Tuesday, February 26, 2013

Kenapa? Mengapa? *pasal kicap je pon*

Ni cite Sabtu lepas. dah basi pon. ehh gambo tak basi kann. so bolehlah up satu lagi entry.
I dan Alya pegi melawat baby baru abang ipar and biras di Putra Medical Centre Sg Buluh. baby girl, lahir Jumaat 22.02.2013, cser. biras ni pon placenta praevia and baby plak melintang so memang kena belah. err takutnya bila ingat detik-detik perut dibelah huhuhu errkk :((. apa pon beliau dah selamat pon melahirkan baby yang comel dan semangat serta sihat. berat tak silap 3.10, 38 weeks. nahh semangat kannn .. :)



namanya sape? masa nih belom ada lagi.


aha nih kakak Alya. mula-mula je dia excited nak tengok nak pegang nak belek baby pastu mulalah haruk buat hal sendiri. tambah plak abang baby, Aqil dah sampai juga kat sepital. wahh lagilah meriah uolsss. memekak je sampai kena sound kat nurse padan mukaa :)).

amboi kaki tokmek tuh hover hahaha .. nih masa baru dapat henpon cik Ana. cik Ana ni biras I, wife abang ipar. Alya selamba je minta henpon nak tengok game. bukan reti main pon benonya gatai nak pegang je. hiii sabar la perangai budak nihh tauu .. sib baik cik Ana, kalo orang lain memang kena cubit taww :)).


ehh baik plak budak berdua nihh. nih time baik. cuba time bercekau haaaa boleh runtuh kesabaran mak-mak haha. nih Alya dok ngendeng Aqil nak pegang henpon tu. Aqil tahun nih 6yrs. tapi macam sama besar ngan Alya je kann :)).


pastu Aqil blah gi berlari ke lain plak sambil bawak henpon. dahh muncung mulut muka mencuka. haha kesian tengok budak yang sebok nak pegang tepon. dia bukan reti main game tapi just nak pegang-pegang je. pastu claimed kat mama nak beli ipad beso tv hahaha. yelah yelah nanti papa beli sebab papa yang janji kann?? beli hat murah-murah tu je laaa :) siap dia tahu nak beli kat mana haha. kat hiong kong the store katanya hiks :). ni la pelajaran hasil mengekor mama cari barang kann :)


pastu Aqil baik hati bagi semula kat dia pegang henpon tu terus leka melayan game. tatau game apa. dia just tengok-tengok je. dah boring kang dia humban lah tepon tu hahaa.


alololo comelnya anak mama tak berkelip tak beralih dok situ belek henpon ye haha kelakar bila tengok budak nih. dia memang suka belek henpon. serius. dalam note mama mana ada game, tak koser nak download tapi dia suka belek fb tengok gambo macam animal ke scenenery ke memang dia suka. cuba bagi fb disney memang boleh bergaduh kalo rebut henpon dari dia. tapi sekejap-sekejap je pon. dia tahu bila baterry tinggal separuh, dia bagi la balik note tu kat mama atau paling bagus dia gi cas sendiri hehe.


sebenarnya I happy sangat sekarang sebab Alya dah berselera makan semula. dah beberapa bulan ni risau mikirkan dia. paling risau bila jumpa kawan-kawan yang tegur "eh kurusnya Alya". kalo sorang je yang cakap gitu I okay lagi. nih boleh dikatakan ramai yang menegur. memang I akui Alya kerap demam. kadang-kadang selsema batuk. memang pegi ke klinik jumpa doktor and consultation. biasalah budak-budak kan orang kata nak membesar. tak sangka plak ada yang perasan dia kurus (read:kurang sihat). I noticed bila ramai menegur. I perhatikan Alya since last year. memang nampak dia kurang makan. kat rumah susu macam biasa. nasi makan cuma takdelah beria. satu senduk. macam biasa. bila masak salmon kegemaran pon macam biasa je, takdelah beria excited. walhal tu kegemaran dia.

tapi bila dah ramai tegur, I perhatikan betul-betul my princess nih apa yang tak kena. masa tu Alya still duduk di rumah babysitter lama. hari-hari I buatkan bekal. and, bekalkan juga 1 kotak milo, 1 kotak cereal. hari-hari.

sehinggalah I tanya dia, bekal yang mama bagi tu awak makan tak? dia cakap kadang makan kadang orang lain yang makan. whatt??? benda ni berlarutan 2-3 bulan. dia leka main je. yelah masa nih belum bersekolah lagi. nih flashback 2012 ya uolss :).

so end december tu yang I decided tukarkan pengasuh. banyak sebab kenapa I tukarkan tapi paling utama bab makan nih la. ada 2-3 sebab lain tapi yang priority memang bab makan. I frust sebab I dah prepared food untuk anak tapi bukan dia yang makan. bukanlah I berkira tapi cubalah fikirkan. and paling worst lagi bila pengasuh lama tu cuma bagi bubur waktu lunch. hari-hari bubur. bubur kosong tau. bukan bubur yang campur daging ke kentang ke karot ke. what?? where is nutrien? so bila I bekalkan nasi goreng, bihun, sandwich, mee goreng, makaroni bla bla apa gunanya sebab Alya tak makan? hishh frustnya. patutlah Alya pernah cakap "ummi kata bihun mama sedap, tak pedas". what?? sape yang makan nihh?? everyday okay.
I tak bolehlah percaya bulat-bulat cakap budak je kan? *walau orang kata budak tak pandai menipu*. so I monitor Alya one week before buat keputusan nak tukarkan pengasuh tu. one week. ehemm frust juga sebab bukan I sorang yang perasan benda nih, ada parents lain pon cerita benda yang sama. so I memang decided tukar pengasuh demi kebaikan anak. bukan berkira pasal bayaran tapi kalo setakat setengah hari bayar RM300 just stay for tukar baju, minum susu and mandi? setengah hari dari pukul 1 - 5.30 petang. err berpatutankah? berkira ke macam nih??

so Alhamdulillah, dah masuk bulan ketiga Alya stay kat rumah "emak". yang nih pengasuh Alya yang dulu sebenarnya. berhenti jaga Alya bila dia preggy anak kedua sebab mabuk teruk. skang anak pon dah besar so bolehlah jaga Alya semula. Anak dia yang sulung hampir sebaya Alya so balik dari school memang dorang boleh check homework sama-sama. hemm ni antara sebab mengapa I tekad tukar babysitter. and, Alya cukup makan, cukup tido sebab rumah emak nih selesa, bersih. dia cuma jaga Alya sorang je buat masa sekarang. insyallah our next baby pon nak hantar kat dia. lagi pon kami dah lama kenal, pernah duduk serumah masa bujang dulu. Alhamdulillah senang hati bila tengok Alya sekarang :)

takpelah, pengajaran kat I maybe I tak amik perhatian dulu. ingat cukup apa yang I bekalkan Alya setiap hari. pity her. skang Alhamdulillah. selera makan Alya dah bertambah baik. and keep on going bagi dia vitamin C. well, selama ni tak ajar pon Alya makan kicap tapi since dia nak makan nasi ngan kicap, I belikan juga. nahh, dah masuk botol ketiga sekarang. kicap Jalen. okaylah since dia nak makan, tak kisahlah kicap pon kicaplah haha. janji dia nak makan nasi. nasi, kicap dan telur dadar. oh ya sambal sardin juga haha. serius. simple kan? dia yang request gitu. so stok sardin memang kena ada. sardin 10 tin, telor sepapan, kicap sebotol. takpe janji dia nak makan pon mama dah cukup happy. tapi seperti yang uolss tengok, I masak benda lain juga. takdelah berturut hari I masak menu dia nak tu. telur dadar yes. sardin tu takut pulak nak bagi hari-hari.

tujuan I tulis nih takde niat nak memburukkan pengasuh lama, diaorang okay dan jaga Alya dengan baik. cuma bab makan tu je I kurang berpuas hati. sebab, I stress bila dengar orang tegur anak I kurus. macam I nih tak bagi dia makan secukupnya walhal maknya gemok gedempol hikss :).

I love you sayang. very much. ;)



1 comment:

:|: TinTa Kibod :|: said...

oowhhhhh cenggituuuuuu....
aku pn rsa penat msk bila tau org len yg mkn hekhekhek!!
beriya la kita ni kan msk pepagi..pheww!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...