Monday, September 21, 2020

Home sweet home; my humble garden

Assalamualaikum semua ..

Semoga yang baik-baik sahaja buat kita semua. Macam biasa, dah berapa lama tak update blog rupanya dah guna new features ehh :) takpe, slowly kita try update. Harap-harap I merajinkan diri la sebab skang tengah kemaruk bunga hahaha :)

Sejak bulan May kot, rasa rajin beno nak tanam dan arrange semua pokok-pokok bunga dihalaman rumah. Sebelum ni rajin cuma ikut musim hahaha :) I tengok ramai serbu nurseri cari bunga termasuklah viral pokok lidah jin. I tak beli pun lidah jin tu walau hati meronta-ronta nak jugak letak kat rumah macam orang lain buat sebab nampak cantik. Tapi bila balik Pilah terus amik kat rumah ummi, berlambak dia tanam depan rumah dan dia bukannya kisah pun haha kecuali lepas kami semua dok cerita lidah jin viral dan harga dah jadi mahal terus dia kata "haa sape amik bak RM15 sepokok" amboi ummi dandan tu la dia nak berjual pulak hahaaaaa :)

Jom tengok #nhhhomesweethome 


Ini dihadapan porch, sebelum ni bench kat area ni then I tarik ke hujung sana pulak. Rumput tiruan ni dah lama beli, terperuk dalam tong sampah yang memang tak pernah guna so ting tingg dapat idea nak deko camni. 1st trip ke nurseri bunga area Hospital Sungai Buluh terus jatuh cinta dengan fiddle fig. Terus dapat idea nak tanam dan letak kat dalam rumah. Mula-mula beli 2 aje sebab masa tu idea kat area sini aje. 3rd trip baru beli 1 lagi fiddle fig dan letak dalam rumah, tu nanti kita update picture.

Fiddle fig ni size medium rasanya, dapat harga RM15 dan RM20. Dah rasa murah gila kot sebab tempat lain semua atas RM35. Beli pasu kat nurseri lain yang memang jual pasu bunga aje, RM25 dapat tawar2 dalam RM18. Tanah untuk sepasu tu guna lebih kurang 2 pek aje, campur tanah biasa dan fertilized. Husband yang buat semua tu, I tahu beli dan tahu siap jadi cantik aje hehehe :)


Aryan suka duduk sini sambil tengok I mengayuh basikal. Masyaallah rasa cool sangat bila tengok porch dah ada pokok-pokok hijau ni kann :)

Then yang bawah ni semua disekeliling porch aje, halaman rumah bukan besar mana pun hehe tapi I try la manfaatkan semua ruang termasuk hubby tanam cili, kangkung, bayam brazil dan ulam-ulam.



Haa pokok ati-ati dan bunga raya bawah ni kirim dengan Kak Ayu masa dia balik ke Seremban sebab sana dia jumpa bunga raya murah.

Percaya tak bunga raya ni sebekas cuma RM4? Adehh rugi pulak tak kirim 10 hahahaha ..



Then Sabtu lepas, sempat lagi ke nurseri yang dah jadi port sebab murah. Direct dengan owner nurseri waduhh harga sangat menggoda. 2 pokok ni sekali dengan pasu dan 6 pek tanah just RM25 aje hahaaa stress pulak kalau tak beli sebab memang plan nak beli untuk letak luar pagar rumah. Dah alang-alang murah beli walhal niat ke situ just nak beli tanah. Actually 1st time ke nurseri yang ini 16hb masa cuti Hari Malaysia, plan nak cari petunia. Malas nak ke area Kusta yang dah pegi 3 kali tu, sebab nanti rambang mata so saja berhenti kat nurseri tepi jalan sebelum sampai HSB. Tak sangka murah2 kat sini malah lagi murah dari Kusta. 


Okaylah, lepas ni I update benda lain pulak ehh .. daaaa ..

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...