Wednesday, May 6, 2015

Kedai emas Kuala Pilah; harga lastweek RM129/gram

Assalam.

Lastweek cuti panjang, balik ke Kuala Pilah. Nasib baik gerak lepas hubby selesai solat Jumaat so jalan pun lengang jer takdelah sesak dengan kenderaan. Kalo tidak memang berpanas montot dalam kereta sebab baca laporan memasing kat fb fuhhh dahsatttt :)

Sabtu Ahad full dengan kenduri kawen la kenduri doa selamat la. Perut pun kenyang. Tapi hati nak jugak pergi ke pekan sebab nak beli cendol dan rojak hehe :) balik Pilah tak sah kalo tak makan 2 benda nih. Ada kat mana sekalipun takkan sama dengan K Pilah punya haha :)

Sebelum ke pasar, ajak hubby masuk kedai emas. Haaa tak sah kalo balik Pilah tak survey harga emas kann :) korang mesti sukaa kan hehe :) sebenarnya dah lama plan nak tindik subang kat telinga Alya. Dari last year lagi tapi biasalah, orang sentiasa ramai. Tokei-tokei kedai takde masa nak layan benda remeh ni hahaa dorang mesti geleng kepala je kalo tunjuk nak tindik telinga adoiii :) walhal ni pon duit jugak kann :)

Tapi kali ni even ramai orang tokei kedai hijau tu cakap "boleh la boleh laaa u sudah datang banyak kali kann" hahahhaa agaknya kesian tengok muka kakton kot haha :)
Sekejap je tokei buat. Aku pulak sebab mengada takut-takut nak tengok sampai terlupa nak amik gambo proses tindik telinga tu. Dah siap baru amik hahaha penakut tak bertempat maknyaaa :)


Oh ya lastweek harga emas kedai ni RM129/gram. Kedai hijau hujung sekali. Korang gi la godek entry hot pasai kedai-kedai emas tu. Harga kat sebelah pula RM138/gram haha gilerr tak menahan berbeza kan? so korang pergi la survey sket kalo ke Kuala Pilah. Jangan plak cakap emas kedai hijau tu tak bermutu tu pasal murah, bukan ye puan-puan :) dia murah sebab persaingan sengit. Kedai-kedai emas ni tahu orang dah ramai datang ke pekan Pilah so dorang seboleh-bolehnya nak tarik ramai customer kan? so pepandailah dorang letak harga menawan tertawan sampai korang terbeli hehe :)

Upah tindik RM15.00 jer, dia bagi subang sementara boleh pakai dalam sebulan. Lepas tu baru pakai subang emas sebenar. So dah beli siap-siap sepasang subang emas 916 untuk Alya.

Berat 1.79 x RM129/gram + upah RM50.00 = RM280.91 + upah tindik RM15.00
= RM295.91

Lepas mintak diskaun so bayar RM280.00 sahaja. 
Murah ke mahal ehh?? murah la kot jika dibandingkan dengan RM168/gram kan? hehe :)


1 comment:

Raz said...

x taw sangat pasal emas, tp mmg org ckp kt pilah emas murah kan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...