Tuesday, February 24, 2015

Cuti-cuti Malaysia; Terengganu 19-20 Feb.

Assalam 

Panjangnya cuti, bersambung-sambung sebab batuk-demam-sengal2badan.
Okay, excited nak share cuti kali ni. Sebab, pergi ke Terengganu, yang dah 19 tahun tak jejak. Amboi rasa kertu la pulokkk hahaha 19 tahun tu. Nampak sangat kakton dah tua haahha :) last ke Ganu tahun 1996 tak silap. Itupun pergi dengan rombongan sekolah. Kelas ko kakton, rombongan sekolah sampai ke Ganu hehe :)

So bila hubby ajak balik Kuala Krai, dia yang suggest nak singgah Terengganu. Yelah, asik plan-plan tapi manjang je tak jadik kan so kali ni dia maybe nak amik hati wife kot hehe so marilah ke Terengganu dulu. Kami bertolak dari rumah hari Khamis, 19hb pukul 10 pagi. Konon nak gerak lepas Subuh tapi hari hujan, kesiankan anak-anak nak kena mandi sejuk-sejuk tu pulak kan. So lepas breakfast, isi minyak penuh-penuh baru bertolak.

Phewwwww sampai je Gombak kat area Batu Caves tu dah start sesak. Sampailah ke tol. Hambikkk!!
Tu baru tol Gombak, belum lagi nak sampai ke tol Bentong hahaha. 3 jam bersesak dalam kereta sambil melayan double A yang gelisah adoii. Lepas tol Bentong barulah reda sikit kesesakan bila ramai yang masuk ke simpang Bentong. Meneruskan perjalanan ke Terengganu, melalui LP2 yang baru siap. Itupun hampir 2 jam jugak queue nak bayar tol kat Jabor sebab terpaksa pusing jauh semata-mata nak bayo tol adoi. Banyak kereta kena saman sebab potong ikut tepi, padan muka sapa suruh degil hahahha walhal trak peronda lebuhraya dah banyak kali bagi hon suruh masuk lane. Sesia je kena saman sebab degil!!



Sempat berhenti kat RNR Kijal untuk  solat dan mandikan Aryan yang dah gelisah, panas melekit badannya. Ni budak gigi rongak yang berpuluh beratus kali tanya bila nak sampai hotel nak mandi pool!!! Penat nak menjawab ehhh :)) Tunggu mama kaya beli heli, kejap je dah sampai takyah redah jem.



Hampir 8.30 malam barulah sampai ke Kuala Terengganu, Alhamdulillah. Terus carik jalan ke hotel, apa-apa hal nak check in dulu before pergi cari makanan - memasing dah kelaparan hahaha :) 

Sebabkan last minute booking (macam biasa laaa kan hihi) so dapat bilik kat Hotel Tanjung Vista, semalam cuma RM218/- super deluxe, ni harga untuk peak season. Harga biasa RM188/-. Bilik okay, besar dan selesa. Toilet pun bersih dan complete. Ada pool kat tingkat 4. Wahhh confirm Alya sukaaaaa :)

Nih link hotel http://www.hoteltanjongvista.com.my kalo korang tersesat ke Terengganu nanti pastu mana tau hotel-hotel lain dah penuh hahaha :) 



Lepas amik kunci terus ronda-ronda carik kedai makan. Sebab kitaorang ni memang dua-dua buntu tatau nak makan kat mana, jalan-jalan sambil tengok kedai makan. Nampak juga Restoren Papparich, Secret Recipe, KFC kat sini tapi hubby takmo sebab dia kata kat Shah Alam pun hado hahaha. So jalan-jalan sampai terjumpa kedai makan kat tengah-tengah town, ramai orang. Pastu parking pun macam dekat-dekat depan kedai jugak, berani jugalah singgah. Maklumlah 1st time datang pastu dah malam pulak, kena amik kira macam2 benda jugak kan. 

Check menu - masakan panas ada. Okay, since kami ni tak makan nasi dari siang, cik abe pun dah kelaparan memang nak carik nasi. Order ikan kembung goreng halia, sup ekor dan sayur. Pastu ada gerai ikan bakar tapi dah abis, tinggal sotong jer so orderlah set sotong bakar. Alya dan Aryan orderkan set fries dan sosej. 

Wowwww sedapnyaaa sotong bakar ni. Serius ni sampaikan ada jugak yang tanya makan kat mana bila post kat FB walhal yang tanya tu bertahun dok Terengganu hahaha tu la eksyen cakap Ganu takde apa. Haa tengokk sedap giler sotong bakar ni, serius. RM15 satu set. Rasa nak order lagi tapi mikir esok pun nak makan sotong lagi takkan nak tamak-tamak hehe :)




Lepas makan, ronda-ronda town Ganu pastu terus ke hotel. Kesian Alya dan Aryan dah penat seharian dalam kereta. Balik hotel, berehat esok nak mandi pool la nak shooping laa :)

Ampun gambo dorang berendam dalam pool takdak sebab I balik bilik lepas breakfast gara-gara sakit perut haha so dorang pergi ngan papa ajer. Kalo nak suh hubby amik gambo kim salammm :) ni gambo pool I cilok dari website hotel jer.




Bagi budak-budak berdua tu berendam dalam pool sampai kecut-mecut baru bawak naik bilik hehe kang kalo diajak naik confirm takmo kan? So tunggu dorang sendiri surrender kesejukan pastu sebok ajak papa naik hahaha kan senang. Tak koser nak merempan marah-marah kalo ajak dorang naik memang lambat. 

Check out macam biasa pukul 12 tengahari. So far hotel ni hotel 3 bintang, makan biasa-biasa je janganlah expect macam makan kat Sheraton plak hihi. Pool pun pool kecik je bukan besar saiz Olimpik pon tapi budak-budak sesuai la, happy sangat dah dorang berdua tu. Staff hotel pun baik-baik, layan guest ok sangat. Then paling penting hotel ni tengah2 town. Senang nak carik. Nak ke Pasar Payang dalam 7-8 minit je kot tapi naik kereta. Kalo jalan kaki berpeluh jugak haha :)

Dari hotel terus ke Pasar Payang. Orang dah berpusu-pusu masuk jalan ni, kereta slow je bergerak. Tapi memang nasib baik kot, dapat parking betul-betul depan pintu masuk Pasar Payang :). 

Hello Pasar Payang, mu tunggu aku datang!!!


Eh sempat gakkk naik beca budak nihh :)




Tapi dalam pada excited nak masuk kedai-kedai tu cuci mata terus down. Sebabnya hari tu hari Jumaat, undang-undang baru Terengganu untuk tahun 2015 semua kedai harus ditutup sementara dari pukul 12.30 hingga 2.30 petang sebab solat Jumaat. Urusan jual-beli sesama perempuan pun dilarang. Semua kedai tutup lampu, dorang rehat-rehat. Nak tengok apanya dalam gelap-gelap tu?? So, mano la akak nak poi ni?? nak melangok kek mano?? hahahhahahaha :) dah la budak berdua ni merempan nak aiskrim. Hubby gi solat Jumaat di Masjid Abidin yang tak jauh dari Pasar Payang, jalan kaki dalam 10-15 minit kot. So I tinggal bertiga beranak jer. Haa makan laaaa janji korang jangan buat perangai hihi :) mak nak dok termenung mengenang nasib tak dapek shopping haaa :))


Okay, pukul 2.30 kedai dibuka semula. Hubby pun dah siap solat and datang semula kat pasar ni so jom la ronda-ronda. Memang segar-bugar bijik mata tengok batik. Banyakkkkkkk .. rambang mata. Yang excited bila jumpa kaftan saiz besar dan labuh. Selalu jumpa yang senteng or kecik-kecik I kan besar gajah mana la muat. Kalo muat pun senteng tak cantiklah kan haha walhal pakai kat rumah je pon. Tapi suka sangat sebab jumpa banyak corak-corak yang cantik. Sukaaaa sampai 4 pasang I beli. Untuk Alya sepasang.

I tak sure pasal harga kaftan ni. Pernah beli and kirim kat orang ofis dalam RM40.00. Yang kat sini I beli RM23 sepasang. Ada jugak RM25 sepasang I beli, kedai lain-lain. Yang RM23 tu I beli sekali dengan kaftan Alya dan kain batik siap jahit RM15/sepasang. Murah ke mahal? Tapi tak kisahlah sebab yang penting saiz besar dan corak lama. I kurang suka corak yang baru-baru yang macam banyak warna, design apa ntah lupa pulak namanya tapi memang tak berkenan lagi-lagi corak rimau haha. I suka design dulu-dulu jer. Simple :)



Lepas tu tengok batik sutera. Wah memang mahal sutera crepe range harga RM230-RM380/sepasang. Ada juga cotton sutera RM120/sepasang. Sutera ni banyak grade so tak boleh nak pukul rata harga tu. Try la tawar-menawar kot dorang boleh kurangkan harga tambahan pula jika beli banyak.

Jom tengok sutera crepe pastel color yang I suka sangat. Tengok je la, belinya tidak hehe susah sket kalo hubby ada kat sebelah semua nak diauditnya huhuhu :)





Jatuh cinta dengan pastel color teal yang ni. Cun kan? RM250/sepasang.











Huwaaa semua menarik, semua cantik-cantik, semua sedap mata memandang. Serius macam orang giler dok belek sana, belek sini punggah sana punggah sini hihihi lastly tak beli. Hahaha stress penjual agaknya dapat customer giler hahahaha :)

Okay, since Aryan tetiba berak pulak so misi cuci mata dihentikan seketika. Jom pegi surau nak bersihkan dia dan mandikan sekali budak berdua ni. Cuaca panas, rimas budak berdua ni dengan makan aiskrim bagai, melekit. Nih dah siap mandi, tukar baju. Barulah segar sikit nak berjalan kan.  

Eh nape Alya muka cenggitu??? Ohh merajuk sebab tak dapat beli kasut princess. Hehehe biasalah budak-budak, tak semua benda nak diikutkan. Aiskrim dah 2 batang sorang, lagi nak merajuk? Cubit nak??



Then, sempat la beli makanan-makanan macam keropok, kacang-kacang, makanan ringan. Plan nak makan sotong celup tepung yang famos amos tu. Jom carik!

Ni amik kat blog orang lain before pergi ke sana. Dok google2 carik info. Mintak halal ehhh :)



Dari Kuala Terenganu nak ke Mengabang Telipot dalam setengah jam jugak. Tu pun guna waze, letak airport as location. Tak sesat tapi slow-slow je ikut waze. Ada juga tanya kat Kak D; www.dianaishak.com pernah baca kat blog dia pergi makan kat sini, kebetulan dia pun balik Ganu juga lastweek :) cuma tak dapat la nak jumpa-jumpa ke apa kan :) tapi tq sangat sebab bagi hint. 

Dah beberapa hari sebelum bertolak ke Ganu ni dok tengok review sotong celup tepung. Meleleh ailio dahhh huhu ngences orang Jawa cakap kot. Giler, terbayang-bayang sotong melambai-lambai arghh takleh jadik kena carik jugak. Hubby pon excited bila dengar bini cerita haha dia pun telan-telan ailiooo haha :)

Dari kejauhan, nampak kereta berderet kat tepi kiri-kanan jalan. Sebelah kanan ialah persisir pantai, angin bertiup nyaman sangat indah masa ni. Tapi bila tengok panjang barisan orang yang sedang beratur terus lemah semangat hahaha :) tapi demi nak makan sotong celup tepung, I beratur hampir 1 jam ke lebih?? Arghh tak penting sume tu, yang penting nak makan sotong sotong sotong sotong haha berzikir sotong la gamaknyaaa :)

Warung Pok Nong ni sempoi jer pun, takdelah canggih segala. Ko carik la meja ke kerusi ke pastu kenalah salah sorang beratur nak berebut sotong. Ada ABC jagung yang diorang cakap sedap tapi sampai turn nak order dah habisssss huhu takpe order je air kelapa, sedap jugak. Yang penting apa? Sotong!! 





Sotong harga ikut pasaran. Masa I hari tu RM22/sekilo. Amik 2 pinggan dalam ada 3 ekor sotong besar2. 1 pinggan tu RM23 then yang satu lagi tu RM27. Ikan kembung harga RM5/seekor. Amik 4 ekor. Udang konon nak amik 2 pinggan tapi dah habis huwaaa :( udang dikira RM2 untuk 3 ekor. Sepinggan dalam RM5 je kot. Takpe yang penting sotong sotong sotong :)




Alhamdulillah sotong sangat sedap, ikan pun rangup. Ratah-ratah cicah sos ajer. Kat sini nasi takde ye, yang ada ikan sotong udang jer. Keropok ada tapi hari tu pun dah abis. Memang orang ramai sungguh. Bayang beratur pun dah bape jam. Orang tak putus-putus datang. Warung Pok Nong ni dibuka dari pukul 3.30 petang hingga 8 malam tapi hari tu lewat juga dia tutup rasanya, orang ramai.

Tapi yang bagusnya, ada sorang ni yang macam Pok Nong kot. Aku agak je dia ni Pok Nong sebab dia yang ke hulu ke hilir jaga duit jaga orang. Dia siap pergi kat barisan belakang-belakang minta maaf sebab lambat nak siapkan. Pastu dia macam tak bagi amik banyak-banyak hahhhaha dia kata amik la 3-4 ekor jer kesian orang belakang takut kehabisan. Nasiblah turn I sampai sotong, ikan ada lagi tapi udang takdek. Kalo tak cer bayangkan beratur lama-lama pastu sotong abih? Mau terbalik kaunter tu kot hahahah :) ehh berani ke I buat? Hihihi yelah, datang jauh-jauh, ailio pun asik telan-telan je pastu beratur sampai sakit kaki sakit pinggang pastu habis? Memang boleh meroyannnn hahhaha :)

Habis makan dah pukul 9 kot. Terus gerak nak balik ke Kuala Krai plak. Hubby 1st time lalu shortcut Pasir Puteh so kenalah gerak awal kang tengah2 malam bahaya pulak.

Journey to Terengganu sangat seronok. Tolak penat letih harung jammed, yang tu dah biasa. Yang lain-lain seronok. I bab shopping-makan-huntingfood memang okay jer :)

Bye Ganu!

3 comments:

Unknown said...

Selamat cuti ! Boleh kunjungi 5* villa (Villa 827) di A' Famosa Resort di Melaka untuk cuti yang akan datang :)

www.villafamosaresort.com

Unknown said...

Salam sejahtera Tuan / Puan semoga semua senantiasa diberikan kesehatan dan dimurahkan rezeki nya (amiin). kami disini nak menawarkan semua kereta tuk (Bandung/Jakarta City Tour). Bagi siapapun Tuan / Puan yang dah ada plan tuk bercuti di Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di Bandung/Jakarta boleh sahaja PM atau Whatssapp sahaja dekat
Call : +6282214441280
+6282216270779
WhatsApp : +6282214441280
+6282216270779
Email : Dhanibandung@yahoo.com
Dijamin kami bagi harga yang sangat berbaloi & service yang terbaik / layanan 5 Bintang ***** (Insya Allah).
Mohon maaf Tuan/Puan apabila ada ayat yang kurang berkenan dalam Promotion yang kami tawarkan..

Nb : Yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada, tapi kami jamin yang terbaek tetap Dhani Bandung (Insya Allah) jom-jom di Bandung murah jer , Terima Kasih..

Unknown said...

Salam sejahtera Tuan / Puan semoga semua senantiasa diberikan kesehatan dan dimurahkan rezeki nya (amiin). kami disini nak menawarkan semua kereta tuk (Bandung/Jakarta City Tour). Bagi siapapun Tuan / Puan yang dah ada plan tuk bercuti di Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta untuk transportasi semasa di Bandung/Jakarta boleh sahaja PM atau Whatssapp sahaja dekat
Call : +6282214441280
+6282216270779
WhatsApp : +6282214441280
+6282216270779
Email : Dhanibandung@yahoo.com
Dijamin kami bagi harga yang sangat berbaloi & service yang terbaik / layanan 5 Bintang ***** (Insya Allah).
Mohon maaf Tuan/Puan apabila ada ayat yang kurang berkenan dalam Promotion yang kami tawarkan..

Nb : Yang lebih mahal banyak yang lebih murah pon ada, tapi kami jamin yang terbaek tetap Dhani Bandung (Insya Allah) jom-jom di Bandung murah jer , Terima Kasih..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...