Monday, December 10, 2012

Monthly gathering

Salam .. wah ofis daku senyap sunyi. ramai staff bercuti, maklom esok kan Selangor cuti untuk sambut ulangtahun keputeraan Sultan Selangor. hepi besday Tuanku :) *sukahatije*

pagi tadi masa nak menghala ke ofis, jalan pon lengang. bagusnya kalo setiap pagi macam nih hehe. yelah, dah alang-alang esok cuti bagi warga Selangor kan so rasanya masing-masing terus amik cuti ari nih. dapat bercuti panjang kan? korang ke mana bawa anak-anak berjalan? kesian Alya, tak ke mana pon. tapi dia pon masih belom sekolah so belum tahu lagi apa kebenda cuti sekolah yang ramai excited sangat nih hehe. tak lama lagi pejam celik pejam celik dah Januari 2013, dia pon akan mula bersekolah. sekejap aje dah 5yrs anak mama nih :D

biasalah kalo dah hujung tahun ni, ada je majlis makan-makan kat ofis nih. ni citer Jumaat lepas. kebetulan ada buat gathering untuk staf kat sini termasuklah sambutan birthday untuk bulan Oktober-Disember. majlis ni dibuat setiap 3 bulan sekali, collection dari semua staff kat sini. ehh alamak terlupa nak snap gambo kek hehe. dah ngadap makanan memang terus kalut tak ingat apa dahh :). ala buat simple aje, takdelah beria sangat, bukan party kanak-kanak pon hehe. menu pon simple; mee kari, kek dan air oren. simple kan? tapi seronok sebab masa ni la masing-masing relaks sekejap sambil citer progress kat site. ni pon buat dah lepas solat Jumaat so masa tu santai-santai ajelah. keje tetap jalan ok.



suka tengok caterer ni susun makanan, kemas dan cantik. comel plak tuh hehe :D


haaa ni yang saya makan. yummyyy .. dah lama tak makan mee kari kak anis nih, dia memang caterer yang boleh provide untuk jamuan or apa saja majlis so kalo mereka yang duduk area Bukit Jelutong, Denai Alam, Shah Alam boleh try masakan dia. bukan mee kari aje, makanan kampung or western pon dia buat ok. boleh leave a comment kalo nak contact no. dia :D promote free ok. bleh makan mee kari sepinggan free :D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...