Tuesday, August 16, 2011

Berbuka Ramadhan ke 15 ..

Salam Ramadhan ke 16.

wah kat opis Hani dah meriah dengan kehadiran kuih raya. ekeke kehadiran youuuu .. sorang demi sorang tokei datang hantar stok kuih raya yang dah diorder. kali ni agak awal sedikit mungkin kerana opis yang dah berpindah ke kawasan baru jadi jauh la sket nak ngantor stok. takpe, simpan je kuih-muih kat opis ni, nextweek baru bawak balik rumah. kang bawak balik awal-awal memang tinggal serbuk je kang hehe.

sedar tak sedar baru perasan kuih raya yang diorder banyak mana. haaa tu ler time order tak ingat, sedap jer jari tu menunjuk kan? asal sedap order, order and order. takpe, masih dalam bajet kira okay lagi. jangan lupa nak bagi mertua ke kak ipar ke biras ke madu ke huahauhauahua.

Hani terus-terang memang tak pandai nak buat kuih raya ni. biskut ke apa ke memang tak reti. sumpah. lom ada keinginan nak membakar biskut, maybe lom sampai seru. takat biskut batik tuk reti ler. hehe oven pon takdek ni tengah bodek hubby suh belikan hat yang simple pon jadilah. maybe kekurangan Hani ni la yang buat tokei kuih untung. yelah kang kalo takde orang macam Hani ni sapa nak beli kuih dorang? hahaha sesama membantu kekdahnya hikhikhik ..

tapi akak boleh masak hokayyyyyyy .. masak sempoi jer la pon hehe. takat nak bagi anak, laki makan. semalam akak masak jugak walau mata kena infection. tu ler tetiba lense buat hal plak. macam tau-tau jer 19hb ni duet masuk hehehe. saja jer kan sume nak kena tukar. so balik semalam terus bukak lense siap-siap, cuci muka, tukar baju terus masuk dapo yang berkilat memancar-mancar sebab baru dibersihkan euwwww tu pon nak citer ker? hhaa

semalam akak masak lauk kampong lagi yer puan-puan. masak lemak cili api ikan bawal daun kunyit. wei apa ke mahal benar ikan bawal ni sekor rm8/- sekor? size sedang-sedang ajer. cukup ler kami anak beranak makan, siap sampai ke sahur lagi. senang jer nak masak ni, pejam jer mata hehe. bahan-bahan pon mudah jer. kunyit hidup, cili api, santan, ikan bawal, daun kunyit. masakkan santan ngan cili api tu dulu. biar dua kali terbit minyak baru masukkan ikan. pastu kecikkan api biar ikan masak lama sampai naik minyak. sedap, cubalah. saja bagi resipi mana tau ada readers yang teringin nak masak cara orang Kuala Pilah macam Hani nih hehe. cubalah, memang sedap nyum nyummmmm ..

sayur? tatau dah nak masak apa. balik-balik sawi, kangkung, kobis, karot. lama tak masak taugeh rasanya. so semalam beli ler sket taugeh ngan tauhu 2 keping. sedap, makan panas-panas.

yang ni pembuka selera sungguh. perah asam limau tu banyak-banyak. makan ngan nasi panas-panas. wahhhh laju jer suapan tu. ari ni nak masak lagi la hehe. ikan sepat, ikan kembung ngan ikan gelama kering. sedap.

pastu buat jer air sirap laici. senang dan sedap diminum, tak perlu membazir beli kat bazaar ramadhan. buat sendiri puas hati nak minum bape gelen pon. wahhh sejuknyaaaaa ..

semalam hubby singgah bazaar ramadhan cuma beli kuih onde-onde dan roti john. so far kami belom berbelanja sakan kat bazaar ramadhan, alhamdulillah. beli mana yang nak dimakan and tidak membazir. yang penting kita manfaatkan bulan Ramadhan ini untuk tingkatkan kesedaran ada saudara seagama kita di Somalia yang tidak berpeluang menjamah makanan walau secubit roti, masyaallah. moga mereka dilindungi Allah swt di dalam bulan yang mulia ini, amin ..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...