Tuesday, September 20, 2011

Syawal masih bersisa ..

Tengok, campur semua dalam satu entry gara-gara citer terperap lama. dah basi orang kata tapi akak tetap nak tepek kat blog. dari simpan terperap baik tayang kat korang kan?

entry ni caca marba so segala mak nenek ada la. dari citer pasal makan, masak-masak, my Alya pastu tetiba ada citer gi open house plak haha. belasah je la janji akak dapat tepek kat blog yang dah suam-suam kuku macam remote abih bateri muahaha. ada ke orang nak baca blog akak? takde? akak okey jer, akak sendiri baca lapanjutakali sehari muahha ..

hujung Ramadhan yang lepas memang tak dapat update blog langsung sebab lappy semput. orang kejam cakap, patut hukum buang jer. ni pon sambil taip dok menyumpah sebab keyboard kejap lari sana lari sini mencik hokayy .. ok berbalik pada Ramadhan, akak masak jugak. sempoi jer sebab sebok nak bershopping lepas berbuka. orang kejar 10 malam Ramadhan terakhir, yang awak berkejar ke JJ, Alam Sentral bagai huhu

antara menu sempoi akak masak ramadhan terakhir. ni yang sempat snap, ada tu tak sempat nak snap bagai, manjang semput nak cepat. maklom nak shopping wink wink huhu. ni sambal udang petai. pastu goreng ikan masin and masak lemak fucuk and soon. sedappp ..

yang ni plak sesudah Ramadhan berakhir. citernya, kak ipar hubby masakkan kari Kelantan masa kami beraya ke rumah dia di Kuala Krai. kari kelantan berbeza dengan kari Kedah or Negeri 9. sebabnya bahan-bahan berbeza hokkayyy .. bahan-bahannya cuma bawang merah & putih, kunyit, lengkuas, cili kering, santan, asam keping, gula and garam secukup rasa. tak pakai kari adabi atau babas hokkay .. since that, hubby terus paksa akak masak kari sejak balik ke sini. dah 3 minggu raya, dekat 4 kali akak masak kari ni. dia kata perfecto!! maknanya sama macam kak ipar kesayangan dia masak la. kira ok la kan dari tak menjadi. dah la guna ikan yang mahal-mahal such as ikan merah, siakap atau jenahak. owhhh selera besar betul hubbyku skangg ..

lepas citer kari yang sedap tu sehingga menjilat periuk eh bohong jer hahaha saja nak tunjuk betapa hubby suka makan sokmo kari tu. lama tak tayang my precious Alya kan? minggu depan 29.09 Alya akan genap 3 yrs. sekejap ajer kan? terasa baru sangat dia dilahirkan, perut mama dibelah and mama tinggal berdua jer ngan Alya since berusia 2 minggu since papa outstation ke Kedah. owhh how i miss the moment! Alya Nur Zahra; petah. ada saja benda nak ditanya, nak diusik. bijak. dah tahu nama penuh dia and how to spell it. how old are you? 2 yrs. owh my clever girl masyaallah. nama mama, papa and uwan pon dah tahu. and our address pon dah tahu. good girl. ABC insyaallah dah sampai H. One two three macam biasa, budak seusia dia. and suprise, Alya dah reti request birthday party hokayyy .. bangga makkk! siap request chocolate cake, baloons, friends. siap suruh invite uwan, wan amok, pakcik, friends. owh anak mama how to describe my feelings?? bangga hokkayyy .. dia dah faham friends macam mana, dah pandai suka that girl, that boy. tak suka itu, tak suka ini. cuba tanya dia, sapa nama friends pon dah bleh sebut hampir 30 nama hokayyy .. boleh plak dia ingat nama budak2 kat nurseri, kat umah bbsitter. alhamdulillah, bersyukur dengan progress Alya yang positif. nakal tetap nakal. biasalah budak kecik kan?? tapiiiiiiii .. kalo gi shop masih boleh tolerate kalo mama suruh choose either chocolate or ice cream. see that? dia tak berguling-guling or jerit-jerit. just suruh dia choose ajer. and mama dah biasakan bagi tau dia, bukan berjanji tapi cuba explain kat dia, bukan semua kehendak dia mama ikot. and duit bukan untuk spend yang bukan-bukan. syukur dia macam faham. sure faham kot kalo tidak dah tentu guling-guling tak dapat Barbie kan Alya??
hihi .. cinta hati Hani dan Azhar; Alya ..

mama sayang sangat-sangat Alya ok. be a good girl!

ok, dah abih puji melangit tang anak dara(sapa lg nak puji anak sendiri kan?)meh review mak dara plak. hi, ni latest daku. hahah takat muka jer berani. nak amik tang dada ke bawah memang sentap. takut en canon terkujat kang ahhaha sebab tak muat nak frame hahahhaa. cukup le tengok wajah seumpama bulan purnama kembang sepinggan ni yer muahahhaa.

tetiba ada makanan plak. belasah jer la. ni masa lunch invitation Akhtar Shaari, my cousin. rasanya ramai kenal mamat ni kan? pembaca Astro Awani. hahaa gambo dia takde plak, so pepandailah korang bukak Astro kalo nak tengok hokayyy .. twins dia Akhbar, juga bleh tengok kat Astro huhuhu. makanan boleh tahan sebab hujan kot perut jadik lapar semedang. sila makan!

haa ni time berjalan raya Jumaat lepas. lepas lunch di rumah cousin, Akhbar tu, singgah plak umah Kak Ida, opismet yang berjiran ngan cousin ku itteww hahaha. cantik kan rumah dia? tak sabar nak deco umah bertanahku nanti insyallah. moden concept giteww .. kemas jer kan??

yang datang daku, hubby and Alya tapi hidangan macam YB je nak datang wakkaka. thanks Kak Ida sebab sudi jamu kami. sayang Kak Ida ni macam kakak sendiri sebab dia baik hati dan tak kedekut kalo nak tanya apa saja bab holiday terutamanya Bandung. hari tu gi Bandung, dialah sumber info akak. memang superb terer dia ni, dah hafal jalan kat Bandung tu hihi. sebab dia jugalah aku ni terpengaruh ajer nak ke sana hahaha. bleh salahkan orang plak ekk ..

last sekali hasil masakan akak yang terpower rangers. giler sedap. korang pon sure terer gak masak ni. telur mata goreng cili api. best makan panas-panas.

lepas ni entry raya yang dah basi, dah kepam muahahha acik kisah apa dah blog acik kann hahaha. tu le gara-gara perap lama benar nasib baik tak raya haji baru kuarkan entry kan?? see daaa ..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...