Wednesday, May 13, 2015

Mak yang istimewa bagiku :)

Happy mother's day .. 

Kalo boleh setiap hari kita jadikan istimewa untuk mak kita. Untuk diri kita sebagai mak jugak. Cumanya 10 Mei ni dah jadi kemestian semua orang meraikan hari ibu :) Macam biasa, Alya dah wish masa nampak aku bangun tido awal pagi Ahad tu. Dia dah tentu faham sebab dah bersekolah tapi si Aryan takdenya, dia bukan faham pun hehe :)

Pagi Ahad dah call mak nak ucapkan selamat hari ibu. Happy dengar suara mak yang ceria. Mak yang menjadi ratu hati. Mak yang dah banyak berkorban demi anak-anak. Skang nak amik gambar mesti mak mengelak dia kata gigi pun takde dah hehe :) pastu mak skang suka pakai baju kurung baru. Yelah dah aku ni jual cotton kann hehe :) takpe mak, pakailah mak adik memang suka tengok. Dulu masa kecik-kecik mana mampu nak beli baju baru. Beli pon time nak raya ajer, tu pon kat pasar Pilah. Skang Alhamdulillah mak pakai baju tudung semua baru-baru :)

Mak, kerja keras dalam besarkan anak-anak. Aku takmo sentuh pasal anak-anak yang lain sebab banyak yang berlaku yang menyedihkan aku so biarlah aku terus jadi 'anak tunggal' mak ajer. Mak yang banyak berkorban untuk menyekolahkan aku hingga berjaya. Mak sanggup kerja kuat untuk membesarkan anak-anak, memberi yang terbaik. Mak, syurga di bawah tapak kakimu. 

Aku ingat lagi time bersekolah menengah. Mak tunggu sampai aku balik dari sekolah untuk makan tengahari. Sebab beras dah tinggal sikit. Kami makan apa yang ada, secukupnya. Tapi mak tak pernah merungut letih kena bekerja keras. Kena ke sawah, kena menoreh getah. Mak kuat, sangat kuat. Mak tak mengeluh kalo duit semakin susut tapi mak sentiasa berusaha mencari pendapatan untuk keluarga.

Bila dah ada kehidupan seperti ini sekarang hanya Allah Maha Mengetahui betapa besarnya pengorbanan mak aku. Mak sangat kuat dan tabah. Tidak pernah berhenti berdoa untuk anaknya. Kasih-sayangnya walau selalu marah-marah bila aku degil tapi aku tetap tahu mak sangat sayangkan aku. Kehidupan aku sekarang banyak bersandarkan pengalaman susah semasa kecil bersama mak. Aku jadi kuat, jadi cekal seperti mak. Mak terlalu banyak memberikan yang terbaik, tidak mampu aku balas.

Alhamdulillah, mak sekarang tak perlu susah hati lagi. Mak tak perlu fikir nak cari duit lagi. Alhamdulillah dengan doa mak, anak mak punya kehidupan yang baik. Skang kalo bagi duit kat mak, memang nak dia berbelanja apa yang dia suka. Biar dia beli apa saja yang dia mahu. Dulu iye semuanya terbatas, nak makan pun kena ala kadar saja. Harapan aku cuma mahu emak bahagia melayari hari tuanya. Bawak mak jalan-jalan. Bawak mak makan di mana saja. Syukur di atas rezeki yang Dia bagi kepada aku dan aku tahu itu adalah untuk mak juga. Alhamdulillah.

Mak, terima kasih sebab jaga dan berikan yang terbaik untuk anakmu. Terima kasih atas doamu setiap hari.

Ya Allah, lindungilah emakku dan berikan dia kesihatan yang baik untuk terus melihat anak dan cucunya!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...