Tuesday, October 30, 2012

Alya; in her room :)



Kali nak share pictures bilik puteri kesayangan Hani, Alya Nur Zahra. ari tu ada letak sekeping tapi masa tu belom siap apa pon, masa baru nak pindah rasanya. buat masa ni belum deko sepenuhnya, just basic item sahaja macam katil, almari, side table, karpet. tengah mencari-cari deko yang sesuai untuk bilik budak kecik ni. kalo boleh takmolah kartun-kartun bagai just a sweet deco. maybe painting or frame yang sesuai dengan kids lebih menarik rasanya. masa kat IKEA ada juga belek-belek painting tapi takde plak jumpa yang sesuai dengan kanak-kanak. teringat masa kat Bandung dulu, memang cantik2 lukisan kat sana. Di Jalan Braga, memang banyak pilihan. oh lala lamanya nak ke sana semata nak beli painting hahaha

Okay, bilik Alya saya gunakan 2 cat dari ICI Dulux. Untuk feature wall (yang pink gelap) tu namanya Flamingo Pink, kod tak ingat kena cari balik tin hihi. tak silap saya beli 2 liter. memang lebih dari cukup sebab cat untuk sebelah dinding sahaja. boleh buat sehingga 3 layer.
Manakala untuk wall biasa saya gunakan Candy Floss, sebanyak 3 liter. pon boleh buat sehingga 3 layer.
Warna cat seperti yang saya ceritakan di entry yang lepas, adalah pilihan puteri comel ini. saya tunjuk katalog warna kat dia and dia terus tunjuk 2 warna ini. memanglah kalo ikotkan saya nak warna pink lembut tapi memikirkan apa salahnya hormatkan pilihan anak, lagipon inikan bilik dia nanti hehe :) baiknya mak Alya kan?? :))

Rasanya gambar ni lebih jelas dan warna cat memang serupa seperti keadaan sebenarnya *real images*


ni pandangan dari tingkap. comelnya cik Ted Alya hiks :)


Untuk langsir pula ehh alamak tak clear sangat, camne boleh terlupa nak snap in detail langsir nih? Langsir saya gunakan 2 jenis material. untuk siang, kain sheer nipis yang berbunga pink. manakala untuk langsir malam, kain jaqcuard yang sederhana tebal berwarna pink belacan. memanglah bilik si puteri, semuanya nak pink hihi. oh ya langsir ni dari Tewah aje ye kak pah :) affordable and jahitan pon kemas, not bad.

Karpet pinkish tu diimport dari Nilai 3 ngeeee :)


Inilah dia puteri kesayangan saya, empunya bilik yang comel ini. Alhamdulillah sekarang Alya dah tido di bilik sendiri. cuma time hujan lebat, bunyi guruh petir berdentum memang dia akan lari cari mama or papa hehe biasalah budak2 kan penakut.


kalo ada cadangan atau pendapat bernas, meh la komen. kadang2 buntu gak cari idea camne nak cantikkan lagi bilik budak nih :)

3 comments:

Mayudi + Asniza = Alya + Alesya said...

sangat kemas,,, he,,he,, kita pun tgh mikir nak deko bilik anak,,, cat tu berapa hengget yek? lawalah,, suker,,,, pastu toys2 alya yg lain akak letak mana yek?,, tgh mikir nak letak camner lah toys yg berkotak kotak tu ha,,,

Hani said...

terima kasih niza hehe. takdelah kemas mana pon, kadang2 bersepah juga., toys Alya yang merepek2 tu letak dalam stor kat bawah tangga. kalo toys yang masih baru or memang usually guna letak dalam bakul kat hujung katil dia tu. dapat hadiah masa besday dia, tak silap bakul tu beli kat IKEA.
cat tu tak bape ingatlah niza tapi brand ici dulux, rasa tak mahal pon sebab guna tin kecik. kecuali candy floss je tin besar. niza dok mana skang?

Fizah said...

jom sertai kami =)

http://susunatursioca.blogspot.com/2013/04/sticky-post-giveaway-istimewa-mei-jom.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...