Thursday, September 19, 2013

Cik abe pulang dari Dubai :)

Salam ..
dah petang-petang gini baru sempat update blog. hari ni busy. busy sambil bergossip tunggu surat bonus haha.

hidung sumbat, tekak sakit, batuk dah ehem ehemmmm .. kaki sakit. apa nak buat, dugaan. kifarah. takpe yang paling penting I tahu sakit itu nikmatNya :)

semalam amik Alya dari school then gi amik budak demok plak sebab nak pegi KLIA jemput cik abe pulang dari Dubai. nasiblah kids berdua tak meragam tak banyak songeh - ngikot je mana maknya pegi haha. tunggu dalam 45 minit juga sebab hubby settlekan luggage yang ada problem.

nih wajah-wajah kesayangan menunggu orang tersayang ngeeee :)


ehhh tetiba kuar gambau ngan souvenir yang papa belikan hehe. Alya skang dah cerdik bertanya kalo papa outstation ke trip ke bussiness plan ke hehe

"Papa beli apa untuk saya?"

so papa pon dah bijak pandai sekarang nak beli baju ke barang-barang ke untuk anakanda berdua. dulu macam kurang pandai. gi Korea, Jepun, Sarawak, Bali, Krabi bla bla bla memang ada je souvenir untuk budak bertuah nih.

Baju memang comel, muat dan sesuai ngan Alya. tq papa. yang pencil color pon comel. Hello Kitty pon comel. papa pon faham Alya skang tengah demam Hello Kitty. no more strawberry shortcake, princess or barbie. sebok mengukur hari nak pegi Hello Kitty town kat JB nun. hehehe beranganlah nak, berangan tu free ekekekeke :))


yang nih untuk boboy demok. comel-comel baju and seluar katoknya hehe. pandai papa beli. see, puji puji puji sampai muntah setiap tahun rupanya menghasilkan improvement yang cukup bagus kan? see, silalah puji laki anda supaya dia reti nak shopping untuk anak-anaknya hehe :) tq abang :))

Mothercare youuu :)) size 6-9 bulan. kira okaylah nih dari dia beli umor 3 tahun kahkahkah.


teng teng tengggg .. yang ni untuk isteri terchenta konon hehe. apakah motif beg wane pink nih? okay belasah je la dah orang bagi. dalam hati nak beg elvi kahkahkah. takpe lain tahun kan bang :)) dinda tak kisah pon janji ada. beg plastik pon dinda terima juga - beg plastik cap Harrods :).

Perfume? WAJIB.
kang beli abaya tak muat mau bini bengang. jalan selamat beli perfume.

tengkiu abang sayang :))


well, yang ni his collection. tak berani nak usik. hehe. fridge magnet tu je la yang I amik tampal kat fridge hehe. yang lelain dia nak simpan dalam muzium, jual lepas 30 tahun nanti dapat sejuta kihkihkih ..



1 comment:

hazlina azmi said...

bestnya gift dr Dubai...
blogwalking...jemput singgah ke blog saya yang tak seberapa ni..:)

http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...