Thursday, September 27, 2012

Sembang kak jemah :))

Salam ..

Jom sembang-sembang. lama tak merapu kikiki. banyak cerita yang menarik yang Hani nak kongsi di sini tapi kadang-kadang terfikir juga ada ke yang suka baca hihihi
Okay, pertamanya Hani bersyukur atas rezeki dariNya untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah tahun ni bonus company lebih dari tahun lepas, memang sangat-sangat gembira. macam nak terbeliak bijik mata bila dapat surat bonus dari boss hahaha macam tak percaya pon ada maklom dah lama tak dapat bonus macam ni. sebelum ni average 2-3 bulan aje. hehe mulalah berangan nak beli itu, nak sambar ini. hahhaha tapi cepat-cepat ingatkan diri yang banyak keperluan yang harus dilunaskan terutamanya Alya bakal bersekolah. registration pon dah 1k aiyohhhh .. tapi bila difikirkan, inilah gunanya BONUS kan? orang keje gomen pon dapat bonus end year sempena anak nak sekolah kan??
hihi macam tak percaya nak hantar Alya masuk school. puas juga sebenarnya nak buat pilihan nak hantar Alya school yang mana. bukan memilih atas sebab school mahal murah atau bajet bagus school yang ada nama, PASTI, KEMAS konon tak masuk list kahkahkah. okay realitinya bila dah berpindah rumah baru, kawasan pon baru memang blur nak pilih school kat sana. tapi sebab utamanya bila hubby terpaksa keje site agak jauh di Sg Besi. Hani di Denai Alam. wahh memang jauh kikikiki so end up kami decided hantar Alya school yang dekat dengan ofis Hani aje la. atleast kalo apa-apa, senang Hani yang arrange. so, kat sini ada 3 pilihan school; Smart Reader, Little Caliph & CEC RealKids. dah survey dah interview rasanya dah buat pilihan untuk si kecil kami. dia pon suka hihihi.
Berbalik kepada cerita Bonus ni, Hani percaya hujung tahun ni banyak company yang bagi bonus kepada pekerja mereka kan? wahhh ada yang shopping sakan lepas ni hihi. shopping berpada-pada ye puan-puan :))
Oh ya, Sabtu ni Alya genap 4yrs ya Allah sekejapnya masa. bagaikan baru semalam perut dibelah hahaha tapi masa betul-betul pantas sekarang. alhamdulillah Alya membesar dengan baik, nakal macam budak2 lain jugak hahhaa kena juga piat sesekali ngan mama. insyallah minggu ni plan nak adakan birthday bash Alya, pertama kali di kawasan rumah baru. ni pon tengah pening nak mikir menu. *bukan takmo buat open invitation kat sini tapi buat kecil-kecilan aje ;)))* ni pon dok mikir nak bagi hadiah untuk Alya yelah dah 4yrs takkan nak bagi bear, dolls lagi? hemm papanya dah hints hadiahnya tapi rasa macam over plak kikikiki papa memang selalu over tawww ..
oh ya ada yang tanya tentang rumah baru, insyallah next entry Hani upload 2-3 keping gambo ye. segan juga nak tunjuk rumah yang tidaklah secantik mana. cuma selesa untuk kami 3 beranak and insyallah akan bakal bertambah jika ada rezekiNya, aminnn :)))
eh tetiba ada keje plak, nanti sambung lagik.

bye :)))

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...