Thursday, March 25, 2010

Earth Hour 2010 ..

Holaa ..
Jangan lupa Sabtu ini kita bersama-sama menyokong Earth Hour 2010 yang bertujuan untuk menyelamatkan bumi dengan menjimatkan tenaga elektrik. sama-samalah kita memadamkan suis elektrik di rumah kita selama sejam bermula dari pukul 8.30 malam - 9.30 malam.


Ala sejam aje bergelap. bukan lama mana pon sejam tu. sempat la masak nasi, goreng ikan kembong dan buat nescafe o pastu pasang lilin sebatang sebab nak bersantap le ngan laki kita ekekeke .. lepas makan tup tup dah dekat sejam, tak terasa pon bergelap kann??



Earth Hour 2010 ini masuk tahun kedua dilancarkan. tak silap stesen NTV7 turut menyokong kempen ini pada tahun lalu. SIME DARBY turut menyokong kempen ini dengan mengadakan pertandingan fotografi. amik gambau time bergelap tu tak kira la kat mana, dengan siapa or apa saja objek. pastu bleh menang hadiah dinner untuk dua orang. dinner ni pon dalam gelap kut? ekekekke ..

sila baca email yang hani paste ini jika ada yang masih confuse apa ke bendanya Earth Hour 2010.

"Dear Colleagues,


Climate change is a reality and it is affecting us all. Climate change is caused by, among others, burning fossil fuels such as coal, oil and natural gas. Power plants used to generate electricity are among the largest users of fossil fuels. If we can reduce the amount of energy we use at home and at work, we can make a significant difference in slowing-down the impact of climate change.

At 8.30pm on Saturday 27 March 2010, we have an opportunity to make a contribution to a global effort called 'Earth Hour'. We will join people from more than 4,000 cities worldwide by switching off all our non-essential lights for one hour. Last year, 4088 cities from 88 countries took part in this movement. This year, the WWF is again targeting the participation of 1 billion people worldwide - individuals, governments and corporations alike.


We would like to encourage the Sime Darby community to take part in this initiative by doing the following:


At 8.30pm (your local time) on Saturday 27 March 2010, turn off the lights at your home.


Take photos of your darkened house and your family participating in Earth Hour; or of you observing Earth Hour wherever you are - if possible, use a camera which can imprint the time and date.


Email the picture to 'earthhour.2010@simedarby.com' by 2 April 2010, with your personal details (name, SAP ID, department/company, e-mail, and contact telephone number).


We will be creating a gallery in our portal to feature the most interesting pictures. The prize for the best entry from each country we operate in is dinner for two.


Do pass this information to your colleagues who may not receive this message.


Thank you."

Marilah kita menyokong kempen selamatkan bumi kita!

Sunday, March 14, 2010

Alya jumpa Farish!

Wallah .. horror sungguh! sungguh!
dengan adegan kejar-mengejar.
dengan taufan elnino melanda cendana.
dengan kedinginan tahap beku kutub utara.
dengan kepanasan lapisan ozon. eh apa aku merepek nehh? ekekke ..
abaikan saja. itu hanya cebisan luahan perasaan tuan tanah kedaung.
yang takde kena-mengena tak payah sebok2 meneka. baca aje.
abis tinggi mengutuk dalam hati sendiri. kann??

hemm .. teringat bekpes hari Jumaat yang indah. menu, nasi lemak buah bidara hehehe.
siap buat undian sapa kena masak apa or bawak apa.
aku kena masak sambal sotong!


so, bekpes ngan lunch makan nasi lemak.
sedap sungguh. semua habis.
alhamdulillah, semua dapat merasa nasi lemak kaum wanita kat opis ni ekekeke ..

abis cite bekpes nasi lemak jumaat.
cite hujung minggu. sabtu takde ke mana. layan tengok hindustan. 
gila lama tak duduk depan tv tengok citer hindu.
takde plan ke mana so duduk umah sajok. ujan sedap tido.

ahad baru keluar carik pasal. kebetulan Maya turun S Alam.
jumpa kat Plaza Masalam. round2 kejap then terus gi Kedai Kopi tepi masjid Shah Alam.
lepak sini sambil hujan turun rintik2.
Alya & Farish suka tengok ikan dalam akuarium. leka melayan kerenah budak berdua ni.


ni le Farish dari Melaka. lama tak jumpa.
dah lain rupanya. sebaya ngan Alya tapi Alya lagi debab ekekkee ..
jamu selera kat sini boleh tahan la.
hani cuma order chicken wing/chip saja sebab dah kenyang makan nasi kat sales office before tu.
harap2 plan nak ke Port Dickson dengan dorang hujung bulan ni jadi ler. kan farish??


antara menu yang kami order.
tengah hujan memang sedap makan walau makanan tu takdelah sedap mana ekekeke ..


ni cik Alya. dia tengah gigit ais.
memang suka betul dia kalo dapat ais. tak payah bagi benda lain.
bagi je ais, senyap la dia. tak tau le dari mana dia blajo sume ni. ikut sapa pon tak tau?
mama mana suka gigit ais, ngiluuuuu .. hiiiiiiiiiiiii ..

lepas sembang2 tak hingat donia, bawak dorang lompat2 sekejap kat parking.
puas ajak Alya balik. kemain suka dapat lari sana sini.
sempot mama nak kejor!

sekian entry di hujung minggu yang cukup seronok!

Thursday, March 11, 2010

Egokah aku?

Hemm .. ari ni Khamis. Esok Jumaat. Lusa Sabtu.
Keadaan masih sama. Beku. Dingin walo skang musim panas berdengkung.

Hanya menunggu. terus menunggu.
ku hanya berpegang pada "yg benar tetap benar".
namaku nak mengalah? oh tidak, ku bukan begitu orangnya.

tidak mengapa, kerana bukan satu dosa jika kita berdiam diri.
berdiam diri lebih baik dari bermulut puaka.

terus menunggu.

selalunya menang itu menjadi milikku. ego?
ego kerana mempertahankan yang hak.

tunggu sahaja.
nanti ku kabo sape yang menang sape yang kalah.

hik hik hik

Tuesday, March 9, 2010

Sutera batik untuk di let go ..

Aloooppp ..


Punyalah lama mencari masa untuk membuat entry ini.
lupa pon ia jugak, nak snap pictures punyalah kedaung masa.
ari ni kebetulan melenggang mak minah sambil menunggu audithor ke site ngan boss, saya duduk dendiam di opis sajok.


Ni haaa .. saya dengan rendah diri mahu meng let go sepasang kain batik sutera dari Terengganu.
memang original dari sana.


corak cantik, design pon cantik tapi sayang kainnya bercorak di kaki baju yang membuatkan ianya tidak muat di badan saya.
Sepasang 4 meter memang boleh ngam2 di badan saya yang comel ini tapi disebabkan ada corak di kaki baju/kain maka taylor saya menyerah kalah tidak mampu memotongnya untuk dibuat baju saya.
jadi saya dengan sedihnya terpaksa meng let go kain ini walo tidak rela.
nak buek cemano dah tak muat kannn??


barang siapa berminat untuk mendapatkannya, boleh la hubungi saya untuk bertanya harga 
jika malu nak reply di sini, boleh sms/call 012 228 1418.


okeh .. silalah menjamu mata anda ..

Monday, March 8, 2010

Internal Audit 2010 ..

Holaa .. hari ni start Internal Audit.
berdebar jugak sebab audithor dari department/branch/management lain.
tapi idak ler berdebar seperti SIRIM audit nanti.
masuk tahun ni, tahun kelima diaudit.
ntah napa le nasibku asik kena audit. projectnya 1 je tapi contract memang banyak.
sapa yang tak tahu, ku kabo le ye yang daku ni under DENAI ALAM's team.
sapa yang dah membeli rumah di area sini, hai buyers ..  hehehe ..

okeh .. sambil audit sambil meng update blog.
yelah, dari melanguk nunggu audithor check file baik ku dok dendiam depan pc ajek.
kut ada NCR, tunggu aje la. harapnya idak le dapat NCR eeeke ..ikot rekod alhamdulillah belom pernah dapat surat chenta dari auditor ..

semalam, Ahad.
takde ke mana.
sabtu dah berhempas-pulas kena datang opis tidy up documentations so ahad relaks je kat umah.
Alya pon okay aje lepak-lepak kat umah sebab sabtu dia pon mengikut mama ke opis.
semalam pon papa keje so takde aktiviti pon.

masak pon sempoi aje.
tak sempat nak bershopping di pasar.
lagi pon skang mood memasak takde. nak masak air pon malas ekekekek ..

semalam masak sambal telur.
racik timun buat ulam. wah syahdunya makan sempoi begini.
untuk Alya, telur bubuh kicap.
tapi dia pon sebok nak rasa sambal telur yang boleh tahan pedasnya.

sempoi tapi sedap ..
sedap kat tekak aku ler. tekak orang malas nak kuar beli lauk hik hik ..

Wednesday, March 3, 2010

Saya masak ketam ..

Salam ..
Wahhh .. udah bersawang blog ini.
tengok blog orang lain kemain cantiknya design layout, yang aku nyer ni macam ni jugek ler rupanya.
nak jugak update template tapi masalah utama adalah masa.
skang tgh busy audit. nextweek ada audit start 8hb hinggalah 11hb.
gila meng update file je skang. mana yang loose tu kenalah buat betul-betul.

selain masa, internet slow macam nenek tua berjalan. rasanya laju lagik kura-kura. ekekek ..
so, cemana nak jadi blogger kalo begini rupanya?
ekekkke .. jeles juga dengan kawan-kawan blogger lain yang aktif meng update.
nak buang sampah pon sempat update. ekekekekkeke

okay, minggu lepas punya cerita.
banyak cerita benornya tapi apakan daya tanganku tidak berupaya menulis untuk cerita semuanya.

cerita sedih, duka, lara mengatasi cerita gembira.
oh tidak, biarlah ku simpan sendiri kerna ku tahu ada yang skodeng blog ni nanti ekekekkee ..

eh jom citer pasal makan ..
lastweek encek somi membeli 4 ekor ketam. 4 ekor RM16 kooooo ..
giler mahal skang ketam ni.
susah ke nak tangkap ketam ni ekkk??
nak tunggu makan kat Tanjung Lumpur, Kuantan ntah bila la tahunnya??? ekekekek ..

Ketam goreng bercili. ala, masak sempoi je janji sedap.
paling best isinya penuh dan sedap.
maybe skang tgh bulan penoh orang tetua kata .. bersih je isinya. puas hati makan.


sempat jugak masak kuetiew goreng.
walau tidak seperti rasa di kedai atau kopitiam, encek somi tetap kata sedap.
iyer ler kang kalo komplen lebih2 mau bininya takmo masak dahhh .. hik hik hik
ekceli kuetiew ni kekurangan sesuatu iaitu minyak bijan.
barang siapa ada resepi istimewa kuetiew sila hubungi hani okehhh ..


okeh la .. daaaa ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...