Tuesday, July 28, 2015

Jemputlah datang uols!

Assalamualaikum. Syawal masih meriah dengan kunjungan tetamu. Tapi percaya tak aku masih belum berkunjung ke mana-mana rumah even rumah saudara-mara or adik-beradik tak kira la belah aku or hubby?? Percaya tak?

Yelah, bila hubby patah tangan pastu injured pastu muka pun ada calar balar takkan la aku rajin ramah tamah sangat nak berjalan raya dari rumah ke rumah kan? Laki dok sakit kat rumah, aku gi pulak beraya macam takde jadi apa-apa gitu??? Takde koserrr hahaha kang orang mesti tanya "mana husband ko?" kang kena ulang macam tape recorder beratus kali dok cerita kat kak tipah kak bedah hishhh :) So memang raya kali ni kami sekeluarga dok rumah ajer. Masa beraya dengan mak pun sama jugak, dok la kat rumah terima tetamu yang sudi datang beraya. Meriah juga raya kami hehe :) walo tangan tak lekang dek basuh cawan kat sinki hehe :)

Bila balik ke sini, awal-awal dah buat pengumuman kakton takde nak buat open house tapi jika ada yang sudi nak datang beraya kami terima dengan tangan terbuka tapi bersyarat - notis 24 jam. Kalo notis 30 minit dah sampai kat simpang rumah ko makan je la kuih raya ngan kerepek ubi pedas hehehe :) Alhamdulillah since lastweek memang ada yang singgah beraya. Sempat la prepare goreng mee goreng, bihun goreng, kuih-muih dan kuih raya. Wajik sirat yang mak buat masa balik beraya pun dihidangkan jugak, sape yang datang merasa la. Memang masak simple ajer sebab kakton ni pening dengan pendekar 2 orang tu, mana nak handle diorang lagi mana nak masak mana nak kemas rumah. Hubby kata "ala, awak hidang kuih raya ngan air sirap ajer pun okay" ehh giler apa?? Ada ke kakton yang "rajin memasak" ni nak hidang air sirap ajer?? kihkihkihhhh nak jugak eksyen tu nak masak bagai walhal laki tangan patah. 



Taraaaa .. living area kakton yang warm - menunggu tamu datang sambil tu snap la picture seketul hehe :) tu ko nampak tu ada satu mentol dah terbakar. Sape la yang nak manjat tukar mentol? Laki ai tangan patah masuk besi nihh hehehe :)


Uolss bila nak buat open house? kehkekehkeh :)

1 comment:

Razfira said...

selamat hari raya.. bestnya makanan2 tu :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...