Friday, December 14, 2012

Salam Jumaat; 1hb Safar 1434H (1.2.34)

Assalamualaikum sayang semua :)

Hari ni Jumaat, bersamaan 1hb Safar 1434H. Cantik tarikh Islam hari ni, 1.2.34 kan? bukan setakat 12.12.12 je yang kita excited kan? moga hari ini penuh dengan keberkatanNya Insyaallah :D.

korang dah breakfast kah? hehe saya dah lama tak masak untuk bekal. ada dalam 2 minggu kot. tiba-tiba takde mood nak masuk dapo. masuk pon takat nak minum air or buat susu Alya hihi memang dasar pemalas kan? masuk dapur pon malas kah? aiyooo ..

pagi nih sambil drive dari rumah dah berangan nak makan apa. dasat kan? nak breakfast pon siap berangan siap plan bagai. sebab gerai pakcik hensem tu manjang tutup je sepanjang cuti sekolah ni so saya kenalah cari alternatif lain. kat tekak dah terliur nak makan mee goreng. saya suka mee goreng sempoi takmo banyak sampah dalamnya and takmo hitam sangat. wehh ko goreng sendiri ahhh :) hahaha dah la pemalas tapi tekak kemain demand.

so sampai ofis terus ke restoren An Nur kat belakang nun. wahh rezeki ada mee goreng kat sini, mula tadi dah cebik-cebik dah bila tengok nasi lemak ngan nasi goreng je. rupanya tertutup. hehe okay, amik mee goreng taruk telur mata. nyumm ..


ehhh ternampak ayam goreng sedap. baiklah, amik nasi goreng plak. dasar tamak haloba. ehh mana tau mee tak sedap, boleh makan nasi goreng hasut otak yang tamak haloba nihh :). baiklah amik nasi goreng taruk ayam best bestttt ..


sampai ofis terus duduk diam-diam kat meja sendiri, nak makan dah lapar. takmo makan kat pantry nanti ada orang mintak kahkahkahkah gila tamak.

mee memang sedap, kena dengan tekak. tak rugi berangan tadi :D. nasi goreng lom sempat nak makan. kejap lagi kebulur bleh makan :)

** semoga suami penyanyi nombor satu Malaysia Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Khalid cepat sembuh. Beliau kemalangan di New Zealand. Siti terpaksa membatalkan konsert bergerak di Banjarmasin Indonesia semalam bila mendapat berita mengenai suami beliau. Semoga Siti tabah ya!


Updated: Khamis Disember 13, 2012 MYT 4:26:21 PM

Datuk K Patah Bahu, Kemalangan Di New Zealand

Siti Nurhaliza bersama suaminya Khalid Mohamad Jiwa.
PETALING JAYA: Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga suami kepada penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di New Zealand pada Khamis.

Utusan Malaysia pada Khamis melaporkan dalam kemalangan itu Datuk K yang menunggang motosikal berkuasa tinggi patah bahu, cedera pada tangan serta kaki. Bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan.

Siti Nurhaliza yang kini berada di Banjarmasin, Indonesia untuk mengadakan konsert terakhirnya iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang pada malam Khamis dilaporkan terpaksa membatalkan konsert tersebut.

Siti memohon maaf kerana terpaksa membatalkan konsertnya di Banjarmasin, Indonesia.
Sementara itu Siti menerusi akaun Twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminat kerana tidak dapat mengadakan konsert itu.

“Salam... maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua “team” konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” kata Siti menerusi Twitter miliknya.

Akibat kejadian itu Siti akan berlepas ke New Zealand pada Jumaat untuk melihat keadaan suaminya bersama kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...