropok lekor. ada nasi lemak yang enak. pon tapau jugek. ada makanan ringan. ada jajan untuk anak2. ada air pepsi kegemaranku oh heavennya .. lalalala ..
well, ada juga jualan langsung seperti busha, gown, kemeja t dan seluar boboys.
aktiviti agak terhad sebab memasing lebih seronok makan-makan sambil bersembang. sambil makan sambil bercakap pastu minum air burpppp .. alhamdulillah kenyang ..
gosip2 artis pon ada juga masuk dalam sembang sawan ibu-ibu ekekeke ..
oh ya terima kasih kepada bibik adex yang turut membantu menjadi bibik kepada baby yang lain.
oh ya kat gathering ni jugek adnan menunjukkan giginya walau mummy nyer seakan tidak percaya ekekekeke adnan good boy. suka makan. hani suka baby yang suka makan. tandanya selera sihat. adnan, lepas ni tunjuk kat mummy for the 1st step eekk ..
ada juga kembar adex yang comel sungguh mcm anak jepon. adam, anak bujang izati yang cool. wah, jiwang betul dia duduk sambil merenung awan. anak2 dara yang tidak meragam. anak bujang kak ina yang control macho serta anak dara mamapea yang pandai berkawan. qisya pon good girl, dah pandai bawak diri. alya pon seronok jumpa ramai kawan. ada kawan baru, ada kawan yang dah kenal since 1st gathering.
okay, gambo harap-harapnya dapat cepat. mesti lagi meriah kalo ada gambo buat santapan mata anda kannn??
(updated: gambo lain akan menyusul) ..
and, walau gathering dibuat di taman metropolitan yang khas untuk bermain kite tapi ari tu takde sorang pon yang teringin nak main ekekekke .. harapkan daku, daku memang tak reti main layang2. tengok reti la hahahah ..
last but not least, harapan hani next gathering akan lebih meriah dan lebih ramai yang join.
dan, kalian tidak serik untuk sertai kami lagi.
jumpa lagi. daaaa ..