Friday, December 7, 2012

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum semuaa :)
Lamanya tak menulis. ada pon entry tentang hal semasa, bukan hal saya hehe. nak kata busy pon ia jugak, malas pon ia jugak :D hihihi okay jom cerita tentang diri saya :)

Ya, Alhamdulillah, rezeki yang sungguh tidak dijangka. syukur ke atas rezeki yang dikurniakanNya. memang terkejut, tak sangka. speechless. serius.

Sabtu lepas saya jumpa gynea, Dato' Dr Siti Zaleha di SDMC. dah sebulan buat appointment, plan nak buat pap smear dan hormon test. dah lah sampai lewat, no giliran pon dah hujung-hujung *nangih*.

Pukul 2.30 petang barulah dapat jumpa doc. dulu masa preggy Alya pon check up dengan Doc Siti juga, suka dengan cara dia, very gentle and soft spoken and clear every explaination. so bila dah jumpa, saya pon bukak note book and explain nape nak jumpa dia yang very the susah and penuh schedule nih hehe. so dia kata lets go for full body check up. saya pon okaylah since dah alang-alang jumpa kan. so dari atas sampailah ke bawah check up. bila tang perut scan untuk cyst and fibroid kalo ada, doc tiba-tiba "owh dear, u have a baby inside" terus saya terlompat. mula tu memang tak pandang pon scan sebab ingat doc nak scan perut untuk check rahim kot ada fibroid or not. tu yang tak fikir apa pon hehe. sekali melompatlah akak hihi.

Serius tak percaya. sebab? sebab Mac, admitted kat SDMC due to high blood pressure and buat ECG Hormon Test. buat tu sebab nak tengok related tak dengan pressure yang tiba-tiba tinggi walhal memang takde darah tinggi pon, malah masa 1st pregnancy pon takde, kencing manis pon takde :). bila jumpa gynea, masa tu nak dapat Doc Siti susah sangat sebab emergency kan, so jumpa Doc Delaila aje la. so buatlah test hormon, bila dapat result memang problem. hormon tak stabil, tahap kesuburan rendah, memang susah nak preggy. nasihat Doc Delaila is reduce weight, amik pil subur Clomiphene. but saya tak amik pil subur tu sebab tujuan saya adalah untuk stabilkan hormon. masalah saya berpunca dari menstrual yang tidak normal setelah mengambil suntikan pil perancang kehamilan (non preg jab) selama hampir 2 tahun. menstrual saya langsung tidak datang selama mengambil injection itu. dan saya pon faham apabila saya stop the injection, memang akan amik masa sehingga 6 bulan untuk stabilkan hormon. Doc yang saya jumpa untuk non preg jab dah explain dan saya faham. tetapi bila saya berjumpa Doc Delaila Mac lepas, dia advise amik pil subur. saya bukan desperate untuk preggy, tapi saya inginkan menstrual saya normal semula, itu sahaja. Alhamdulillah bulan April menstrual saya kembali seperti biasa sehinggalah Ogos. September takde, ingatkan problem semula so saya ignore hinggalah plan nak jumpa gynea untuk pap smear dan 2nd test hormon. tapi saya betul-betul tak menyangka preggy sebab memikirkan ketidaksuburan seperti hasil test Mac lepas. *terharu*

yang kelakarnya Jumaat lepas sempat pegi gym ngan kawan, konon nak start reduce weight and siap plan nak join for gym member ahahaha kelakar betol. tapi seronok pegi gym, memang berpeluh boleh hilang sehingga 1000 kalori dalam sesi 3 jam di gym dengan gaya yang betul. serius. 

so Sabtu tu memang miracle bila Doc Siti informed about my baby. sungguh besar kuasa Allah, subahanallah :) walaupon saya tidak menjangka bukan bermakna saya tidak bersedia. malah kami sendiri teruja namun kehamilan masih awal lagi, takut nak bercakap lebih-lebih. namun kami sekeluarga memang bersyukur, gembira sangat-sangat dengan kehamilan ini setelah hampir 4 tahun selepas kelahiran puteri kami, Alya. seronok sangat-sangat :D

My hubby seronok, excited. nak baby boy katanya :) alahai kalaulah senang macam petik jari ketik ketik bolehlah bangg :)) yang Alya nak girl, boy notty katanya hihihi. tak kisahlah boy or girl, yang penting selamat dan sihat Insyaallah.

Masa nih baru 10 weeks. due date 24.06.2013. err before raya kan? okeh sempat makan rendang :)

5 comments:

Mayudi + Asniza = Alya + Alesya said...

tahniah kak hani,,,,, wah best ah alaya dpt geng

SYANI said...

Tahniah... nampaknya berpantang di bulan Ramadhan la nanti ye..

Hani said...

Thanks Asniza. hehe dia ada gang lah nak buli mama lepas nih hehe

Hani said...

SYANI, thanks. hehe pingsan nak ganti sebulan puasa.
dulu time nak raya, melopong je tgok org makan sedap2 kikikiki

fini zaini said...

tahniah...err..hong kong camner?sempat mengepak tak?ehheheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...