Monday, December 4, 2017

Outing; Star Avenue, weddings

Assalamualaikum ..
Cuti 3 hari dari Jumaat lepas. Ramai yang sambung bercuti panjang sempena cuti sekolah kan? You all semua ke mana? 
Jumaat lepas husband kena turun site so takde plan nak ke mana-mana, Sabtu ada 2 kenduri kawen yang dah lama masuk kalendar, wajib pergi.
So petang Jumaat memandangkan ada barang dapur yang hendak dibeli, maklumlah budak berdua ni sekarang asik berulang-alik ke dapur aje so fridge kenalah penuh dengan makanan :)

Fikir punya fikir marilah ke Star Avenue Subang Bestari, tak jauh pun dari rumah. Memang malas nak tempuh jem, tau sangat time cuti camni semua nak keluar rumah. I bukannya rajin sangat nak drive sampai ke KL setakat nak beli barang dapur pastu konon nak cari baju. Tengok, tadi niat asal barang dapur pastu bila dah bersiap mula terfikir baju pulak :)

Dari rumah ke Star Avenue dalam 15 minit je pun tapi I suka ke sini sebab tak sesak. Walaupun baru dibuka dan hanya ada Giant sebagai anchor mall, I am okay :). Ada Sushi King, Subway, Secret Recipe, Aeon Wellness, Guardian, Paddini (Brands Outlet) dan beberapa kedai buku, pakaian serta indoor playground The Farm yang baru dibuka. I memang suka tempat camni, takdelah banyak pilihan yang boleh buat rambang mata dan rabak poket hihihi :)

Kebetulan my bff Wan pun nak balik KL and nak singgah beli barang before balik so lets meet up dear :) lama tak jumpa since masing-masing busy giler lately maklum end year banyak kerja, banyak closing katanya :) Alya dan Aryan happy sebab The Farm dah buka so dorang boleh main dalam tu and I bolehlah shopping dengan senang hati. Tak silap bayaran RM10-15 /jam. 

Terus ke Brands Outlet, belek baju mana yang diangkut balik termasuk nak belikan baju baru untuk husband. Eh lama giler kot tak shopping untuk dia hehehe yelah dulu rajinlah kejar warehouse sale kan :) jumpa yang berkenan di hati terus sambar. And sempatlah posing kat sini maklumlah tak ramai sangat orang masa ni. Kalau ramai memang taklah nak snap hehehhee :) 


Wan, my dearest bff. Kawan yang lemah-lembut, baik hati dan penyayang. Kawan yang sentiasa ada ketika I kesedihan dan sentiasa sudi jadi pendengar setia bila I bercerita. Semoga Wan cepat bertemu jodoh yang baik-baik aamin :)


Since tak lama lagi Krismas, dah banyak decoration dorang buat kat lobi. Nampak lebih berseri dan meriah kat lobi ni jika dibandingkan dengan hari biasa. Alya, Aryan suka la berlari sebab lobi cukup luas, orang tak ramai.


Sabtu. Ke wedding anak ex manager Sime Darby, Haji Esa di Bukit Jelutong. Alamak gambar lupa nak transfer. Nanti edit semula hehehe :) pergi dalam pukul 1.30 lepas zuhur. Dah siap makan and jumpa kawan-kawan lama terus bergerak ke Selayang pula, wedding kawan husband masa belajar dulu. Masa sampai ni dah pukul 3.30 kot orang pun dah tak ramai. Tapi ada lagi kawan-kawan husband yang turut sampai sama dengan kami. Nasib baik juga kenal dengan wife kawan husband, menyembang sakan la maklum lama tak jumpa.


Dengan Anizz, wife kawan husband. Branch Manager Bank Islam Port Dickson, cantik sangat dia ni, kecil molek even anak dah 4 orang. Tak silap kenal since 2009, pastu friends kat FB then jumpa bila ada wedding or besday party. 


Hari ni I pakai dress dari POPLOOK, beli dari bulan 9 tak silap masa sales. Biasalah orang tamak haloba, beli pastu peram tatau nak pakai masa bila. Tapi time camni barulah berpeluang pakai then flip shawl bila tengok laki kalut cari baju yang sesuai hahhaa :)


Alya dan Aryan. Seronoklah dorang sebab balik dari kenduri decided nak ke Star Avenue semula sebab nak tukar saiz baju yang beli semalamnya. Seronok sebab dorang nak main dalam The Farm again!


I cepat-cepat ke Brands Outlet untuk tukar saiz baju. Then sempatlah tambah selai dua lagi adoi perangai sape la nihh :)

By the way, I so in love with this dress. Selesa dan terus rasa diri di awangan hihihi :) harga pun reasonable. Boleh check di @POPLOOK ya.
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...