Tuesday, February 10, 2015

Home sweet home; on my birthday :)

Assalamualaikum. 

Ahad 8hb Februari 2015 my birthday yang ke 34 tahun. 
Alhamdulillah, I bersyukur diatas apa yang I ada hari ini. Anak-anak yang comel yang sihat, suami yang baik dan keluarga yang seadanya. Itu sahaja sudah mencukupi, tidak lebih dan tidak kurang. Hanya mohon diri ini sentiasa di dalam rahmat, dilindungiNya dan diberi kesihatan yang baik untuk membesarkan Alya dan Aryan Insyallah. Dan juga semoga Dia membuka pintu rezeki seluas-luasnya Insyallah ;)

Plan nak buat makan-makan dan gathering dah lama. Itupun sebab keluarga dari kampung nak datang sebab hujung bulan ni ada kenduri kawen anak ummi tapi last minute dorang busy pulak. So, plan diteruskan jugak tapi memang niat nak buat just small gathering dengan closed friend ajer. Ala, takdelah besday party sangat pun just small gathering, bakar-bakar ayam sambil sembang-sembang :)

Malam Sabtu siap marinate ayam. Just beli bahagian peha dan kepak. Marinate guna sos Heinz BBQ. Buh bawang putih dan sedikit madu. Sangat sedap. Dan mudah!


Masak lunch. Memang invite dorang datang lunch onwards to BBQ. Petang sket baru bakar ayam :). Untuk lunch I masak gulai udang. Pastu buat sambal ayam. Ada jugak sayur campur, ulam-ulaman, ikan goreng, ikan masin which is ramai yang kata wallaaaa :) hehehehe :)) 


Then ada order kek. Macam biasa dari my favourite baker - Kak Maizatul. Tak dinafikan kek yang dia buat memang sedap. I dari tahun 2005 memang order dari dia ajer sebab terbukti sedap dan harga sangat berpatutan. Kalo nak order boleh check fb dia - Maizatul Mustapa or My Little' Cafe :)

Kak Maizatul gelak je bila dia dah siap tulis 'Happy Birthday' pastu I whatsapp cakap jangan mengada nak tulih apa-apa hahahaha :) malu pulak rasanya dah tua-tua nak sambut birthday bagai hehe :)


And, brownies special made dari Kak Maizatul. Serius, sangat sedap. Lepas ni nak order lagi! 


Yeayyyyy menjadik juga ayam BBQ hehehe :) memang excited tengok dorang bakar ayam sambil kitaorang duduk-duduk minum tea kat living room. Kali ni I buka seluas-luasnya sliding door tu - straight jer ke laman. Allahuakbar sangat selesa dan seronok bersantai. Alhamdulillah :) alamak gambo takde ehhh sebab I pun busy, ni gambar yang ada main teragak je pegang henpon. 


Mengiurkannn hehe :) sosnya pun I buat sendiri. Mudah ajer. Amik sos heinz tu, masukkan bawang putih dan black peper masak atas api. Buat pekat sikit barulah yummiehhh :)



Thanks kepada kawan-kawan yang datang ke rumah. Mereka tidak pernah menghampakan jemputan I tu yang seronok nak buat makan-makan ni. Ada kawan yang I anggap kakak sendiri pun datang lagilah seronok. Then makcik dan cousin yang turut datang, seronok dapat berkumpul sambil sembang-sembang. Yelah, dok KL jer memasing tapi jarang jumpa time ni la baru nak lepak-lepak sekali. Ni pun bulan 3 dah ada jemputan kenduri lagi. Memang seronok walaupun famili dari kampung tak dapat datang takpelah yang ada ni pun dah lebih dari meriah :) anak-anak berkejaran kat porch - tetiba rasa happy sebab porch luas so dorang boleh main-main tanpa kita risau kot berlari luar pagar bahaya kan :) haaaa take noted lepas ni kena siapkan playground budak-budak ni baru seronok buat majlis :)

Hadiah? Hehehe bila usia semakin meningkat ni, emas ke beg ke jam ke perfume ke macam tak kisah sangat dapat or tidak. Bukan nak cakap sebab I dah ada semua tu tapi I lebih kepada feeling. Feeling more to rasa bersyukur rasa sayang kepada mereka di sekeliling I. Dan mereka sentiasa ada bila I memerlukan. Itu sudah mencukupi bagi I. 

Alhamdulillah!


2 comments:

Rose Azadir said...

Salam kenal, Happy Belated B'day!!!....anyway saya blogwalking kt sini. Jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...TQ :)

Hani said...

Tq Rose :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...