Thursday, December 19, 2013

Alya dan Aryan :)

Assalam ..

Lamanya tak berborak ngan korang. asik la berjual kain baju seluar telekung ajer kan hehe :)
skang musim cuti sekolah. Alya baru start bercuti minggu lepas. Jumaat lepas last day dia school. mama boleh terlupa nak prepare kek or goodies walhal dah dapat surat before tu katanya nak buat party. celebrate birthday sape yang lahir bulan 9 hingga bulan 12. ala saja suka-suka la kot hehe. so pagi Jumaat tu mamanya kelam-kabut call favourite baker yang dekat dengan umah nasib baik sangat-sangat ada kek spare dia buat. hehe selamat kali ni.
so amik kek terus hantar Alya ke sekolah. sukalah dia sebab dia bawak kek. boleh eksen sket ngan kawan-kawan yang lain hehe macam mama tatau akal anak mama nih ehhee

ni kek coklatnya. simple tapi I tahu memang sedap sebab dah biasa tempah kat dia - Maizatul. yang ni 1/2kg je dalam RM23.00. ni je yang ada sebab last minute belasah je la janji ado hehe


ni muka budak yang hepi. oooh korang lom tengok latest pic Alya lepas potong rambut kan? ni kira latest la, rambut panjang sampai belakang tu dah selamat dipotong sebab mamanya takde masa nak uruskan rambut pagi-pagi confirm bergaduh. tapi bila dah potong mamanya menyesal tak sudah huwaaa :(( sedihnya rambut anak dah pendek huwaaaa :(( touching pulak :))

Alya dah 5yrs, sekejap je rasanya. pastu ni dah penghujung tahun 2013. next year dah 6yrs, rasanya continue Smart Reader juga sebab I suka dengan perkembangan Alya sepanjang bersekolah di sini. Alya dah boleh membaca suku kata yang panjang-panjang. kalo bagi paper tu tak kiralah Malays or English haaa memang dia dah boleh baca ohh sebak mamanya :)) pastu mengeja pon dah boleh yang panjang-panjang tidaklah setakat B.U.K.U je skang dah lebih dari tu Alhamdulillah.

so mama and papa decided to continue je la kat sini. banyak plan lain tapi masa betul-betul terhad sekarang. insyallah mama cuba bagi yang terbaik untuk anak-anak mama.


eh mana lagi sorang anaknya? ehehe nih haaa budak demok nihhh .. dah 6 months. tengah batuk skang alololo siannya anak mama :(( cepat baik ye sayang :))

Aryan dah 6 months, skang dah meniarap laju guling-guling sampai ke dapo tengok mama masak huhu. pastu takleh tinggal sorang confirm melalak jerit-jerit panggil mama hehehe alololo manjanya budak demok nih :))


lain-lain perkembangan memang busy dengan KedaiKakton :) Alhamdulillah memang sangat gembira dengan perkembangan yang ni, rezeki anak-anak tetap ada.

ada plan nak bawak budak-budak ni berjalan tapi asiklah terbatas dengan masa sebab apaknya cuti dah abih pastu sebok dengan handover project. ada tidaknya mungkin pergi yang dekat-dekat ajelah tambah-tambah pulak musim yang tak menentu ni memang tak seronok nak berjalan terutamanya musim hujan kan. okaylah next kita cerita lagi ye :)

jumpa lagi tata

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...