Wednesday, February 26, 2014

Jom sembang dengan kakton :)

Assalam
lama tak borak-borak kan? asik jual kain baju tudung bagai, lama tak membebel.
hari ni pepagi dah rasa sedih. sedih bila makcik jual nasi lemak kat area rumah tu pagi tadi bagi tau esok last day dia berniaga. sebab nak balik kampong, dah buat rumah baru kat sana so nak berniaga kat sana je. sedih pulak hati ni. dia jual nasi lemak, bihun mee donut karipap memang sedap, takde nak komplen-komplen memang berbaloi beli pastu harga pon biasa-biasa je, lagi lahh sedih ni. selalu beli bihun goreng buh sambal paru kering, memang sedap. tu yang terasa sayu bila dia bagi tau "esok acik last ye berniaga, acik nak balik Bahau" adoii tetiba syahdunya. dah makin tua ni aku ni makin sensitif, walhal bukan kenal sangat pon makcik tu takat beli bihun goreng dalam setahun kot. sedihhh. ke sedih sebab sambal paru dah takde lepas nih? ntah la tapi memang ai ni sensitif. ntah hape-hape kan.

cite pasal makan, sejak kebelakangan ni memang slot makanan penuh je. nak komplen gemuk gemuk lantak la. yang penting Alya suka makan. dah asik orang kabo dia cekeding, so selagi dia nak makan, makanlah nakkkk ..

nasi arab Yemen. ni kat area opis hubby. kebetulan ke sana sebab nak uruskan bike hubby lepas accident tempohari so sempatlah singgah makan tengahari. yang ni boleh kata sedap dari Aroma Hijrah TTDI Jaya. Lamb Kabshah memang big portion. boleh share makan 2 orang. kalo gemok macam kakton makan sorang pon abih *buruk lantak*


untuk hubby dia amik chicken mandy. pun sedap dan big portion. chicken mandy, maybe sebab ayamnya mandi kot tu yang sedap hehehe :)


yang ni 3 minggu lepas tak silap. kuar lunch dengan budak site. beria memasing order valentine day pizza yang bentuk love tu konon nak feeling feeling love lah kot haha. kakton is macam biasa order carbonara seafood. kan ai ni pengumpul lemak, cheese tu menu wajib.


nih ha pizza love dovey. lupa pula jenis apa. aku ni tau makan je. kalo order pizza biasanya island supreme. tu je favourite pizza kakton, yang lelain tak minat. orang banje takpe, tak kisah silalah order apa jenis pon kakton redhoo hehe


pastu yang nihhhh. nih masa besday. ada ke patut hari besday laki busy keje sampai ke tengah malam? nasiblah gua ni rock kental, takdenya nak feeling-feeling merajuk ke haper. dapat pulak geng kaki makan. food hunting ke one utama. mula nak mencekik kat Shogun. tapi sebab pegi lepas lunch maka tak sempat nak menunggu dinner sebab start 6 petang gila kebulur dah memasing. so heret kaki ke Food Republic. wah ada feveret kakton. creamy carbonara. siap ada salmon wahhhh heaven kauuu ..
tamak, order 2 set. tapi Alya pon makan sedap sebab ada salmon. bagus-bagussssss silalah makan anakanda, kamu tu kurus keding dahhh. yang member sebelah gi order nasi ayam penyet ntah haper-haperrr. hahaha pastu tak sedap. tu la baik order western cam kakton ni ha confirm menjilat jari. *aku ni apa yang tak sedap hah?*


pastu minggu lepas pegi lagi mengulang food republic. nih pegi lepas settle kan insurans hubby. apalagi orang cedera kenalah banje driver yang ke hulu ke hilir bawak orang cedera settlekan pelbagai urusan nih. kali ni creamy carbonara seafood banjirrrrr slurrpppp yummiehh *bape lemak ko kakton?*


ahahahaa ni budak comot. dia cuma mampu makan cekelet ihsan maknya je. tu pon kesian sebab mulut kumat kamit tengok maknya mencekik. dia dah kenyang makan bubur ikan. Alhamdulillah selera budak demok ni memang macam maknya, sentiasa bukak mulut kalo nampak makanan. good goodddd silalah amik hobi mak ko nih ye Aryan baru ada gang :)


okay sekian review pasal makanan. jumpa lagi di sesi menggemukkan diri entry baru nanti. tata :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...