Wednesday, February 4, 2015

Jalan2 Cari Makan; Al Rawsha Kampung Pandan

Assalam :)

Semalam kan cuti Thaipusam. Mulalah plan nak ke sana ke sini tapi hubby ada audit hari Isnin, balik pun dah tengah malam acaner nak plan?? Hehehe nak buat camne laki busy semedang. So takyah plan-plan nanti sakit hati je nak menjawab kat Alya sebab dia tu pantang kita cakap. Yang maknya pulak gatai mulut pi cerita kat anak dah anak sebok bertanya jadik ke tidak hahaha pastu maknya stress nak menjawab hahaha :)

So semalam takde ke mana. Macam biasa baik basuh kain baju hahahaha skang takleh basuh semingu 2 kali. Asal bakul penuh je gi la campak lam mesin. Pastu kering terus lipat. I stress tengok kain baju berlonggok. Terus jadi malas hahaha. Tapi time cuti ni baik bereskan kain baju, hati pun tak sakit.

Okay, tengahari baru kerja-kerja settle. Sempatlah cik abe cabut rumput ke laman belakang. Ntah bila la nak reno bagi semua tutup hahaha senang takyah cabut rumput dahhh :)

So, lepas zuhur memasing pegang perut. I dah bagi hint nak makan kat somewhere. Sorry dapur is closed for today :) so hubby kata jom siap-siap. Budak-budak 2 orang ni tido lepas mandi lepas pekena susu. Okay good. Jom masuk kete!

Kali ni I teringin nak makan nasi arab nun jauh di Kampung Pandan. Asik dengar orang cerita jer mana boleh tahan telan ailio jerr kaktonn hhahaha :) hubby membebel jauh bebenor nak gi makan. Ahh tak kira jom ajer la bukan selalu pun. Dalam hait berdoa moga jalan clear kalo sangkut jem silalah tadah telinga hehehe :)

Nasib jalan clear alhamdulillahh hehehe :) sampai Kg Pandan pastu konon-konon nak bukak waze sekali pandang kiri nampak satu bangunan tak siap pastu nampak signboard "Al Rawsha" ehhh ni la dia :)) dah terlepas simpang so kena u turn. Masa sampai ni tak ramai orang pun lagi. So jom la masuk tengok apa yang ada :)

Ni kat entrance. Cantik dan luas kawasan restoren ni. Kalo nak try menjamu selera kat restoren ni silalah ke alrawshakl.com 
  1. Address: 8, Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    Hours:
     
    Open today · Open 24 hours



Okay jom order makanan. Memasing dah lapar giler. Pagi breakfast roti jer hehe. So order Lamb Kabsa dan Chicken Mandi. Ni je pun yang biasa kitaorang order kalo makan kat D'Arab hehe :). Pastu orderkan Fish Grilled untuk Alya dan Aryan. Kek coklat mini yang comel pun ada. Boleh tahan sedap. Pastu hubby order Arab Pudina Tea tak silap namanya. Sedap jugak. 


Portion makanan memang besar. I share makan menu di atas dengan hubby dan Alya. Aryan tu makan fries je pun, nasi boleh dikira masuk mulut yang lain dibuat main jer hehe. Tapi Alya suka makan lamb, sedap dia kata. Memang lembut dan sedap.



Untuk semua makanan di atas dalam RM88.00 sahaja. Ada order sup, free. Tapi tu la makanan arab ni macam tak puas sebab takde sup yang sedap. Sos tomato boleh tahan, buat lawan makan dengan ayam or daging tu. Yogurt I tak sentuh sebab tak kena ngan tekak melayu kampung I nih ehhe :)

Overall, puas hati makan kat sini sebab nasinya sangat lembut dan sedap. Service pun bagus, makanan cepat sampai. Layanan pun okay mesra dan hormat pelanggan. Al Rawsha ni ownernya berasal dari Lebanon. Pekerja pun kebanyakannya dari sana juga, ada juga muka Melayu kat situ dont worry :)

Oh ya Al Rawsha pun dah buka cawangan kat Seksyen 7 Shah Alam. I tahu pun masa kat pintu masuk tu ada banner branch opening. Cehh kalo tau baik pi kat Shah Alam jer, takyah jejauh gi Kg Pandan :). Then yang bagusnya restoren ni selain luas dan cantik, ada bilik mainan untuk kanak-kanak. So mak pak boleh makan dengan aman bila anak pi main kat dalam bilik. Insyallah selamat dan selesa. Surau juga disediakan. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...