Wednesday, October 24, 2012

Fridge Magnet pon nak tayang?

Sebelum lunch ni sempat up satu entry pasal fridge magnet (FM). kebetulan malam tadi baru teringat nak snap picas FM. FM ni antara yang kami suami isteri beli semasa ke tempat tersebut. kalo anda lihat ada 5 FM Cameron Highlands bermakna 5 kalilah kami sekeluarga ke situ. bukan bermakna sekali pegi beli 5 tepek 5 kat fridge hahahaha. bukan ye kak jemah. kalo camtu memang tak muat nak tepek kat fridge tuh. mau penoh body fridge agaknya hahaa. saya decide, letak fridge magnet ni bilamana kita ke sesuatu tempat tu tak kiralah berulang kali pegi contoh macam Cameron Highlands. cuba tengok Bandung, mai kita kira bape FM yang ada? ada 3 kan? bermakna 3 kali la ke sana samaada saya atau hubby. yang Jepun plak baru ada 1 yang gambo Disney tu maknanya baru sekali le hubby jejak kaki ke sana hahaha. Begitulah seterusnya. kecuali FM yang comel gile sampai gigil2 tangan nak tepek memang harus tepek lebih dari satu. FM yang saya suka ialah dari USS, Singapore. comel gile.

saya lebih suka FM yang diperbuat dari getah, memang tahan lama melekat kat body fridge. kalo yang tampal guna magnet batu tu macam tak tahan je, kejap dah tercabut tambah2 bila FM yang agak besar dan tebal. rugi je beli mahal-mahal pastu tercabut batunya camne nak lekat balik kan? haha

so sape2 yang rajin travel tu meh la hulur sekeping 2 FM ngengeeeeeee

1 comment:

Epa said...

Salam. Tumpang lalu..Jemput untuk luangkan masa lawati facebook: PickUr Fridge Magnet. Pelbagai jenis fridge magnet menarik dijual dengan harga yang murah untuk koleksi atau gift. Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...