Monday, November 16, 2009

Alya; Sogo sales 12-15 Nov ..

Salam ..
Wah .. kejap je dah nak masuk akhir tahun. Minggu depan dah nak sambut raya haji.
berkemungkinan besar tahun ni sambut raya haji di Kuala Krai huhuhu ..


Sebut ujung tahun, biasalah memanjang je ada sales kan? lastweek ada Sogo member sales.
hani beria nak pegi sebab nak carik sleepwear Alya.
maklom dah lama tak membeli baju tido.
baju tidonya banyak 6-12 bulan so makin sendat la sebab Alya kan size US hihihi ..


Dok sms ngan biras di Rawang, dia pon nak ikot katanya, nak membeli sleepwear gak sebab nak balik Kelantan bulan ni. skang kan musim hujan. memalam sejuk so takleh la nak pakai short ajek. hehehe ..


Sabtu. Papa Alya kerja so pergi berdua je ngan Alya, macam biasa. hehe ..
On the way ke Sogo baru teringat satu soklan bijak pandai. Eh, nak masuk sales ni kena ada Sogo cards ke? waduhh .. so, bersms ler dengan pelanggan tetap Sogo hehe. dia kata boleh masuk guna Maybank cc kalo Sogo card takdek. Eh .. ai ada Maybank cc TAPI ai kan dah berazam takmo gores dan menang kad ittew? almaklom ai baru je berjaya menghabiskan maksimum payment, Syabas untuk diri ai!!


So ai terus je naik 7th floor, gi ke customer service and register. Bayo RM24.00 untuk 2yrs fees and dapatlah free gift berupa beg make up (simpan duet syiling pon boleh gak) huhu .. ada banyak benefit rupanya since kita join S cards ni. Ari sabtu tu hani berjaya dapat 3 jam percuma parking. ini pon sebab combine resit ngan biras sebab dia yang banyak shopping hehehe ..





Dah siap kad, terus le terjah Sogo member sales tu. lebih kurang macam kat Metrojaya warehouse gak tapi orang takdelah ramai benor. Apalagi dah niat nak mencarik baju tido so terus le selongkar timbunan baju bajan ajek.


ni ler hasilnya setelah membelek dalam sejam lebih. Alya tengah tido masa ni so memang aman le membelek, menyelongkar bagai hehe .. tapi yang tak bestnya ada ke patut pi letak ataih stage baju bajan yang memurah tu .. terpaksa la acik mengangkat stroller Alya ke atas. haaa .. melopong orang neok huhuhu .. sib baik stroller hat 5kg ajek kannn .. hehehe ..




Dengan hanya RM65.00 hani berjaya mendapat 4 pasang baju tido, sepasang t shirt/short, 2 helai loose t shirt (baju tido takdek seluar), sehelai t shirt. kira okay la kannn ..


tengok le anak dara ku sudah bergaya dengan baju tido murahan dari Sogo kekekeke ..





nasib baik amik 2 size. 12-18mth & 18-24mth. sebab anak dara ku ittew size USA hehehe .. kira okayla materialnya, padan le ngan harganya sebanyak RM11.92 itteww ..


Ni, Alya kata "Satu Malaysia"  hahahahahhaa ..
skang dia dah boleh faham if mama say "one two three .."
hari hari berzikir satu dua tiga kat dia. maybe tu yang cepat faham kut hehe ..





Alya latest .. 1 year 1 months ++ ..






Okies, jumpa lagik!

Monday, November 2, 2009

Alya & new toys ..


Salam ..
Wah .. anak dara mama sudah setahun 1 bulan. Alhamdulillah .. kejap je rasanya.
belom puas melihat dia meniarap, merangkak dan menggomol sesuka ati.
udah makin besor gini, makin tidak mahu dipeluk digomol sesuka hati mama kekeke ..

semalam ke rumah Ila sempena besday Adam & Addin.
pergi pon dah lewat, maka sampai pon lewatlah juga.
mohon maap gambonya idak ada kerna kamera tertinggal dalam kete.
kebetulan masa tu hujan lebat so turun bawak badan yang montel ini sajok hahaa ..

konon kalo sampai awal bolehla mengekor malay ke warehouse mydear di puchong tapi apakan daya mama dan papa begitu hebat jalan cheras so terlambat la kami sekeluarga begitu juga matun yang mengfollow kami hahahaha ..
maka tidak kesampaian la hajat mama mahu membeli belah di warehouse yang kabo nya murah gilerr ..

lepas chit chat sambil makan sampai sendat perut, maka kami 2 kereta ini mohon diri.
hujan masih renyai2.
on the way balik papa sebut2 nak belikan alya beskal.
mama pon tengah berfikir beskal bagaimanakah idaman hati papa untuk anak daranya ini? mama pon takdak idea sebab idea dah hilang bila tak dapat ikot malay huhuhu ..

papa chit chat tetiba dah sampai sungai buluh.
kat situ banyak kedai kedai apek jual beskal. macam2 jenis, kaler dan bentuk sampaikan mama takdak idea nak pilih yang mana satu. ada yang berkenan tapi harganya boleh buat downpayment myvi huhuhu ..
hihihi beskal untuk alya tapi papa dan mama yang excited lebih hahahaha ..

so pilih pilih pilih akhirnya papa berkenan yang ini (seperti di dalam gambo di atas).
terus sms malay tanya harga mydear. mintak kurang ngan cina apek tu sambil kata kat mydear tgh sales. apek tu kabo, beskal ni pon cap mydear and dia pon amik kat sana hahaha ..
so lepas tu dia bagilah harga yang logik, rm120.00 dari rm190.00.
okaylah sebab malay kabo kt mydear rm85.00 beza rm35 jek.
ekceli nak sedapkan ati mama je kata boleh la kalo banding masa, minyak and toll nak ke puchong.
papa pon mcm bersetuju ajek ngan mama huhu ..

so malam tadik alya dengan gumbiranya sudah menaiki beskal ini bersiar-siar di dalam umah yang sekangkang kera itu huhuhu ..



okey, sekian cerita kembara membeli beskal baru untuk Alya ..
okeh bebeh, happy driving!

Friday, October 2, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H ..

Salam Aidilfitri buat semua kawan kawan yg singgah di blog Hani.


mood raya kejap ada kejap takdek hehe

tambahan pula raya ketiga dah balik ke shah alam sebab papa Alya start keje ari khamis

so mmg mood raya tu macam dah hilang.


raya tahun ni mcm tak bape best je. maybe sebab ekonomi tak bape bagus.

bonus kuar before raya tapi ciput je. tapi, syukur le sbb ada juga bonus kannn ..

dari takde bonus kannn ..


jap nak paste gambo alya pakai baju raya ..


Friday, August 28, 2009

Metrojaya Warehouse sales come back ..

Yuhhuuu .. ekceli ini back dated post.
suppose update bape minggu lepas tapi apa kan daya terpaksa admitted plak.
so, kalo ada sesapa yang teringin nak tengok rembatan hani di MJ, boleh le singgah di blog ini.

jom le neok hasil rembatan kali ini.
kalo ikutkan frust juga sbb warehouse kali ini tak bape banyak pilihan.
tanya kat promoter, dia kata sebab vendor tak ramai kali ni.
maybe sebab vendor ke warehouse lain plak.
maklom skang banyak benor warehouse.
warehouse kat opis neh jek yang tak buat sales hahahhaha ..

tapi puas ati juga sebab menda yang hani aimed ada .. yeaa ..
almost baju budak debem tuu ..

ni ler budak debem ..
dtg opis mama, abis segala mende dia punggah.
punggah punggah masuk mulut huisssshhh ..

Gymboree long t shirt .. RM13.00

Disney t shirt .. sepasang RM11-RM13

baby T, harga dari RM5.00 hingga RM7.00 .. murahh kannn?? ada disney, ada pooh classic. ada gak made in Brunei (yang colorfull tu) ..

Mothercare track RM13.00, shorts RM7.00 (made in Brunei .. belasah jek)

Disney skirt and pants, RM15.00 (each) ..

Romper GAP (9.00), overall world of cartoons (WOC) RM15.00, pants (WOC) RM13.00.
Disney gown, RM15.00 each. yang pink tu tak ingat brand apa, RM7.00

okeh, itu je la belian di warehouse.

puas hati le sangat sebab harga boleh tahan murah ..
untuk raya, ada le 2-3 helai gown yang dah disimpan siap-siap.
takut hani terpakaikan kat Alya before raya hahahaa ..
jumpa lagi!

Alya suka makan ..

Yuhuuu .. Ramadhan 7 kita semua berpose.
kejap je dah seminggu. tinggal lagi 3 minggu nak sambot raya ehhh ..

semalam masak lagi. rajin juga skang neh masak.
maklom nak pi pasar ramadhan tu bercinta hahaa ..

hemm .. semalam berbuka dengan ayam masak kurma.
Alya pula makan sup daging campor kentang.
berselera dia makan. suka hati mama neok dia makan.
atleast nak ganti balik 3 minggu yang lepas. yelah, riso juga bila ada yang kata Alya nampak susut. takut le kurang zat ke vitamin ke hahaa ..

nih budak debem sedang lepak kat highchair sambil nunggu mama hidang untuk dia.


Ayam masak kurma. nak buat jelatah tapi mama lupa plaks nak beli bahan2 nya .. takpelah, makan je la apa yang ada .. hik hik ..


nih sup daging Alya. kelip kelip mata dia kunyah daging yang agak liat .. hahahahhaha ..


itu le aktiviti berbuka semalam. nanti rajin tepek lagi.
daaaa ..





Thursday, August 27, 2009

Berbuka berdua ngan Alya ..

Salamm ..
Seronok skang sebab time berbuka pose berdua ngan Alya.
kalo tak, sensorang je la berbuka kat sini uwaaaaaa ..
dia skang suka makan apa yang mama makan so senang le nak suap dia.
masak siap2 then suap kat dia so time berbuka dia relaks je temankan mama.
so far nampak alya suka nasi berlauk ayam goreng or ikan goreng.
ari tu wat fillet fish, mmg dia suka.

semalam buat mee goreng dan sandwich tuna.
wahhh, ni menu baru alya nehhh .. dia suka nampaknya.
maybe sbb ada mayonise dan salad.
before ni asik makan kentang jek.
seseali tuko selera memang sedap sungguh dia makan.
yg penting mama yg masak, bersih dan berkhasiat.
entah nape since wabak h1n1 ni, makin malas nak singgah pasar ramadhan.
ari tu pi pasar ramadhan dekat stadium tu, takde yg menarik hati pon.
bukan apa, kalo beli tak sedap, frust je rasa. baik masak sendirik, puas ati.
then, kena pikir berpuloh kali kalo nak singgah pasar ramadhan nehh ..
yelah, nak mendukung alya lagi, ngan nak beli kueh mueh lagik .. ooo .. tidakk ..
dah le mama baru okay dari lelah, nanti lelah lagi sapa susah? kekekeke ..

ni le menu semalam .. sandwich tuna ..
simple, sedap dan mudah dibuat ..
hehe .. sedap tu kat tekak sendirik ler .. hahaha

neh mee goreng.
tekak teringin nak makan mee goreng.
last year, ari ari berbuka ngan mee.
time tu tengah preggy. mmg berselera bila neok mee. mee, roti jala, popia.
ni ler 3 menu yang dibeli or dibuat tiap2 ari pose.
maybe sebab masa tu tengah preggy kut hehee ..


haaa .. Alya skang dah 10 months ++. lagi bape ari genap 11 months.
kejap je rasanya dah nak setahun budak mok mok nehh ..
rasa mcm baru je kena operate hahaha ..
skang dah menapak 2-3 langkah tapi Alya malas, asik nak lepas tangan je kunun dah terror le tuuu .. mulut pon banyak bunyik .. mama .. papa ..
mmg feveret le dia sebot hahahahaa ..
cuma since batuk ari tu, badan dia mcm susut (ni orang yg ckp tauu).
maybe sbb lebih 3 minggu dia batuk.
alhamdulillah, skang dh okay.
alya ni senang kalo bagi makan ubat.
tadah mulut siap2 bila nampak mama bawak bekas ubat tuuu .. my good girl!


Tuesday, August 25, 2009

Salam Ramadhan 1430H ..

Salam Ramadhan 1430H ..

Pertama kali menyambut Ramadhan sebagai seorang ibu.
Hari pertama bangun sahur dan memasak untuk encek somi.
maklom tahun lepas, encek somi berpose di Kedah sorang2.
yang hani plak bersahur, berbuka sorang2 kat sini.
dah tu, tengah sarat mengandung plak. memang mencabar sungguh tahun lepas!
tapi, paling seronok dalam kehidupan kami somi isteri bila Alya dilahirkan 2 hari sebelum hari raya, 29.09.2009 bersamaan 29 Ramadhan 1429 .. alhamdulillah ..

Sahur pertama. masak simple2 je untuk encek somi yg terlebih excited nak bersahur.
kebetulan adik ipar, Nik datang ke rumah, tambah meriah di subuh2 yg hening itu hehe ..
Alya tido so aman le sket bersahur.

lepas sahur terus siap2 nak balik kg, K Pilah.
plan nak berbuka hari pertama dengan emak.
kesian emak, dia tinggal seorang jek. kalo tak balik kang, dia buka le sensorang .. uwaaa ..

oh ya terlupa nak cerita.
jumaat, 14hb hani admitted. sempot. ala, penyakit biasa ku itu.
tiap tahun confirm masuk sepital kalo terlebih berjalan.
ni le padahnya pi MJ warehouse 2 hari sebelumnya itu hahaha.
ekceli batuk pon dah lama benor, dekat 2 minggu, tambah lagi skang ada haze.
lagi le senang dpt asma ku itu .. org pon dh tak heran kalo hani kena asma attack.
mmg every year admitted. hahahaa ..

so, admitted di Selangor Medical Centre selama 4 ari.
ekceli patutnya ke SJMC tapi disebabkan sana ada separated ward untuk H1N1 so hani takmo le ke sana. lagi pon dh penah admit kat SMC before neh so okay le ke sana jek.

before admitted, kena wat swab test.
kena le jolok anak tekak tu nak amik sample tisu.
sakit woooo .. tunggu hampir sejam baru dpt result, alhamdulillah negatif!
tapi penantian sejam tu mmg penuh berdebar. first time neves giler.
tak penah neves gini. mula2 relaks je, sekali dengar doc kata "positif" kat patient bilik sebelah. kena rushing ke hospital gomen kalo positif. uwaaaa .. lagi le sedih ..

dah tu boss masuk tengok hani ngan mask penoh muka. mula le rasa sedihnyaaaa ..
tapi tak lama lepas tu nurse, doc datang bg result. yes, negatif!

tapi bila warded, alya takleh dtg jumpa mama.
kanak2 bawah 12tahun, ibu mengandung & org tua tidak dibenarkan masuk ke kawasan hospital melainkan untuk rawatan.
uwaaaa .. sedihnya tak dpt jumpa anak mama!

Jumaat, Sabtu, Ahad & Isnin.
hani mengira hari untuk balik ke rumah. I miss my baby!
nasib le doc check wheezing mcm dh ok sket so boleh le discharged!
batuk ada lagi tapi
dapat MC seminggu. papa alya pon cuti lama kali ni, nak jaga mama le kunun hehehe ..

so, kami sekeluarga dpt le menyambut hari pertama berpuasa bersama-sama. Seronok.
okay, nanti sambung lagi. maklom baru masuk kije setelah lama bercuti.

tata

Monday, July 27, 2009

Alya; a very busy shopping's week ..!

Salam ..

Syukur atas rezekiNya walo tidak sebanyak mana.
Increment 5% untuk tahun ini walau dlm kegawatan ekonomi.
Alhamdulillah.

Hemmm .. Sabtu lepas bawak rombongan ke SOGO.
kebetulan cousin keje di sana and leh dpt % lagi lepas %. berganda youuu ..
tapi mmg tak plan nak shopping sakan sbb dah janji ngan papa Alya, next next nak pegi lagik ..

jom le neok hasil belian.
itupun kelam kabut memilih sbb Alya buat hal.
dengan jerit pekiknya, pastu takmo dok lam stroller pulak.
pastu takmo kat orang plakkk .. adehhh ..!

dr umah dah aimed nak beli overall seluar panjang, jeans 3 quarters and t shirt.
so mmg dpt le kehendak hatiku ittewww .. kehendak mama yer ..
bukan kehendak Alya .. kekekeke ..

ini overall jeans seluar panjang. puas mencarik.
PONEY takdek. jumpa Anakku tapi tak bape berkenan tapi pegang gak, let say takde grab je la. lastly jumpa kat KIKO. ok, puas hati walo harga mmg fuhhh .. hehe ..

yang ni GYMBOREE dress A line.
ni kebetulan terjumpa sambil beratur nak bayo kt kaunter.
nampak cantek so amik je. mmg tak pasan brand GYMBOREE mulanya.
nampak mcm okay je rembat je laaaa ..
harga mmg okay lepas diskaun. thanks to auntie sar yang belikan untuk Alya.
murah rezeki Alya .. aminnn !!


haaa .. ini ler jeans 3 quarter idaman hati.
ari tu neok kt JJ, Butik PONEY tapi takdek %. gile ke apa jeans budak je dah 70 hengget.
mama pon takde jeans semahal nehhh Alya oiiiii .. hahaa ..
tp beli kt SOGO dpt le 40% kira okay sangat tu yer .. hahah ..


Pastu berkenan ngan T Shirt KIKO. nampak cute jek.
harga ok ler, mampu milik hik hik ..
so itu je la 4 hasil belian di SOGO, selepas shopping selama 6 jam dengan kakak2 ku ittew ..
best sgt sbb dh lama tak ke sana.
tapi yg paling penting mama Alya berjaya menahan napsu untuk bershopping sakannn .. yeahhh ...
oh ya, ni belian yg dikirim dari seorang kakak exec di opis.
kebetulan dia ke Bandung bulan lepas.
okay juga hasilnya, cuma kena tunggu Alya beso sket le baru leh pakaii ..

yang neh plak, papa Alya belikan.
1st time beli gown tuk anak dara dia. okay la taste papa ehhh ..
nih brand STRAWBERRY SHORTCAKE. simpan stok rayaaa ..
yang neh plak baby t PONEY offseason, rm9 jek.
giler murahhh kannn .. ada sehelai lagik wane dark pink tapi Alya dah pakai.
ni kat offseason butik PONEY kat old wing JJ 1U. muraaaaahhh ..
ada beli 2 pasang stokin, pink and blue. blue dah selamat di pakai dek Alya ..

okay, itu je entry kali nehh ..
mmg dah lama tak shopping baju tuk Alya.
ni pon simpan tuk raya.
jgn nak ngengada pakai baju baru semedang Alya oooooiii .. hahahaha ..
sian Alya, bukan tau apa pon, mama je lebih lebih kannn ..
sayang anak mama yg very behave bila mama shopping.
good girl sbb tak meragam cuma kena tahan le ngan jerit dia yg ala ala kena cubit tuuu .. haha ..
tata ..

Friday, July 24, 2009

Alya; minggu ini kurang sihat seadanya ..!

Yuhuuu ..

Rabu petang, masa amik Alya, bbsitter kasik tau Alya demam.
mmg agak suam suam panas bila rasa so shoot to clinic. doctor kt demam.
dpt le mc (dengan alasan mau cuti dok umah jaga anakku ittew).

balik dr klinik, Alya muntah. kebetulan singgah petronas mau isi minyak.
aiyoook, abes tudung mama. selamba je bukak, tinggal anak tudung sajok. abes, takkan mau pakai tudung yg sudah kena muntah ittewwww? .. kekekek ..

sampai umah, bg Alya ubat yg doc suh bg. sampai kul 2 pagi tak tido, sbb takut terlajak 4 jam. doc kata tiap 4 jam kena bg ubat demam. alhamdulillah, pukul 2 tu Alya bangun sambil cakap "mamaaaaa .." agaknya dia lapar .. so buatkan susu then bg ubat. rasa dahi sudah sejuk mcm biasa. tapi kena concern jugak sbb dia kan baby lagi ..

sambung tido then bangun pagi Alya sudah panjat itu baby cot. itu tandanya dia sudah sihat le ..
and dia sudah jerit jerit "haaaaaaaaaa .. haaaaaaaaaaa .." petanda dia riang gumbira. hahhaa ..
tapi naluri ibu ni, walo mcm dh sihat tapi tak sampai ati nak anto pi umah bbsitter kannn ..
so, semalam tetap le mc ..

alamak, lupa mau snap itu baju bajan yg dibeli, yang diberi and yang dikirim dalam sebulan lepass .. maklom busy mengalahkan bini najib ..muakakaka ..

so, tunggu le 2-3 ari neh baru ku tepek baju bajan itu yehhh ..

tata ..

Monday, July 13, 2009

Alya; outing with pa&ma ..




Salamm ..
Alahai kekoknya nak apdet kat sini.
yelah, biasa kat fp. fp tu best sebab leh letak gambo besau besau kekekekek ..

oh ya ni nak letak gambo Alya latest. latest tak latest, 06.07.2009 ari tu le.
kebetulan masa tu masih mc lepas wat minor surgery.
mc tapi berjalan mcm org sihat kui kui ..

ekceli pi pejabat pos giant, papa nak renew lesen.
ada ke lupa nak renew padahal bawak kete serata alam? hahaha ..

lepas tu lepak KFC, saja bawak Alya.
Alya suka whipped potato.
mmg nampak sgt dia suka sbb bila bg coleslow, mmg dia tolak tolak sudu tuh hahah ..

eh nampak ke gambo anak dara saya neh?
papa le tu bawak dia naik menatang kt luar KFC tu ..

naik tu kununnya duduk je la, sekali pegang menatang tu bergerak haaaa amik ..
sebbaik tak jatuh budak mok mok tu hahaa ..

lepas lepak kat giant, merantau plak ke 1 Utama.
puncanya, nak carik jeans baru untuk Alya.
PONEY jeans tu dah sendat. tapi hani mmg suka 3 quarter pants nih, comel je nampak ..

sekali pegi JJ, takde size plaks.
yg ada, hani tak berkenan. harga pon tak berkenan hahha ..

jalan jalan jalan sampai le ke PONEY butik.
pon takde sbb dah new season.
sekali dorang kt PONEY dh buka new outlet untuk offseason kat old wing.
cehhh wat penat je jalan ke new wing tu.
tapi sempat la buat member card PONEY.
then terus jalan jalan jalan carik new outlet PONEY kat old wing, tempat mula2 sampai td. mmg banyak baju murahannn.
5 hengget pon ada .. apalagi, mama giler ler memunggah.
pilih punya pilih dpt le 2-3 helai baju T. next post baru letak sbb lupa nk amik pic, okehh?

Thursday, July 9, 2009

Alya; walker n ride playskool ..





ehmm ..
just nak share ler experience mama mencarik barang branded tetapi MURAH.
hahahha ..
ekceli hani berkenan nak belikan Alya, walker n ride nehhh ..
tu pon pas terjumpa kat econsave.
takdelah branded. cap pon takdek .. hahaha ..
tapi comel la ..

lepas tu mula terfikir fikir mana nak carik sbb yg kt econsave tu display unit je.
tu pon dah rosak so decide nak carik kt jj.
sekali kat jj sume fisher price yg regenya mencekik leher mama Alya nehh .. hahaha ..
tapi hani kuatkan semangat.
pegi menjelajah giant, tesco, hero dan segala tok nenek pasaraya.

jumpa le playskool kt tesco extra.
tapi, display set je tinggal. tu pon tak cukup eksesori.
kotak pon takdek. alahaiii .. sedih .. sedih ..

lepas tu mama Alya merantau ke tesco seksyen 13 plaks. takdek
pastu singgah tesco sban masa balik kg. takdek
adoiii .. lastly pi tesco mutiara damansara. tesco ke 4 ..
haha ..
mula tu supervisor kata takdek, udah abes.
cari kt dedua dept. hard dept/baby dept. takdek.
dia suh hani isi form pre order.
tapi kena order lebih dr 1.
okaylah, order 2. bleh bg kawan alya, farish gak.
tp manager kata kena order banyak2.
adoii .. takkan nak order 1 kontena.
mau hani kena buka blog lelongggg .. haha ..

tetiba manager tu pi stor.
dalam 20 minit dia kat dalam stor
tetiba dia kuar ngan kotak yg hani idam idamkann ..
yahoooo ..

dengan harga cuma RM32.48, dapatlah walk n ride PLAYSKOOL.
wah branded gituuu ..
ramai tak percaya harganya semurah itu sebab kt TOY R US pon RM139.00.
percayalah, mmg hani beli dengan harga 32.48 tu.
papa Alya pon tercekik neok harga tu kat TOY R US.
dia kata syabas mama sbb berjaya mencari harga yg reasonable hehehe
yelah, mama Alya ni bukannya kaya raya nak bg anak mainan yg memahal kannn ..
beli yg murah murahhh jer ..
alhamdulillah, rezeki anak hani le kut ..

Alya; at home ..





Salamm ..
ehmmm .. apa lagi mau citer?
oh ya, since baru abes mc lepas minor surgery, mama kembali sebok ngan kije.
Julai sebok ngan PRIME MINISTER HIBISCUS AWARD.
apa mende neh?
ehmm .. ni untuk awarded project mama, DENAI ALAM.
so, sebok sket. kesian Alya.
balik kije, mama kdg2 penat. tak terlayan kerenah anak dara ini.
Alya dah makin lasak. merangkak, bertatih ke sana ke mari.
nasib baik belom terror memanjat.
kalo terror, mau mama nanges hahaha ..
apa tidaknya, skang ni pon dah tak larat nak mengejor budak mok mok nih.
kalo pandai manjat nanti, mama kenalah beli something yang sesuai untuk dia.
tgh pikir nehh ..
hemm .. mama nak exercise, dia pon tumpang sekaki.
sudahnya, mama kensel nak exercise.
tu yg tak slim slim hahahahha
alasannnn .. kann??

Alya; 9 months ..



haluu ..
nak update kisah Alya ..

Alya skang dah 9 bulan. kejap je rasa.
Gigi ada 3 batang. 1 batang ataih, 2 batang kat bawah.
and, sudah pandai bertatih 2-3 tapak. tapi jatuh gak kekadang tuhh ..

paling best bila Alya sudah pandai panggil papa .. "papa oo papa .. "
mula tu pelik gak dengar dia pangge gitu. tapi lelama rasa cute plaks ..
hahha ..

jom le neok gambo anak dara saya ini ..

1st posting ..

Salammm ..

ayoyo .. sudah beralih ke blog pulakkk ..
hemm .. fotopages sudah kena blocked.
kejap boleh bukak, kejap kena blocked.
sudahnya kena le beralih ke blog yang semakin canggih ini ..

untuk first posting, takleh panjang2 kang boring plak nak baca kann?
okeh .. sudi le kiranya men "click" ke blog hani ini.
kalo sudi juga, sila le add kat blog anda pula.

tata ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...