Monday, December 28, 2015

Vacation; Langkawi 24-26 Dec. 2015 (part 2; Shopping)

Okay, rasanya kalo citer pasai shopping confirm semua perempuan kat mukabumi ni excited. Ada ke pompuan tak suka shopping? Ada ke? Kalo ada pun mesti 0.1% kihkihkih ;) so uolss bacalah sampai habis citer shopping tak seberapa ni ehh :)

Before datang ke Langkawi ni, dah carik apa ke benda nak aim bila ke sini. Corelle dah ada, 2 sets pastu country rose pun macam dah completed tapi takde set cawan. Okay jom beli cawan nanti. Pastu nampak pulak orang masak guna Visions, I masih belum ada set visions. Kesian. Okay jom masuk lists. Pastu teringat pulak kuali Tefal. Dulu masa datang tahun 2012, dah pegang belek-belek tapi Alya pula buat hal meraung cari teddy bear dah terpaksa letak balik Tefal. Ciss, RM46 je masa tu untuk 24cm deep frypan. Murah giless .. okay jom masuk list. Eh macam banyak pulak benda wajib dalam list ni hahaha :)

Moh le round-round dulu. I ni memang survey beria dulu. Masuk kedai yang sama 8 kali. Kali ke 9 barulah beli hehehe :)

Kedai HIG, Rams, Wawasan, Saga, Idaman Suri dan Zeno antara kedai yang masuk keluar masuk keluar sampai budak tu dah kenal kakton hehehe sib baik tak jual instant shawl kat dia hahahaahaha :) I dah planned nak beli visions loose 1 jer - 1.5 litre atau 2.5 litre so jom carikkkk :)





Biasalah, time tak nak berlambak stok, bila I carik yang diidamkan confirm takdakk. Terpaksa tukar planned. hehe biasalah pompuan :)

Tapi jika ditanya kat mana Visions antara yang murah untuk set dan loose, kedai Rams boleh dimasukkan dalam list ye puan-puan :) setelah dikira dibuat perbandingan I pilih set 1.5 litre untuk periuk bertangkai dan 3.5 litre periuk biasa dengan harga RM257 1 set. Kalo dibandingkan periuk 3.5 litre yang dijual loose berharga RM233 - RM265 sebiji. Manakala periuk bertangkai 1.5 litre loose berharga RM145 sebiji. 1 sets hanya RM257.00 dah kira murahlah ni kan?? :) so jom beli. Ni kaki dah sakit ni takkan nak masuk kali ke 10 pulak adoiii hahahha :)


Then TEFAL pulak puan-puan. Kebetulan HIG buat sale 20% untuk Tefal 26cm hanya RM55 sahaja jika dibandingkan harga retail RM69.00. Tefal 24cm pulak takdak sale harga mantain RM59.00 so baiklah sambar 26cm deep frypan boleh masak seekor ayam atau itik. Kalo kambing tak muat kot haha :) 





Ni grill pan kat underwaterworld pantai chenang. Kat sini takat cuci mata je la sebab harga RM10-30 berbeza dari kedai-kedai di pekan Kuah. Tapi saja jalan-jalan menambah sakit di kaki haha :) tengok tu ada less 20% tapi harga still mahal jika compare kat Kuah ye :)


Pastu tengok corningware. Takde dalam list tapi tengok jugak sebab mana tau ada yang berkenan kang. Biasalah pompuan!



Hajat hati nak jugak menambah set corelle terutamanya cawan 6 + piring 6 tapi tercekik tengok harga dah naik sekarang ni. RM44 sebiji cawan ko darabkan 6 dah berapa???? pastu nak kena beli piring pulak RM34 sebiji tak silap. Perghh berdarah hidung so kensel. Nasib baik hati tak memberontak. Boleh je kalo nak beli tapi koser nak bazir duit. Membazir amalan syaitoonnn bisik cik abe bila tengok bininya mengelupur dah nak itu nak ini hahaah :)



Ye, kat Langkawi takdak GST tapi harga naik tahun demi tahun. So kim salamlah nak menambah pinggan yang dulu hanya sekitar RM27.00 tapi skang ni dah jadi RM43.00 sebiji. Koserrr ..

Yang set kat bawah ni snap jugak sebab biras I request. Konon nak survey harga then nak suruh I beli kot. Sekali tengok harga terkentutttt hahaha :) 

*********Tapi harga still murahlah jika dibandingkan kat KL ni haaa ..





Singgah jugak kat Idaman Suri sebab nak puaskan hati hehe kang mana tau kot murah 2 hengget kannn .. sekali amikkkk lagi mahal. Baru ku tahu skang Idaman Suri takdak jual coklat dah la ni. Corelle pun tak banyak pilihan. Corningware pun sama jugak. Tefal banyak pilihan tapi harga senyum pilu jer laaa .. Visions pun sama. So jom la kita ke pekan Kuah ajer mengubat pilu di hati hehe :) tapi kakton sempat la beli sudip sebatang kat sini kikikihh :)


Kat bawah ni semua pictures kat Idaman Suri. Tengok puas-puas mengubat luka di hati katanya hehe :)



Lengang je takdak orang, nak lari 8 pusingan pun boleh!
 


Tadaaaa .. nih apa yang I beli kat sanaaaa ..

Vision, Tefal, sudip, bekas kek, beg troli Aryan dan coklat-moklat hehe :)




Tata, tunggu next entry pulak. Citer pasai shopping jugak. Tunggu ehh ..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...