Wednesday, December 5, 2012

Safe for GAZA - Misi A2G11 ER

Artis serba boleh, Afdlin Shauki, pelakon Bront Palarae & Zain Saidin antara yang menyertai misi selama seminggu ke Gaza di bawah kelolaan Aqsa Syarif Mesir. Mereka bertolak ke sana pada 03.12.2012, Isnin lepas.

Antara kata-kata Afdlin dalam FB beliau:

''Kepada semua yang mengenali saya Afdlin Shauki bin Aksan, terutama sekali saudara-mara dan sahabat handai, saya ingin meminta maaf jika selama kita berkenalan anda rasa saya telah dan pernah menyalahi anda, melakukan sesuatu yang membuat anda terasa. Sememangnya itu bukanlah niat saya dan seperti anda saya hanya manusia biasa yg ada banyak kelemahan dan kerap membuat kesilapan. Ampunkanlah. Halalkan termakan dan terminum. Saya juga telah memaafkan semua orang yg pernah menyalahi saya. Assalammualaikum. I will be back insyaa allah.''

Semoga perjalanan kesemua mereka di dalam misi ini akan selamat dan dilindungi Allah swt. Niat murni mereka adalah untuk memberi semangat dan menghulurkan bantuan yang sepatutnya kepada penduduk Gaza. Zain Saidin yang terkenal di dalam Oh My English dikhabarkan akan mengajar basic english kepada kanak-kanak di Gaza. Subhanallah ya Allah rahmatilah usaha mereka ini *terharu*

Selain wang ringgit yang telah dikumpul untuk disumbangkan, kita titipkan juga doa semoga penduduk Palestin berada di bawah lindunganNya dan mereka  bebas dari hujan peluru. Kasihanilah wajah anak-anak kecil yang tidak berdosa. Dan semoga usaha mereka ini tidak kiralah besar atau kecil, yang penting suara 1 Malaysia adalah untuk menentang kezaliman, kekejaman dan penganiayaan akan membuka mata dunia. Insyaallah.

Anda sudah menderma? :D








No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...