Friday, August 28, 2009

Metrojaya Warehouse sales come back ..

Yuhhuuu .. ekceli ini back dated post.
suppose update bape minggu lepas tapi apa kan daya terpaksa admitted plak.
so, kalo ada sesapa yang teringin nak tengok rembatan hani di MJ, boleh le singgah di blog ini.

jom le neok hasil rembatan kali ini.
kalo ikutkan frust juga sbb warehouse kali ini tak bape banyak pilihan.
tanya kat promoter, dia kata sebab vendor tak ramai kali ni.
maybe sebab vendor ke warehouse lain plak.
maklom skang banyak benor warehouse.
warehouse kat opis neh jek yang tak buat sales hahahhaha ..

tapi puas ati juga sebab menda yang hani aimed ada .. yeaa ..
almost baju budak debem tuu ..

ni ler budak debem ..
dtg opis mama, abis segala mende dia punggah.
punggah punggah masuk mulut huisssshhh ..

Gymboree long t shirt .. RM13.00

Disney t shirt .. sepasang RM11-RM13

baby T, harga dari RM5.00 hingga RM7.00 .. murahh kannn?? ada disney, ada pooh classic. ada gak made in Brunei (yang colorfull tu) ..

Mothercare track RM13.00, shorts RM7.00 (made in Brunei .. belasah jek)

Disney skirt and pants, RM15.00 (each) ..

Romper GAP (9.00), overall world of cartoons (WOC) RM15.00, pants (WOC) RM13.00.
Disney gown, RM15.00 each. yang pink tu tak ingat brand apa, RM7.00

okeh, itu je la belian di warehouse.

puas hati le sangat sebab harga boleh tahan murah ..
untuk raya, ada le 2-3 helai gown yang dah disimpan siap-siap.
takut hani terpakaikan kat Alya before raya hahahaa ..
jumpa lagi!

Alya suka makan ..

Yuhuuu .. Ramadhan 7 kita semua berpose.
kejap je dah seminggu. tinggal lagi 3 minggu nak sambot raya ehhh ..

semalam masak lagi. rajin juga skang neh masak.
maklom nak pi pasar ramadhan tu bercinta hahaa ..

hemm .. semalam berbuka dengan ayam masak kurma.
Alya pula makan sup daging campor kentang.
berselera dia makan. suka hati mama neok dia makan.
atleast nak ganti balik 3 minggu yang lepas. yelah, riso juga bila ada yang kata Alya nampak susut. takut le kurang zat ke vitamin ke hahaa ..

nih budak debem sedang lepak kat highchair sambil nunggu mama hidang untuk dia.


Ayam masak kurma. nak buat jelatah tapi mama lupa plaks nak beli bahan2 nya .. takpelah, makan je la apa yang ada .. hik hik ..


nih sup daging Alya. kelip kelip mata dia kunyah daging yang agak liat .. hahahahhaha ..


itu le aktiviti berbuka semalam. nanti rajin tepek lagi.
daaaa ..





Thursday, August 27, 2009

Berbuka berdua ngan Alya ..

Salamm ..
Seronok skang sebab time berbuka pose berdua ngan Alya.
kalo tak, sensorang je la berbuka kat sini uwaaaaaa ..
dia skang suka makan apa yang mama makan so senang le nak suap dia.
masak siap2 then suap kat dia so time berbuka dia relaks je temankan mama.
so far nampak alya suka nasi berlauk ayam goreng or ikan goreng.
ari tu wat fillet fish, mmg dia suka.

semalam buat mee goreng dan sandwich tuna.
wahhh, ni menu baru alya nehhh .. dia suka nampaknya.
maybe sbb ada mayonise dan salad.
before ni asik makan kentang jek.
seseali tuko selera memang sedap sungguh dia makan.
yg penting mama yg masak, bersih dan berkhasiat.
entah nape since wabak h1n1 ni, makin malas nak singgah pasar ramadhan.
ari tu pi pasar ramadhan dekat stadium tu, takde yg menarik hati pon.
bukan apa, kalo beli tak sedap, frust je rasa. baik masak sendirik, puas ati.
then, kena pikir berpuloh kali kalo nak singgah pasar ramadhan nehh ..
yelah, nak mendukung alya lagi, ngan nak beli kueh mueh lagik .. ooo .. tidakk ..
dah le mama baru okay dari lelah, nanti lelah lagi sapa susah? kekekeke ..

ni le menu semalam .. sandwich tuna ..
simple, sedap dan mudah dibuat ..
hehe .. sedap tu kat tekak sendirik ler .. hahaha

neh mee goreng.
tekak teringin nak makan mee goreng.
last year, ari ari berbuka ngan mee.
time tu tengah preggy. mmg berselera bila neok mee. mee, roti jala, popia.
ni ler 3 menu yang dibeli or dibuat tiap2 ari pose.
maybe sebab masa tu tengah preggy kut hehee ..


haaa .. Alya skang dah 10 months ++. lagi bape ari genap 11 months.
kejap je rasanya dah nak setahun budak mok mok nehh ..
rasa mcm baru je kena operate hahaha ..
skang dah menapak 2-3 langkah tapi Alya malas, asik nak lepas tangan je kunun dah terror le tuuu .. mulut pon banyak bunyik .. mama .. papa ..
mmg feveret le dia sebot hahahahaa ..
cuma since batuk ari tu, badan dia mcm susut (ni orang yg ckp tauu).
maybe sbb lebih 3 minggu dia batuk.
alhamdulillah, skang dh okay.
alya ni senang kalo bagi makan ubat.
tadah mulut siap2 bila nampak mama bawak bekas ubat tuuu .. my good girl!


Tuesday, August 25, 2009

Salam Ramadhan 1430H ..

Salam Ramadhan 1430H ..

Pertama kali menyambut Ramadhan sebagai seorang ibu.
Hari pertama bangun sahur dan memasak untuk encek somi.
maklom tahun lepas, encek somi berpose di Kedah sorang2.
yang hani plak bersahur, berbuka sorang2 kat sini.
dah tu, tengah sarat mengandung plak. memang mencabar sungguh tahun lepas!
tapi, paling seronok dalam kehidupan kami somi isteri bila Alya dilahirkan 2 hari sebelum hari raya, 29.09.2009 bersamaan 29 Ramadhan 1429 .. alhamdulillah ..

Sahur pertama. masak simple2 je untuk encek somi yg terlebih excited nak bersahur.
kebetulan adik ipar, Nik datang ke rumah, tambah meriah di subuh2 yg hening itu hehe ..
Alya tido so aman le sket bersahur.

lepas sahur terus siap2 nak balik kg, K Pilah.
plan nak berbuka hari pertama dengan emak.
kesian emak, dia tinggal seorang jek. kalo tak balik kang, dia buka le sensorang .. uwaaa ..

oh ya terlupa nak cerita.
jumaat, 14hb hani admitted. sempot. ala, penyakit biasa ku itu.
tiap tahun confirm masuk sepital kalo terlebih berjalan.
ni le padahnya pi MJ warehouse 2 hari sebelumnya itu hahaha.
ekceli batuk pon dah lama benor, dekat 2 minggu, tambah lagi skang ada haze.
lagi le senang dpt asma ku itu .. org pon dh tak heran kalo hani kena asma attack.
mmg every year admitted. hahahaa ..

so, admitted di Selangor Medical Centre selama 4 ari.
ekceli patutnya ke SJMC tapi disebabkan sana ada separated ward untuk H1N1 so hani takmo le ke sana. lagi pon dh penah admit kat SMC before neh so okay le ke sana jek.

before admitted, kena wat swab test.
kena le jolok anak tekak tu nak amik sample tisu.
sakit woooo .. tunggu hampir sejam baru dpt result, alhamdulillah negatif!
tapi penantian sejam tu mmg penuh berdebar. first time neves giler.
tak penah neves gini. mula2 relaks je, sekali dengar doc kata "positif" kat patient bilik sebelah. kena rushing ke hospital gomen kalo positif. uwaaaa .. lagi le sedih ..

dah tu boss masuk tengok hani ngan mask penoh muka. mula le rasa sedihnyaaaa ..
tapi tak lama lepas tu nurse, doc datang bg result. yes, negatif!

tapi bila warded, alya takleh dtg jumpa mama.
kanak2 bawah 12tahun, ibu mengandung & org tua tidak dibenarkan masuk ke kawasan hospital melainkan untuk rawatan.
uwaaaa .. sedihnya tak dpt jumpa anak mama!

Jumaat, Sabtu, Ahad & Isnin.
hani mengira hari untuk balik ke rumah. I miss my baby!
nasib le doc check wheezing mcm dh ok sket so boleh le discharged!
batuk ada lagi tapi
dapat MC seminggu. papa alya pon cuti lama kali ni, nak jaga mama le kunun hehehe ..

so, kami sekeluarga dpt le menyambut hari pertama berpuasa bersama-sama. Seronok.
okay, nanti sambung lagi. maklom baru masuk kije setelah lama bercuti.

tata

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...