Monday, September 5, 2016

Happy weekend!

Assalam.
Hari ni bermula exam UPSR. Kepada semua pelajar tahun 6 selamat menduduki UPSR, semoga kamu semua berjaya dengan keputusan yang cemerlang InsyaAllah :)

Lastweek Jumaat sempat lunch hour ke IKEA. Ada arkitek yang tengah sebok nak deko apartment untuk dijadikan homestay nak cari barang-barang. So marilah follow beliau. Ikea ni memang berhantu, takde plan, takde bajet tetiba terbeli cisss :)

Before tu selamat menjamu selera dulu, kang senang terus jalan-jalan kuar peluh semula haha. Kali ni amik smoke salmon. Tak silap ni promotion price kot dalam RM7 aje. Sedap. I ni memang peminat salmon so tak kisahlah smoke ke raw ke atau masak apa saja confirm sukaaaa :)


Gambo hasil belian di Ikea takdak, lupa nak snap. Antara table lamp ni haaaa. Sebab skang suka baca novel before tido so mari beli table lamp. Cuma mentol je lom sempat beli yang sesuai, buat masa ni guna Philips yang besar tu alamak terang benderang sungguh hihi :) tunggulah nak carik mentol yang sesuai. Nampak tak table lamp??? Tak nampak?? Takpe tunggu hari siang lol :)


Sabtu. Berkemas apa yang patut. Biasalah, kadang-kadang ada juga harinya I malas. Nak mengemop lantai sekangkang kera tu pon malas. Nyapu pun malas, vakuum lagilah malas. Tapi bila tengok habuk bersenggayut kat syiling ohh please laaa memang sakit mata memandang so marilah mengemas. Tapi kena cepat-cepat buat sebab tengahari plan nak ke kenduri kawen BFF kat Sg Buluh. Dah basuh baju 2 trips, basuh porch barulah lega. Tu pun pinggang kemain sakit asik menunduk aje, tu la punca malas I ni haha :)

Living hall. Takdak yang berubah kecuali habuk kat kipas dan syiling dah dibersihkan. Lantai dan karpet dah vakuum dan mop yeayyy :) tapi datang si kecik Aryan makan mamee huwaaa mama rasa nak cepuk ajer :( tu la dia kalo ada anak kecik tengah lasak ni. Bukan dia tau maknya nak dok rumah bagi cantik ke apa dulikk :)


Lepas Zohor barulah keluar rumah, cuaca panas berdenting. Hubby kerja so harap-harap budak berdua ni behave kat majlis. Mama tak larat nak handle kalo diikutkan tapi bila mengenangkan majlis kawen BFF takkan tak pergi so berdoalah banyak-banyak semoga budak berdua ni tak meragam. 

Ni je la yang sempat snap dan cantik. Kot tak tu ada yang mata ke lain, kaki ke lain. 


Tengok nihhh sesuka hati diorang aje nak posing .. Puas mama pekik-pekikkk ahahaha :) 


 Gambar mama? Takde sape nak snap so selfie ajer laaa hehe jangan muntahhh :)


Haaa tengokkk orang belum ready tukang snap ni dah klik hermmmmm :( dah la dia amik sekali ajer cisss :) takpelah tunggu aje la gambo dari Lin kot ada nanti.


Balik dari kenduri keluarkan ayam siap-siap dari esbok. Hari ni plan nak buat chicken roast. Alya suka chicken roast ni so mama pun boleh tumpang sekali makan. Almaklumlah oven dah ada kenalah buat lagi dan lagi. Mana tau cik abe terbuka hati nak belikan oven lagi besooooooooooo kikikihhh :)


Nahhh dah siap. Maafkan presentation yang sememeh ni sebab kalut ada kawan datang ke rumah. So jemput makan uolss :)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...